Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Aku Cedera Parah.....

0
Sekian lama nya blog ini tidak mendapat sentuhan ajaib jari-jemari ini. Akibat dari kekurangan berita untuk disampaikan jepada anda semua.. Ha ha ha..

Sesuai dengan tajuk entry ini sila baca tajuk kt atas tu), aku baru-baru ini telah tipimpa satu kecelakaan. Baru je berada di rumah, tapi macam2 dah berlaku. Kan sekarang nie aku sibuk dengan persiapan perkahwinan kakak aku. Biasala mak.. Macam-macam nak kena buat. Itu, ini, situ sini, ha ha ha. Tu yang sibuk sikit ek.

Ruang depan rumah telah selamat diubahsuai. Telah mendapat sentuhan jari jemari ini. Wa ha ha.. Aku pun pelik macam mana la  mak aku leh berik kepercayaan kepada aku untuk mengetuai bala tentera mengecat ( 3 orang je) bagi mengecat semula (repainting). Warna asal ialah kuning raja.. Tapi lepas tu ia bertukar kepada Oyster Grey. Aku tukang cat je, so aku tak terlibat dengan pemilihan warna.

Nasib baek la just ruang depan ngan belakang umah je kena cat. Semua bahagian luar. so, kira-kira seminggu la (tolak sabtu ngan ahad) , siap la sudah... Bahagian dalam rumah, macam dulu. Earth colour. Back to natural.

Berbalik kepada tajuk asal, tangan aku luka a.k.a cedera parah.. Saje je ayat thriller sket. Al kisahnye macam nie, aku nk simpan duit kt dalam kabinet. Aku bukak la pintu kabinet tu, tapi tak la bukak besar-besar, sekadar celus tangan je. Tapi, memang malang tak berbau. Tangan aku telah terkena bucu cermin penutup kabinet tu. Teserlahlah daging putih, kemudian disusuli dengan titisan darah merah mengalir...



Kat sini, aku letakkan gambar, kesian aku.... Tapi Dahlia buat tak tahu je,,, Dahlia... ooo dahlia... mana ko..... TU je la kisahnye.... Sekarang nie dah mula sibuk dengan persiapan perkahwinan. Nanti aku update pasal kawen ngan bambar sekali ye.

Ok la.. Nanti aku upload lagi gambar kenduri kawen ok.. =)

(aku x ada motif kenapa boldkan nama dahlia tu)

Tak Ada Mood Katenye,,

1
Sorry, template berterabur, x best tol. X ada mood nk betulkan... Nnt TT akab betulkan dan sekali ngan update. Kepada Dahlia, nntkn post terbaru dari aku ek..


Balik Kampung (edisi malas nak update)

2


Akhirnya, selepas seminggu aku dah balik ke rumah nie, baru sekarang ada ide nk update blog. Petang tadi aku telah balik ke kampung sebelah mak (Gambar atas). Kampung tu mmg best. Suasana nyaman, tenang, dan sejuk je. Sbb rumah kt tepi sungai. Teringat mase kecik2 dulu, selalu mandi kat sungai tu. Masa dulu, air sungai tu jernih. Tiap2 hari jernih. Tapi tu dulu la. Sekarang dah keruh. Mmg dah keruh sangat.

Ptg tadi aku turun ke sungai tu. Saje2 je maninjau kembali memori lama.. So untuk korang, aku telah snap bbrp gmbar. Tu je yang mampu aku kongsikan. Teringat kenangan masa bebudak dulu.. aku mmg nakal.. suka sangat mandi sungai.


nie lagi bbrp keping gambar.. sekitar kawasan kejadian.. Pokok buluh nie tempat kitaorang (aku ngan sepupu) buat akrobatik terjun ke dalam sungai..





Mmg lama dah x tgk keindahan alam semulajadi.. So, aku terus mencapai hp dan terus mengambil beberapa kpg gmbar. Korang tgk ek..



 
Ok la... setakat nieje ek... len kali jumpa lagi.. Da da





For Phylle

1
Yesterday I got message from my friend asking me for help. She want Tune Up Utilities installer. So, there you go.

Click Here

7 hours left

0
7 hours left before i fly back to my hometown.
Will miss UNIMAS, FEB, Cempaka, friends, and my special one.

I hope I can come again here. Feel the same atmosphere, the same condition, same situation but for different purpose.

Will miss June, Aida, Zaida, Shafiza, Ex-Kenanga Collage Representatives, all naughty boys from Faculty of Engineering (Civil, Mechanics, Electronics, and other -nics), esp: Ijau, Apeep, Shami, Wan, Celes, Jus, Cu Wi, Udin, Yus, Qhalil, Mirul, As, Elvin, Karim, Najib, Emer, Ashraff Pe'uk, Adeeb, Wen, Syida(roses among beetles), 



Not to forget, Kak Chumie (BPPS), Dr. Zaharah (Clinic),
Hope to see you soon.

Regards
~Muhd Fadzil Noor Yahya~
~2005-2009~

Warkah Buat Insan yang Bergelar Ibu

2
Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. …mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …..mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak

Aku ada pasangan hidup sendiri…. Tapi adakah kita masih mengingati mak?

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa…..pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak
Bila sambut valentine… Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak…lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya………
Tapi kalau mak sudah tiada………..

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…..
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….. dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

Sekadar kisah buat renungan kita..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
“Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sekadar renungan. Kadang kala kita terlupa akibat terbuai mimpi indah dunia.

Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu

Selamat Hari Ibu kepada Bonda Tersayang
Asiah bt. Noordin

Jangan Ungkapkan Perpisahan

0
Tepat jam 4.05 minit petang, semua berlaku begitu pantas. Perkenalan aku dan dia berlaku secara tidak sengaja, tidak dirancang. Aku pada mulanya malas dan tidak begitu menghiraukan akan kewujudan beliau aau lebih senang dipanggil I. Benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal. hati mesti terpaut.
Melihatnya dari luaran, sama sahaja seperti manusia lain. Lengkap dan cukup sempurna. Alhamdulillah. Tetapi bila mengenalinya dari dalam, membuatkan aku lebih mengenali siapa I sebenarnya. Ternyata sikapnya yang lucu dan selamba mampu membuatkan sesiapa sahaja terpaut. Malah, beliau seorang yang lebih besederhana dalam banyak perkara.
Penampilan tidak begitu menarik perhatian, sesuai dengan pegangan orang Timur. Hari demi hari aku luangkan untuk mengenali I dengan lebih mendalam. Sikapnya yang suka berterus-terang membuatkan aku senang dengan dirinya dan status kami.Tambahan pulan I seorang yang lucu. Seringkali membuat aku ketawa hingga mengeluarkan air mata..
Tapi, perkenalan kami selama 4 bulan memang indah. Itu memang aku akui. Terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersama. Hati ini melonjak girang bila I meminta sesuatu. Cara I meminta memang membuatkan aku bertambah sayang kepadanya.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja aku akan menatap wajahnya, melihat matanya yang bundar, alis matanya yang letik, dan raut wajah yang tidak pernah menunjukkan rasa jemu terhadap aku. I cukup sempurna di mata aku walaupun hakikatnya dia mempunyai kekurangan. Sikapnya, perwatakanya, dan segala-galanya tentang beliau seolah-olah 'membutakan' mata aku.
Seharian tidak melihat wajahnya, mendengar suaranya, seorlah-olah hari tersebut serba kekurangan. Dan aku rasa aku telah meluangkan saat-saat terkahir kami sabaik mungkin.
Dan I, ketahuilah, jauh di dalam lubuk hati ini, aku akan sentiasa menyayangi I. Dan aku berharap, I pun begitu juga. Aku tidak meminta apa-apa dari I, hanya secebis hatinya untuk aku bertakhta. Aku harap perkenalan ini tidak akan berakhir apabila aku meniggalkan Bumi Kenyalang ini. Dan percayalah, jika mempunyai kesempatan, pasti aku akan datang ke sini.
Semua berlaku terlalu laju. Aku seperti terpaku dan menurut sahaja perlakuan I. Aku teringat kata-kata salah seoarang dari kawan baik aku, jangan ungkapkan selamat tinggal dikala perpisahan, tetapi ungkapkan semoga bertemu lagi di masa hadapan. Kata-kata ini cukup memberi seribu pengertian.
Tanpa disedari, air mata mula mengalir di pipi aku tatkala menulis warkah ini. Dan aku biarkan ia terus mengalir selagi mampu kerana aku tahu, itu merupakan harga yang perlu aku bayar untuk memilikimu walaupun kesudahannya aku sendiri tidak pasti.
Sesungguhnya, cinta itu adalah hakikat, pelengkap nyawa dalam jasad,fitrah manusia sejagat.

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...


Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan...
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..


Susahnya... (Part 2)

3

Susahnye....

Kat dalam dunia nie, terdapat macam-macam orang. Ada yang baik, jahat, hensem, cantik, biasa je, dan ada jugak orang yang perasan deorang ni bagus, walhal hakikatnya tak la sebagus mana pun. Perasan je lebih. Kt sini, Isma nak kongsi satu kisah dengan korang. Bukan nk bukak aib sesiapa pun, tp mana yang baik, kita jadikan tauladan, dan yang buruk, jadikan sempadan.

Kawan Isma nie, kalau bersembang dengan dia, memang hebat. Tak nak kalah. Semua dia yang bagus. Dia yang hebat la. Pendek kata, semuanya dia. No satu. Juara carta. Sebab tu kalau Isma bersembang degan dia, Isma ikut je rentak. Kita lebih baik merendah diri dari tidak berpijak di bumi yang nyata kan. Tu lagi tak bagus.

Tp kadang-kadang bila Isma dah hilang sabar, sempat jugak la Isma bidas dia sikit. Sekadar nak bagi tahu, ada orang lain yang betul-betul bagus dari awak tu. Jangan terlalu perasan bagus ek. Ingat sket ye.



( off topic )Hurm.... kehidupan Isma sebagi seorang mahasiswa telah beralhir. Lepas nie x ada lagi assignment, mid term, quizzes, etc... bla bla bla. Just tunggu untuk majlis konvokesyen je. Bila dah nak habis nie kan, macam-macam perasaan datang menyelubungi. Ye la.. sedih tu memang sedih. sedar tak sedar dah hampir 4 tahun Isma berkelana di bumi orang. Berhijrah dari semenanjung ke Malaysia Timur atau lebih tepat Sarawak. Tak kenal maka tak cinta. Isma setuju sangat dengan pepatah tersebut. Semakin dekat tarikh flight nk balik semenanjung, makin sayu pulak rasa hati.

Menjadi sebahagian dari warga UNIMAS membuatkan Isma menjdai lebih berfikiran terbuka. Mengenali adat resan dan budaya membuat kan Isma berada seperti berada di tempat sendiri. Manakan tidak, Isma dapat menguasai dialek Melayu Sarwak dalam masa 2 tahun je. Betul kata cendiakiawan. Bahasa jiwa bangsa. Dengan bahasa, hati terpaut, jiwa terpesona. Sarawak terlalu unik dan dekat di hati Isma.

ok la.. setakat nie je coretan untuk hujung minggu nie, k

Da da

~IsmaelZaharee~