Peknek (picnic)
Entry di dibuat mase i.z sedng berkelah dengan family plus semua adik beradik. Adoi, pening melayan kerenah anak-anak buah... Pening...
Publish on: live blogging
Sent from my N5730XM
Sakit gigi
Sakit gigi.. X ada mood nk tulis panjang-panjang
Publish on: live blogging
Sent from my N5730XM
Xtvt hijung minggu
Selamat hari ahad. =)
Xtvt hjg minggu nie, repiar radio kete. Tak tahu la nape radio lame bleh rosak. Kate tukang repair (my abg ipar), ada shot circuit.. Litar pintas mase aircond tersumbat hari tu. Abes rosak radio lame.
ok lah. Nk teruskan proses membaiki radio tu.
kalam minda: Nak bawak acik pergi permata hijrah.
Sorry asrar i can't go to ur house.
Sent from my N5730Xm
Bunga raya mama
Selamat pagi. Wahaha... Kegilaan live blogging semakin menjadi-jadi. Manne tidaknye, update blog semudah abc kaedahnye. Masakan tidak, gune hp pon boleh hapdate belog.
Ye, hp. Dulu kalau nk update blog, kena ada laptop@pc. Sekarang nie, memang mudah. Semua di hujung jari anda sahaja.
Gambar bunge raye ni i.Z amek pagi tadi selepas hujan lebat. Ye, pagi tadi hujan turun dengan lebat nye menyirami hidupan di muka bumi. I.Z pun tak tahu bunge raye nie dari spesis ape. Tp yang confirm dari family bunga raya. Just bentuk kelopak die je yang lain set. Macam bentuk tulang ikan. Ya tulang ikan ye. Itulah kekuasaan Illahi dalam menciptakan hidupan dimuka bumi ini. Semua ada keistimewaan sendiri.
kalam minda: kawan i.Z katenye telah memiliki N97. Hurm... Kaye jgk mamat nie. Keje belum sampai beberape bulan, tapi mampu angkat hp canggih. Lol. Tgh hari ini ada jemputan walimatul urus. MAKAN......
Sent from my Nokia phone
Half prosperity
Haa.. Late nite entry. Just nk bgtahu je, tadi pg McD. Makan prosperity sekali dgn fries dia yg golong golong tu. Wahaha.
Kalam minda: Ape mimpi golden arches ni keluarkn prosperity ni awal2? Bukan bese kuar time gong xi fa cai je ke?
Sent from my Nokia phone
Ala kampong..
Salam eidul adha buat semua.
Ala kampung ye. Sempena hari raya nie, i.Z balik kampung. oleh itu, juadah makan tengah hari adalah bertema ala kampong. Ikan tu semestinya ada. Dan sayur utama di kampong ialah sayur pucuk ubi. Ye.. Pucuk ubi.
Selain pucuk ubi, ada terung. Bukan terung yang panjang tu. Terung yang kecik je. Yang pasti bukan terung kema.
Jadi, sayur tengah hari nie adalah sayur kampung (pucuk ubi, bayam merah+hijau tanam sendiri, terung) REBUS cicah sambal belacan.
Tak salah sekali sekala kembali ke alami.
Kalam minda: -Hari dah hujan. Alhamdulillah, mensyukuri nikmat Illahi
Sent from my N5730XM
New perodua alza
Hari rabu lepas, i.Z pa manjung. Asalnye bawakkan kakak pg beli manik. Tp besela, alang-alang dh keluar, i.Z terus la pg ke perodua showroom. Nak buat ape? Ape lagi, tgk mpv terbaru la. ALZA. tp just tengok-tengok je..
Tp memang meriah. Launching memang tak nak kalah. Huhuhu.. Siap ada khemah dengan makan-makan.. So, kt sini, i.Z letak gambar yang sempat diamek. Enjoy ye.. :)
Sent from my Nokia 5730 EM phone
Bunga orked mama
Hurm... Kenape tajuk entry nie pasal bunge orked? Kenapa tajuk dia bukan bunga dahlia? Hurm... Bunga orked (english ye) @ dalam bahasa melayunye bunga anggerik. Cantik kan?
p/s: entry ini tak ada sebarang kaitan dengan bandaraya shah alam ye.
Sent from my Nokia 5730 EM phone
08012009008.jpg
So, kena edit balik
new BbF
Biarkan Si Luncai Terjun dengan labu-labunya..
Don't Judge The Book By It's Cover
"Orang melayu memang memandang tinggi kepada individu yang pandai mengaji, pandai azan, pandai berbahasa arab, dan sentiasa kesurau dan berkopiah. biarpun tidak ada nas dalam Al-Quran atau Al-Hadis yang mewajibkan lelaki Islam memakai baju melayu, kain pelikat, dan berkopiah. Pakaian seperti ini seolah-olah sudah diiktiraf oleh masyarakat melayu sebagai pakaian yang melambangkan Islam. Islam yang difahami oleh rakyat Malaysia hanya dari segi kebolehan mengalunkan ayat-ayat suci (tidak mengapa kalau tidak memahami maksudnya), bedoa panjang berjela dalam bahasa Arab dan berbaju melayu atau berjubah beserban. Di Malaysia, mempunyai ke tiga-tiga ciri ini cukup untuk melayakkan seseorang itu digelar alim atau kuat agama.
Contohnya, sekiranya dua orang pendakwah masuk ke sebuah kampung. Seorang berjubah beserban dan pandai berbahasa Arab, manakala seseorang lagi berkemeja berseluar dan tidak pandai berbahasa Arab, siapakah yang akan dianggap mempunyai ilmu agama lebih tinggi oleh penduduk kampung berkenaan? Mentaliti ini sudah lama wujud dalam masyarakat Islam di Malaysia." (Dipetik dari majalah Millenia Muslim)
Sejauh mana kebenaran akan pendapat ini... anda sahaja yang dapat menentukannya.
p/s: simpati dengan mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Persoalan yang timbul, patutkah kita kasihani mereka setelah apa yang telah mereka lakukan kepada kita dan Negara Kita??
Fikir-fikirkan..
Rupe yang baharu
Sudah Berubah
New layout
Persepsi Orang Kita
Contohnya, sekiranya dua orang pendakwah masuk ke sebuah kampung. Seorang berjubah beserban dan pandai berbahasa Arab, manakala seseorang lagi berkemeja berseluar dan tidak pandai berbahasa Arab, siapakah yang akan dianggap mempunyai ilmu agama lebih tinggi oleh penduduk kampung berkenaan? Mentaliti ini sudah lama wujud dalam masyarakat Islam di Malaysia." (Dipetik dari majalah Millenia Muslim)
Inilah Realiti Kehidupan
Belasungkawa
Pantun Edisi Jepun
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksasa dikandung tanah
Otromen yang baik dikenang jua...
Dua tiga Raksasa berlari
Mana nak sama Raksasa Kero
Dua tiga Otromen boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro...
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Otromen dirikan
Kalau sungguh itu keja Raksasa
Badan dan kepala dia Oltromen 'fire'kan...
Kajang Oltromen kajang berlipat
Kajang Raksasa mengkuang layu
Kalau Oltromon Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu...
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Oltromen nyala...
Mengata dulang
paku serpih
Mengata Raksasa,
Oltromen Pulak yang lebih-lebih...
Sudah gaharu
cendana pula
Sudahlah kalah
di 'fire' pula.....??!!!!!!
Sekadar hiburan sahaja.
BELAJAR BERSABAR YE..
- 2 Nasi goreng Thai
- 2 Nasi Goreng Kampung
- 1 Mee Goreng.
Isra' Dan Mikraj.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
The New Rm50 Note..
So, this the new note look a like
KOSMO said:
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan. BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.
BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.
Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.
Lets grab it =)
Tips yang Top..
Dahlia! Aku pun ada la....
Kau dan Aku...
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Majlis perkahwinan
Kaler ungu adalah tema rumah pengantin lelaki. Kaler kuning, tema rumah Iz.. wahaha
Urm.... ada banyak lagi... tapi cukup la Iz uploadkan ...
k... selamat malam....
Nak makan.... Jom....
Kepastian yang Belum Pasti
Alhamdulillah. Tuah masih memberikan aku kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi ini. Dan aku bersyukur atas semua anugerah yang telah dikurniakan. Sedar atau tidak, sudah hampir sebulan aku meninggalkan bumi kenyalang@Sarawak. Rindu memang rindu. Banyak sebab aku rindu pada Bumi Kenyalang.
Banyak benda sebenarnya yang membuatkan aku teringat pada bumi kenyalang. Udaranya, suasananya, masyarakatnya.... Pendek kata... cintaku tertinggal di Sarawak.
Benda yang membuatkan aku teringat kepada si dia.
1) Lagu Revolusi
2) Lagu Love Story
3) Kereta Kelisa.. (Q** ****)
Tapi yang paling membuatkan aku teringat pada bumi kenyalang, ialah Lagu Revolusi. Memang meninggalkan impak kt minda ini.
Sampai bila aku mampu bertahan aku sendiri pun tak tahu.... Kalo ikutkan hati, memang akan aku baut benda yang tak tercapai akalku... (mcm lagu elyana plak)...
saya memang rindukan awak
Hurm, dah lama blog nie x diupdate. Senarai blog list pun dah x ada. Templates yang ditukar selalu sangat tak menjadi. Pening-pening.
Dalam 3 minggu nie, macam-macam perkara yang telah terjadi. Ada suka, duka, berita bagus, tak bagus... Tapi sebab tak ada mood nak menulis, maka TT tunda entry berikutnya.
Memang ada bercadang nk tulis semua yang terbuku di hati. Tapi bila sesuatu hal yang melibatkan orang lain nie, memang susah. Takut-takut ada yang terasa la pulak. Nak pakai nama samaran takut TT sendiri yang terkeliru. Hurm... betul betul betul... =)
Tapi tak pe la. Nanti TT akan buat jugak entry tu. Walaupun agak pahit, tapi TT kena terima semuanya. Kena TERIMA KENYATAAN.
Aku Cedera Parah.....
Sesuai dengan tajuk entry ini sila baca tajuk kt atas tu), aku baru-baru ini telah tipimpa satu kecelakaan. Baru je berada di rumah, tapi macam2 dah berlaku. Kan sekarang nie aku sibuk dengan persiapan perkahwinan kakak aku. Biasala mak.. Macam-macam nak kena buat. Itu, ini, situ sini, ha ha ha. Tu yang sibuk sikit ek.
Ruang depan rumah telah selamat diubahsuai. Telah mendapat sentuhan jari jemari ini. Wa ha ha.. Aku pun pelik macam mana la mak aku leh berik kepercayaan kepada aku untuk mengetuai bala tentera mengecat ( 3 orang je) bagi mengecat semula (repainting). Warna asal ialah kuning raja.. Tapi lepas tu ia bertukar kepada Oyster Grey. Aku tukang cat je, so aku tak terlibat dengan pemilihan warna.
Nasib baek la just ruang depan ngan belakang umah je kena cat. Semua bahagian luar. so, kira-kira seminggu la (tolak sabtu ngan ahad) , siap la sudah... Bahagian dalam rumah, macam dulu. Earth colour. Back to natural.
Berbalik kepada tajuk asal, tangan aku luka a.k.a cedera parah.. Saje je ayat thriller sket. Al kisahnye macam nie, aku nk simpan duit kt dalam kabinet. Aku bukak la pintu kabinet tu, tapi tak la bukak besar-besar, sekadar celus tangan je. Tapi, memang malang tak berbau. Tangan aku telah terkena bucu cermin penutup kabinet tu. Teserlahlah daging putih, kemudian disusuli dengan titisan darah merah mengalir...
Kat sini, aku letakkan gambar, kesian aku.... Tapi Dahlia buat tak tahu je,,, Dahlia... ooo dahlia... mana ko..... TU je la kisahnye.... Sekarang nie dah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan. Nanti aku update pasal kawen ngan bambar sekali ye.
Ok la.. Nanti aku upload lagi gambar kenduri kawen ok.. =)
(aku x ada motif kenapa boldkan nama dahlia tu)