Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Belasungkawa

0





Tiada apa yang mampu Ismael coretkan.


Belasungkawa

Pemergian Seorang yang Bergelar SAHABAT

2
"Teet.. Teet"

Telefon bimbit Ismael memberi isyarat ada pesanan ringkas masuk. Lalu aku buka dan membacanya..

"Assalamualaikum.. Aku nk bgtahu kt korang bahawa sahabat kita, Muhammad telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat komplikasi jantung. harap dapat sedekahkan al-Fatihah."

Ya Allah, adakah ini benar?. Jantung aku bagai diragut. Baru beberapa hari lepas kami ada berbual mengenai masa depan. Dan dalam perbualan itu, Muhammad sempat bertanya kepada Ismael beberapa pertanyaan yang agak luar biasa.

"Kalau ada apa-apa terjadi pada saya macam mana? Misalnya saya tak datang sini balik. Saya balik terus" ujar Muhammad

Ish.... jangan la macam tu.. Ape la awak nie.. Saya doakan semua yang terbaik. Awak jangan risau. insyaAllah tak ada apa-apa yang akan berlaku" balas aku.

Perbualan kami terhenti setakat itu. Lalu menjamah makan malam yang sedia terhidang.

Itulah makan malam terakhir antara aku dan Muhammad. Aku memang tidak menyangka pertanyaan Muhammad ada maknanya. Rupa-rupanya, dia tahu dia akan pergi meningglkan aku untuk selama-lamanya.

Aku tahu dan sedar ajal, maut, rezeki, semua di tangan tuhan. Mati itu pasti. Tidak akan lewat atau cepat walau sedetik pun. Cuma, aku terkilan kerana tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana aku masih berada di universiti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perkenalan kami terjadi kira-kira 4 tahun yang lalu. Tinggal di kawasan perumahan yang sama menambahkan keakraban kami sebagai kawan. Aku tidak pernah menyesali perkenalan kami, bahkan seronok. Manakan tidak, hampir setiap masa, kami lunagkan bersama. Makan, shopping, malahan menonton wayang pun pasti berdua. Aku tidak peduli pamdangan masyarakat terhadap keakraban kami.

Telinga ini sudah lali dengan ejekan orang sekitar. Kami tahu apa yang kami buat, malahan keluarga aku dan Muhammad juga saling mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami lebih dari seorang kawan seperti abang dan adik. Tambahan pula, aku tidak mempunyai abang dan Muhammad lebih tua dari aku.

Sepanjang persahabatan ini terjalin, terlalu banyak peristiwa yang kami kongsi bersama. Saaat suka duka, susah senang, dan banyak lagi. Aku tahu Muhammad terlalu mengambil berat mengenai diri ini.

Aku rasa cukuplah setakat ini bingkisan dari aku. Terlalu pahit untuk diluahkan. Dan aku berharap roh arwah tenang di sana. Aku tidak mampu lagi membendung air mata ini dari jatuh mengalir. Aku relakan pemergianmu.


Nukilan
IsmaelZaharee


Amazing China!!

0



Let's discover whats behind The Great Wall of China.

  • Dikenali kubu China silam yang dibina sekitar 200 Sebelum Masihi (SM)

  • Diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, ketika Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol.

  • Panjang tembok kira-kira 6,700 kilometer (km), dari Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

  • Sebuah tembok pertahanan dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama yang dicatatkan adalah seperti berikut:
  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan 10 Negara)
  5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

  • Ia digelar 'kubur terpanjang di Bumi' kerana ramai yang mati terutama petani ketika membinanya.

  • Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei

  • Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle)

2



JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida
Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti tidak pasti arah penerbangan kabus datang entah dari mana dan kawalan pesawat kucar-kacir. Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang.

Laporan mengenai kehilangan sebuah kapal terbang dan juruterbang, dengan kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang terhempas, telah difailkan, dan operasi mencari telah dilancarkan. Pencarian telah melibatkan satu kawasan yang luas, tetapi tiada sebarang kesan kapal terbang kecil dan juruterbangnya, jika dia terselamat dari kejadian terhempas. Kapal-kapal yang lalu di situ telah dihubungi, begitu juga banyak pesawat lain yang turut terbang hampir dengan kawasan itu pada pagi tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang perasan akan kapal terbang kecil itu atau apa-apa perkara ganjil.Ini adalah situasi yang seringkali digambarkan mengenai kes-kes kehilangan di satu kawasan laut khusus di Lautan Atlantik, berdekatan rantau Karibean, yang pada hari ini dikenali sebagai Segitiga Bermuda.

Dalam rekod, berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal laut telah hilang tanpa dapat dikesan lagi dalam kawasan ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada kapal-kapal terbang dan kapal-kapal laut itu, serta mereka yang berada di dalamnya? Ini adalah soalan yang masih belum terjawab sepenuhnya

Apakah itu Segitiga Bermuda, dan di manakah lokasinya? Segitiga Bermuda bukanlah satu segitiga fizikal, sebaliknya cuma satu penyempadanan yang membataskan kawasan di mana sering berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut secara bermisteri. Segitiga ini disempadani tiga garis lurus yang menghubungkan Pulau Bermuda ke Miami di Florida, Amerika Syarikat, ke Puerto Rico, kemudian kembali ke Bermuda, seperti dalam peta di sebelah
Di dalam kawasan berbentuk segitiga inilah berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut tanpa sebarang sebab yang munasabah, dan tanpa dapat dikesan lagi selepas itu, biarpun bangkai pesawat atau kapal, mahupun mayat mereka yang berada di dalamnya - jika hendak dikatakan bahawa pesawat dan kapal itu telah menghadapi kemalangan.

Sebenarnya jumlah bencana pesawat udara dan kapal laut di dalam lingkungan segitiga ini mungkin tidak jauh berbeza dengan kawasan lain di seluruh dunia, tetapi apa yang ganjil adalah bagaimana kes-kes di Segitiga Bermuda berlaku dengan sebegitu bermisteri. Kehilangan sepenuhnya bagi majoriti kes, seolah-olah pesawat udara dan kapal laut itu telah dibawa keluar dari dunia ini bersama-sama anak kapal sekaligus.

Antara kes yang sering disebut berkaitan misteri Segitiga Bermuda adalah kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.

Berbagai teori telah diutarakan banyak pihak mengenai punca kes-kes kehilangan misteri ini. Ada yang mengatakan kawasan Segitiga Bermuda itu adalah lingkungan kuasa sihir, dan pusat kegiatan syaitan. Sememangnya tidak jauh dari Segitiga Bermuda, iaitu di pulau Haiti, amalan voodoo yang melibatkan ilmu sihir dan pemahaman berkaitan kuasa baik dan kuasa jahat adalah sangat kuat (perhatikan The Tome edisi 5, berkenaan zombie yang ada kaitan dengan amalan voodoo). Ada juga yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan misteri Atlantis, kota purba yang tenggelam ke dasar laut (lihat The Tome edisi 7). Akan tetapi teori-teori sebegini lebih bersifat spekulatif, dan tidak memiliki dasar saintifik atau logik yang kukuh
Sebaliknya kita akan sentuh di sini berkenaan teori yang lebih saintifik. Banyak laporan menyatakan bahawa kehilangan sering didahului masalah kompas yang gagal menunjukkan arah dengan tepat. Ini mungkin memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapat medan magnet, atau medan elektromagnet, yang luar biasa di lingkungan segitiga tersebut. Planet bumi memiliki medan magnet yang mengalir dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, dan medan ini seragam di seluruh planet. Kompas yang berfungsi dengan baik akan mengikut arah aliran ini, jarumnya beralih supaya selari dengan arah aliran, justeru setiap hujungnya menghala ke setiap kutub
Tetapi terdapat situasi tertentu di mana fungsi kompas akan terganggu. Jika terdapat sumber medan magnet yang berasingan, ia akan memaksa kompas patuh kepada aliran medan baru itu. Jika anda meletakkan satu magnet berdekatan sebuah kompas, anda akan perhatikan bahawa jarum kompas akan tertarik kepada magnet itu, dan mengabaikan tarikan medan magnet bumi.

Apakah yang menyebabkan jarum kompas dalam pesawat dan kapal yang hilang itu berputar-putar tanpa dapat memberi penunjuk arah yang tetap? Mungkin terdapat medan elektromagnet yang berubah-ubah dalam kawasan Segitiga Bermuda. Maka apakah pula yang menyebabkan medan tersebut berada di dalam segitiga itu
Medan elektromagnetik boleh mempengaruhi banyak perkara, antaranya keadaan sesuatu bahan. Eksperimen ke atas model skala Piramid Agung di Giza, Mesir (lihat The Tome edisi 1) menunjukkan bahawa suatu medan elektromagnet yang luar biasa terkandung di dalam piramid dan tertumpu pada satu kedudukan tertentu. Sesetengah pihak mengatakan medan elektromagnet inilah yang memelihara mumia sebegitu baik selama ribuan tahun, dan mencetuskan pengalaman aneh di kalangan orang yang masuk ke dalam piramid. Terdapat juga kajian yang menunjukkan medan elektromagnet boleh membuatkan sesetengah objek terawang-awang di udara dan berubah sifat.

Medan elektromagnet turut memberi kesan terhadap saraf dan persepsi deria manusia. Kajian ada menunjukkan bahawa kita boleh menjadi gelisah dan tidak tenang jika didedahkan kepada medan elektromagnet yang kuat, dan kita sedia maklum apa yang boleh berlaku jika kita berasa gelisah dan kacau-bilau semasa melakukan sesuatu yang memerlukan tumpuan. Jika medan ini wujud di Segitiga Bermuda pada magnitud yang luar biasa, ada kemungkinan mereka yang lalu di dalam kawasan tersebut akan nampak atau dengar sesuatu yang aneh, biarpun ia sebenarnya tidak wujud di situ. Ini seterusnya akan mengugat orientasi, dan dengan mudah pengendalian pesawat atau kapal akan terjejas.

Perubahan cuaca secara mendadak, dari segi angin, arus laut, tekanan udara dan sebagainya juga boleh menjadi sebab berlakunya sesuatu yang buruk ke atas kapal terbang dan kapal laut. Dalam rekod, terdapat beberapa kejadian yang serius dalam cuaca yang boleh dikatakan baik menimpa beberapa penerbangan komersial, seperti pada 28 Ogos 1991 dan 17 Januari 1996, kedua-duanya melibatkan pesawat Airbus yang digunakan American Airlines. Dalam kedua-dua kejadian, ramai penumpang tercedera akibat pesawat yang ditimpa gelombang udara (air turbulence), kemudian menjunam apabila memasuki poket udara.

Poket udara adalah kawasan di mana udaranya bergerak ke bawah atau bertekanan rendah, mengakibatkan kapal terbang yang melaluinya menjunam ke bawah secara tiba-tiba. Juruterbang yang terlatih akan dapat mengawal pesawat dengan baik dalam situasi sebegini, tetapi para penumpang selalunya akan menghadapi keadaan tidak selesa, terkejut atau tercedera akibat lambungan kuat
Namun ia masih tidak cukup untuk menjelaskan kenapa sebegitu pesawat, kapal dan mereka yang mengendalikannya lenyap secara mendadak tanpa dapat dikesan lagi, tanpa dapat dipastikan sama ada berlakunya kemalangan seperti terhempas atau tenggelam. Tetapi, ya, ia adalah lautan yang luas lagi dalam, dan amat sukar untuk mencari suatu objek yang secara relatifnya sangat kecil di situ. Sebenarnya terdapat juga beberapa kes di mana kapal yang hilang telah ditemui semula, tetapi tanpa anak kapal.

Teori lain pula menyebut tentang vorteks atau gangguan dalam lipatan daya graviti, masa dan dimensi - teori yang lebih rumit dan kedengaran sangat luar biasa, biarpun vorteks sebenarnya wujud, yakni di angkasa lepas. Lubang hitam, atau black hole adalah suatu vorteks, di mana daya gravitinya cukup kuat hinggakan cahaya pun tidak dapat lepas daripada tarikannya. Apa jua yang disedut lubang hitam akan musnah dan lenyap. Jika wujud sebuah vorteks seumpama lubang hitam di Segitiga Bermuda, apa jua yang mendekatinya akan disedut dan akhirnya hilang begitu saja. Tetapi sebuah lubang hitam mahupun sebarang fenomena seumpanya tidak pernah dikesan di mana-mana sekalipun di planet Bumi kita ini, dan ia kedengaran agak mustahil untuk berlaku di sini.

Pada masa yang sama, penyiasatan telah mendapati betapa keterangan yang pada mulanya kedengaran penuh dengan kejadian aneh telah berubah-ubah, lalu akhirnya didapati bahawa kemalangan berlaku atas sebab biasa semata-mata. Mungkinkah beberapa kes yang sebelumnya dilaporkan penuh dengan misteri hanyalah akibat ditokok-tambah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kes Flight 19 yang disampaikan di atas, pada mulanya timbul cerita bahawa juruterbang dalam skuadron itu melaporkan melihat sesuatu yang aneh, tetapi ini kemudiannya disangkal oleh laporan rasmi. Berkemungkinan besar kompas pesawat-pesawat itu telah gagal berfungsi (atas sebab apa?), dan tanpa dapat menentukan hala tuju yang tepat, kesemua pesawat itu mungkin telah kehabisan bahan api dan jatuh menjunam ke dalam laut.

Faktor manusia jika tidak boleh ditolak sepenuhnya. Pada hari ini, di lautan seluruh dunia, kegiatan pengganas dan lanun masih menjadi risiko besar, khususnya di perairan berdekatan rantau Karibean dan Amerika Latin, di mana banyak kumpulan penjenayah, antaranya penyeludup dan pengedar dadah, masih bergiat. Tidak mustahil kapal-kapal yang hilang di dalam Segitiga Bermuda sebenarnya telah diserang lanun atau penjahat, kapalnya ditinggalkan atau dibawa lari bersama untuk digunakan dalam kegiatan haram mereka.

Pada hari ini, kita mendapati bahawa banyak penerbangan dan pelayaran dilakukan merentasi kawasan segitiga ini setiap hari. Para juruterbang, syarikat penerbangan, pelayar dan syarikat perkapalan nampaknya tidak begitu endahkan Segitiga Bermuda

Pembunuhan Pemimpin Kanan Dunia

4
Korang mesti pernah dengar topik 'Pemimpin Utama Dunia Dibunuh'.
Sekarang kite selongkar pulak, antara pemimpin kanan negara yang dibunuh.
Dibunuh dengan pelbagai cara.
Jom, kita lihat satu per satu.


Negara: Amerika Syarikat
James A. Garfield (Presiden)
John F. Kennedy (Presiden)
Abraham Lincoln (Presiden)
William McKinley (Presiden)


Negara: India
Mohandas Karamchand Gandhi (Bapa Kemedekaan Negara India) - Ditembak secara dekat oleh pembunuh upahan.
Indira Gandhi (Perdana Menteri)-PM Wanita Pertama India, Dibunuh dengan Kejam
Rajiv Gandhi ( Perdana Menteri)-Terbunuh dalam serangan bom di Selatan India pada tahun 1991

Negara: Israel
Yitzhak Rabin (Perdana Menteri)

Negara: Filipina
Benigno Aquino, Jr. (Senator)

Negara: Lebanon
Rafiq al-Hariri (Mantan Perdana Menteri)

Negara: Mesir
Anwar El Sadat (Presiden)

Negara: Pakistan
Zulfikar Ali Bhutto (Mantan Perdana Menteri)-Digantung akibat dari konspirasi diktator tentera.
Benazir Bhutto (Mantan Perdana Menteri)... Kita telah lihat peristiwa berdarah yang berlaku suatu masa dahulu


Negara: Sri Lanka
Solomon Bandaranaike (Perdana Menteri)

Negara: Turki
Nihat Erim (Mantan Perdan Menteri)

Negara: Vietnam
Ngo Dinh Diem (Presiden Vietman Selatan)

Negara: Yaman
Ahmed Hussein al-Ghashmi (Presiden)


Adakah ini semua permainan politik?? Dunia yang penuh dengan tipu helah. Dimana, "matlamat menghalalkan cara"... Semua dibenarkan dalam dunia bernama POLITIK.

Bernazir pernah berkata:
"Saya bukan antara pemimpin yang berbohong untuk kekal berkuasa"
Tambah beliau lagi,
"Tiada pemimpin atau diktator yang mampu melakukan apa-apa yang telah saya lakukan"

Itu adalah antara kata-kata Bernazir dalam satu temu bual dengan majlah berita Mingguan TIME pada pertengahan 1990-an.

Jadi, sejauh mana penilaian ada terhadap dunia polik ini, anda sahaja yang mempunyai jawapannya.

p/s: ikuti sedikit sambungan mengenai kisah Bernazir Bhutto pada enrty akan datang.

What's Your -Phobia?? Part-1

4



Lets begin with the history of -phobia
.

The English suffixes -phobia, -phobic, -phobe (of Greek origin: φόβος/φοβία ) occur in technical usage in psychiatry to construct words that describe irrational, disabling fear as a mental disorder (e.g., agoraphobia), in chemistry to describe chemical aversions (e.g., hydrophobic), in biology to describe organisms that dislike certain conditions (e.g., acidophobia), and in medicine to describe hypersensitivity to a stimulus, usually sensory (e.g., photophobia).

In common usage they also form words that describe dislike or hatred of a particular thing or subject

Here, some of your Zoophobias ( a generic term for animal phobias)

  • Ailurophobia fear/dislike of cats
  • Apiphobia, Melissophobia — fear/dislike of bees
  • Arachnophobia — fear/dislike of spiders
  • Chiroptophobia — fear/dislike of bats
  • Cynophobia — fear/dislike of dogs
  • Entomophobia — fear/dislike of insects
  • Equinophobia, Hippophobia — fear/dislike of horses
  • Ichthyophobia — fear/dislike of fish
  • Musophobia — fear/dislike of mice and/or rats
  • Ophidiophobia — fear/dislike of snakes
  • Ornithophobia — fear/dislike of birds
  • Ranidaphobia — fear/dislike of frogs
So, which one is yours????

Desktop Picture

0
Sesiape yang bermiant untuk menukar gambar desktop masing-masing, sini TT ada sket la. Korang download. File dalam format .Zip. PAstu unzipkan.

Nie contoh dia. Tengok je dulu.



Nak download?? Tunggu ek. Nanti TT akan update entry nie. Siap dengan link sekali Klik Sini.. .

Selamat Mencuba.

P/S: kalau ada wallpaper yang cun tahap gaban, InsyaAllah TT akan uploadkan untuk kongsi dengan korang semua.

Tip Penjagaan Kereta

2



Kepada sesiapa yang ada kereta, ini ada sedikit info pasal tips penjagaan kereta.

  • Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
  • Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan sebarang bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian itu.
  • Setiap minggu, luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.
  • Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek, dan pencuci cermin.
  • Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan usia.
  • Setiap bulan, periksa tekanan udara pada tayar anda termasuk tayar simpanan (tyre spare). Ini bagi memastikan pemanduan lebih stabil.

Orginal vs Pirate

2
Seperti mana yang semua sedia maklum , Negara China memang terkenal dengan kebolehan rakyatnya 'menciplak' idea orang laen. Bukan setakati barang-barang keperluan harian je yang mereka copy, sampai automotive pon depa "berjaya" ciplak.

Kalo korang x percaya, tengok nie. Ke"genius"an mereka. China Boleh!!
Pertama, kereta BMW



Kedua: Daewoo Matiz vs. Chery QQ ( Cherry nie ada eksport kete ke Malaysia)



Nak tengok lagi??
Seterusnya Kereta Smart Versi Eropah vs Smart Versi China



Nie lagi. Kalau Honda ada CRV, deorang pon ada "CRV" sendiri, Laibao SRV



Bukan setakat BMW je deorang ciplak, kereta mercedes pon dorang berjaya buat klon. Tgk nie Mercedes C-Class vs. Geely Merrie 300




Last sekali, sebijik lagi kete mewah yang depa berjaya copy and paste.
Rolls-Royce Phantom vs. Hongqi HQD



Last but not least, paling hebat.. Kalo setakat kenderaan empat roda pon deorang boleh fhotostate, jangan terkejut.. Bas pon deorang mampu buat.
Neoplan Starliner vs. Zonda A9



Kadang-kadang, melihat untuk mencari idea tidak salah. Tapi jangan la, sampai tiru hampir sama. Bila dah siap, mmg hampir 100% sama design. Tiru tak salah, tapi biar berpada-pada. TT bukan nak kate deorang nie ambil jalan mudah dalam memasarkan produk mereka, tp biar la ada identiti sendiri.

So, apa kata survey pasal topik nie???

Pointer vs Personal

1
Hurm.... tentu korang semua pernah dgr perkataan nie kan. Kepada yang pernah bergelar student tu mesti korang tahu sangat pasal perkara mzcam ni.

Pointer... Penting sangat ke??? Penting ot.. Sbb itu mengukur secara teorinya tahap kedudukan pelajar tersebut.

Personal... Humr,.. bloeh terdiri dari personal appearance, judgment, semua la...

Ada sesetengan pelajar yang sangat cemerlang dari segi pencapaian akademiknya (Pointer), tetapi amat lemah dari ppenampilan personalnya... Huh....

Dari ape yang TT perhatikan, dalam dunia sekarang nie la kan.. Personal tu lebih penting dari pointer. Bukan nk menafikan kepandaian seseorang jika dinilai dari pointer, tetapi, personaliti lebih mudah mendapat perhatian berbanding pointer.

Contohnya, seorang kawan TT yang kerkelulusan Bachelor in Engineering, dapat jawatan jadi pensyarah hanya berbekalkan CGPA yang tak sampai 2.5. TT sempat tny kt dia apa rahsia dia, dia cakap:
"Confident tu paling penting mase interview. Ditambah pula dengan personal appearance yang ada X-factor"

Hurm,... maybe betul ape yang dia cakap kan tu.. Personal appearance is very important. Sebab, dari personal appearance tu akan wujud First Time Impressions. Penilaian berdasarkan pemerhatian.

So, ape kate korang semua pasal nie.. Comment ye =)

P/s: korang sumer leh vote kat pool di bahagiah bawah blog nie ek ( footer)

Internet Explorer 8

0



Well, sekarang Microsoft dh mula sedar akan kekurangan web browser deorang.. Dulu IE 7, sekarang dah ada IE8,. So harap-harap korang dah cube.

Btw, sy dah cube IE8, dan setakat ini, hasilnya adalah MEMUASKAN.. Loading Tak lambat mcm IE yang lama..

Ok.. So korang leh search, donload pastu try la gune.. So nnt leh share sebarang komen ek...

Sedoot IE8  nie ek kalo korang berminat.

Klik sini


¿¿ʞılɐqɹǝʇ ɥɐp ɐıunp

2
˙˙˙ɐqnɔ ɐuǝʞ ˙˙nɐʇ ʇsǝq ˙˙ɐnɯǝs ƃuɐɹoʞ uɐƃuǝp ʇɐnsǝs ısƃuoʞ ʞu nʞɐ ıuıs ʇɐʞ ˙˙ɐɥ
ɐɔɐqɯǝɯ ɐʎɐɾɹǝq ƃuɐɹoʞ olɐʞ

˙ʞılɐqɹǝʇ uɐsılnʇ ɐɔɐq ʇɐdɐp qqs ɐʍǝɯıʇsı ƃuɐʎ uɐsuı ɥɐlɐpɐ ƃuɐɹoʞ 'lnʇǝq uɐƃuǝp ǝıu

ıuıs ʞılʞ ¿¿¿ɐqnɔ uıƃuı

Tq JomPHP.Com

New URL (UPDATED)

0
Perhatian, TT dah tukar blog url TT dari fadzilnoor.blogspot ke fadzilnoor.via.my akudanseseorang.via.my. Tapi uolss x perlu wat perubahan ape2 kat blog list korang.

If uolss guna url lama, secara automatik browser uolss akan direct terus ke blog TT dengan url yang baru..

ok.. Kalo nk tukar url jugak, klik sini.

Credit to JomPHP.Com

Berbaloikah??

0



Setelah bbrp aku mencuba dan terus mencoba.... akhirnya.. inilah rupa blog aku yang terkini.. Letih try and error...

Cuba itu, cuba ini.. ubah itu, ubah ini... macam-macam lagi la... Tp best jugak... dapat ilmu baru..

Pasal widgets lak, nnt aku update lagi... letih tok.... kepak... mok tido.. esok ada kelas... ok...ek...

So, comment sket ek pasal new blog design nie

Tq... =)

Mice in my Room Argh...... =)

0




New mice in my Room???? Arghhhhhh...

It cost almost 30 bugs to "catch" it

Useful.. =)

p/s: Good luck to Shaiful for his mid term exam tmrw mornig. Chaiyok.. Ganmbatte

1+2+3=5????

1



Hari yang cerah... Alhamdulillah.. Aku masih diberi kesempatan sekali lagi untuk menghirup udara segar ciptaan yang Maha Esa. Bangun page seperti biasa.. Going to the faculty and meet Emot. Asking for my graduation application form. Yeah... going to graduate soon... Perhaps.. =)

Tengah hari accompany my friend going to the Unimas Asset Department.. Looking for the staff who engaged with the Unimas Lake. Actually my friend taking civil engineering doing his FYP (Final Year Project) about Unimas West Campus Lake Water Quality.

After we finished getting the info, i went to HEP building waiting for shuttle bus. Meet with my friend.. Yes.. Teman Tapi Mesra friend.. perhaps er can have chit-chat.. But... I'm get frustrated. He walking by and ignoring me. Aku tak tahu la die sedar tak aku nie wujud kat situ... Hurm.... Sedih sangat..

Aku tahu aku ada buat salah.. Tapi niat just untk bergurau. tapi tak tau la kalo dia taking it to serious.. Hurm... SAD... =(

Yang Positive dr yang Negative

0
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.


4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

AND FINALL Y …….. for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

Secebis Kisah Kasih Sayang.. Bacalah...

32
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.


Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!”

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.

“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”

“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.

“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!”

“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

“Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”

“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”

Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.”

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk
kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”

“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.”

Apalagi…aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.

“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.”

“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.

“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”

Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.”

“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

“Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

credit to rileks.info