Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Zaman Kanak-Kanak

4
Wah... Enry kali ini iz nk ajak korang semua kembali ke zaman kanak-kanak. Ya, zaman kanak-kanak seharusnya seronok. Zaman kanak-kanak juga penuh dengan pertanyaan dan kemusykilan. Terdapat banyak perkara yang bermain di benak hati iz semasa kanak-kanak. 

Semua perlu kena tahu! Motto mase zaman bebudak. Bila wukud perasaan ingin tahu, ia akan mendorong kita supaya lebih meneroka alam ini.Perasaan KENAPA @ WHY sangat kuat semasa zaman kita kanak-kanak. Antara beberapa perkara yang iz tertanya-tanya adalah:

1. Radio
 "hanya di radio, ku rasa perhubungan kita"
Iz punya la ingin tahu, sampai satu tahap, Iz intai dala radio tu and assume ada orang kerdil dok menyanyi dalam radio tu... wahaha.. Tak tahu la kenapa boleh fikir sampai ke tahap tu.. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi dok tengok orang kerdil tu buat show kt dalam radio tu. Pelik tapi benar kan..

2. Gaban.
"wakasa wakasa pinamda"
Ha... lebih kurang mcm tu la bunyik lagu dia. GABAN. Mesti korang tengok kan citer nie. Bagi yang tak tahu ape cite nie, korang pandai-pandai la google sendiri. Katun nie memang femes penghujung tahun 80-an hingga awal 90-an. Ye, time tu iz kecik lagi. Gaban nie pulak bukan sorang.. Ada pulak naga robot yg menjadi haiwan kesayangan die. Nie ha rupenye.. Dah macam naga dalam dragon ball la pulekk

Ape yang membuatkan iz tertanya-tanya pasal siri jepon nie, adakah ia benar-benar wujud? Aku pernah termimpi (mimpi lagi) yang padang kt belakang rumah lama aku ada robot2 yang bagak-bagak turun dari langit. Ye.. turun dari langit. Deorang berkumpul la kt tengah-tengah padang tuh.. Sampai takot dibuatnye bile tangok robot tu dari dekat. Kan kite jadi kerdil.. huhuhu.

3. Kapal terbang & helikopter



"Kapal terbang, aku nk ikut,,, Helikopter, turun kt sini.. nk naik.."
Itulah ayat yang biasa terpacul dari mulut iz pada zaman kanak-kanak bila tengok je kapal terbang @ heli melintas di awan biru. Terjerit-jerit la panggil dengan harpan depa dapat mendengar... tapi hampa.. Mane la nak dengar.. Tapi itu semua menjadi kenyataan bila mana iz melanjutkan pelajaran ke menara gading ke salah sebuah universiti di kepulauan Bornoe. So merasa lah naik kapal terbang, Kalo bajet banyak, naik la MAS, kalo bajet ciput, naik la air asia kaler merah tu.. huhuhu...


Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sering menimbulkan tanda tanya kepada kita pada zaman kanak-kanak. Tapi semua itu telah berlalu. Mungkin ada yang telah dilupakan oleh Iz. Sebagai manusia biasa, ingatan kita terhad dan terbatas.

Iz rasa, cukuplah setakat ini sahaja coretan pada kali ini. Sape yang nk reapond, dipersilakan. Atau ada yang hendak berkongsi cerita zaman kanak-kanak mereka, amat dialu-alukan.



SalamRitmaAlam
~ismaelzaharee~





Enchek Simbi Saya

1
Samsung?

Itu perkataan pertama yang terkeluar dari mulut kawan Iz bila Iz nyatakan hendak membeli telefon Samsung. Kenapa Samsung? Bukan Blackberry ke or etc.. Hurm...Dh berbuih dh Iz terangkan kt dia.. Iz x tgk sgt kt model hp tuh, tp perisiannya a.k.a software. 

Eh, hp pun ada software? Ya! Hp pun ada software. Smart Phone terutamanya atau telefon pintar. Kalau laptop @ pc kita biasa dgr Windows XP, Ubuntu etc.. Tp untuk hp, ada Symbian (paling meluas digunakan, Android, Windows mobile, UIQ dan bbrp jenis lagi).

Ok.. dh habis pasal pengenalan perisian hp. Kenapa Iz nk juak hp lama ek? Padahal iz guna Nokia 5730 ExpressMusic dulu. Beli bulan 11 tahun lepas. Baru bbrp bulan je. Bukan sebab rosak ke ape, p iz nk beli hp baru.. Try jenama lain tetapi tp menggunakan Symbian sebagai platform pengopersiannya.

So, setelah membuat bbrp penialaian dan terutamanya review dari En. Adli Ayob, Iz pon membuat keputusan untuk membeli hp keluaran Samsung... Nak tgk mcm mane rupa hp iz yang diberi nama Enchek Simbi ini? Nie ha die....






Thanks En. Adli Ayob & En. Asri Al-Baker sbb berjaya influence Iz untuk beli hp nieh... he he he

Bestfriend

0
Awak.. 
Awak ade bestfriend tak? Mesti ade kan? Best la awak. Ade bestfriend, ade kawan baik. Awak beruntung, awak tau tak?

Awak..
Bestfriend awak tu baik tak? Mesti dia best kan? Dah nama pun bestfriend, mesti la best. Ye tak? Ape la kte ni. Huhu.. Bertuah awak dapat bestfriend yang best, awak tau tak?

Awak..
Ape pengertian bestfriend pada awak eh? Bestfriend awak gembira tak bila awak ketawa? Bestfriend awak sedih tak kalau awak menangis? Bestfriend awak ade tak dengan awak bila awak perlukan dia? Eh, mana lebih elok, bestfriend yang sama jantina atau berlawanan? 

Awak..
Kite pun nak ade bestfriend juga. Tapi kte agak 'serik' nak anugerahkan gelaran tu pada sesiapa. Sakit taw kalau bestfriend 'buat' kat kte. Dah la kte ni jenis mudah serik. Trauma + fobia kte jadinya. 

Awak..
Tapi kan, kte ade ramai kawan. Yang baik ade. Yang 'kurang' baik pun ade. Ade yang suka kte. Ada juga yang tak suka. Ade yang berkata2 dengan niat membina. Ade plak yang berbicara untuk membinasa. Tapi kte rasa selagi kte jadi kawan yang baik untuk dia (dia, dia dan dia-dia yang lain), persahabatan tu takkan harmful pada kte kan? Kte harap camtu la.

Awak..
Kte tak ade ape2 kriteria khas untuk melabelkan kawan. Tak perlu best untuk jadi bestfriend. Tak payah jadi yang terbaik untuk bergelar kawan terbaik. Cukup lah awak kawan dengan kte, dan kte ni adalah kawan awak.

Ape-ape yang terjadi, saya tetap sayang awak, awak, dan awak..

Bill Gates pun tak tahu kenapa (repost)

4

Tajuk entry yang macam menarik kan,..
Korang bace ek. Pastu korang kena try,..

Biasalah manusia ni kan pasti ada kekurangan. Hari ini aku nak tunjuk 3 benda yang jutawan microsoft still tak taw kenapa jadi macam ni.. Tapi mungkin ada yang tau, xpe, yg tak tahu kita akan jadi tahu.. dan yang tahu akan jadi lebih tahu.

Yang Pertama..korang masuk masuk microsoft word then…

kemudian taip:

=rand (200, 99)

kemudian tekan ENTER


Yang kedua :

Kepada penguna windows

* buka notepad
* taip “Bear kau mmg gemok” (tanpa pembuka kata dan penutup kata)
* Save file dengan apa-apa saja nama dan di mana-mana.
* Tutup tetingkap notepad tersebut, kemudian buka kembali.

Lihat apa yang berlaku…
Yang Ketiga..

Kita kan kalau save file boleh letak nama ape-ape je kan..

Tapi microsoft alergic sikit dengan CON

Memang tak boleh save file dengan nama CON..

hehe..

Credit to Ikhtiaruddin Bin Md Yasim
Klik sini

Aku Tetap Aku..

2


Sekian lama blog ini tiada entri baru semenjak 21 Disember 2009, Iz pon tak tahu apa sebenarnya yang menggerakkan hati ini untuk menulis kembali di blog ini. Pejam celik-pejam celik, usia dah semakin bertambah. Now I'm 25. Ho ho ho..

Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang Iz tidak menupdate blog ini. Ya, memang terlalu banyak. Tapi Biarlah Iz sahaja yang menyimpan semua kenangan tersebut.

Iz harap. entry ini bakal mencetuskan kembali semangat berblog yang sudah lama menghilang... Tahun 2010 ini Iz harap akan membawa seribu kemanisan dan ketenangan untuk Iz menempuhi hari-hari yang mendatang...

salam ritma alam
~ismaelzaharee~