Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Mari Mengenal Rahsia Bulan Kelahiran Anda

0
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosiol.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi



FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
*Cubakawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
*Cubasampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik




So, which one is yours? Mine is an italic

Sampai Detik & Ketika

3
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku diantara
Cinta yang murni

#
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku jaga
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Ulang #

Akhirnya

Akhirnya, penantian aku selama ini berbaloi. Tak sia-sia aku bersabar menghadapi dugaan yang maha hebat ini.

Selama ini aku hanya mampu bersabar. Bersabar akan tiba detik itu. Aku mengaku, mmg ini semua berpunca dari aku. Mmg aku yang menjadi pencetus kepada persengketaan ini. Tapi aku telah lakukan pelbagai cara untuk menebus semua kesalahan yang telah aku lakukan. Mungkin hatinya masih terluka atas perbuatan aku pada malam itu. Mmg aku bersalah. Mmg aku yang bodoh.

Memang aku akui, segala yang terjadi adalah di luar kawalan, malah, ia berlaku terlalu pantas. Dan pada masa itu, dalam kotak pemikiran aku, langsung tidak memikirkan akan mengenai hal ini sedalam-dalam, semasak-masak.

Selepas peristiwa tersebut, langsung aku mendiamkan diri. A pun membuat keputusan untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan aku. Aku cuba untuk membetulkan keadaan, tetapi tidak berhasil. Puluhan sms dan panggilan aku tidak berjawab. Aku paham. Mungkin aku akan mengambil tindakan yang serupa jika aku di tempat A.

Ketahuilah, bahawa aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan A sudi memaafkan aku

Aku seakan-akan menjadi seseorang yang hilang arah ketika menghadapi ketika itu. Mujur rakan-rakan banyak memberi sokongan dan galakan untuk aku meneruskan hidup ini. Tapi sampai bila aku harus menanti tiba saat ini?? Saat dimana perhubungan aku dan A menjadi seperti sedia kala. Tuhanku, maafkan hamba-Mu ini.

Petang 8 Jun lalu sekitar jam 3.30 petang, aku menghantar pesanan ringkas kepada beberapa sahabatku yang berada di seberang lautan. Bertanyakan khabar. Lantas salah sorang dari rakan ku membalas dan memberitahu aku akan keadaan A.

“tadi aku ada sms dia. Dia kata dia eksiden. Teruk jugak……”

Aku tersentak membacanya. Lantas ku mencapai talifon bimbit lalu menghantar pesanan ringkas kepada A. Aku memang tidak berani mengantar SMS kepada A, apatah mengharap akan balasan. Tapi aku tekadkan diri, aku hantar sms bertanyakan khabar. Hati aku hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Berdebar-debar menanti jawapan..
Lantas ku biarkan hp ditas meja..

Bersambung…


Kenapa kita sanggup ‘menipu’ mengenai keadaan kita sendiri??? Kadang-kadang kita perlu buat macam tu untuk menyenangkan hati orang yang ambil berat tentang kita.. nie contoh ayat sms yang try to cover the real situation

“salam, wat pe tu? Sihat?....”

“Aku sihat, ko? Sihat??”


Saje je cakap sihat . Dia igt aku tak tahu keadaa dia yang sebenar…. Tapi mungkin dia tak nak aku risaukan pikirkan pasal dia..

Tapi, salah ke kita menyayangi seseorang? Walaupun ia adalah mustahil…. Kawan-kawan aku ada cakap..

Sometimes the person that you love didn’t realize how much you love them

Arghh…. Kalau la ini terjadi, can you imagine the impact??....

sekadar renungan

0
Anda belum matang sekiranya:

1. Menghabiskan nilai kad telefon pra bayar anda untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya kiriman daripada ibu bapa anda.

2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspress ( kurang 2 minit untuk empat rakaat) atau tidak solat langsung.

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun oleh wanita yang anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yang tebalnya beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau sms daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelafon atau mengirim sms kepada ibu bapa anda di kampong

7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung ketika solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE YOU berbanding kalimah zikir.




Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

Renung-renungkan dan selamat beramal =)


See you soon
~MFNY~

Citer serba serbi

3

















Skarang ni masuk minggu pertama bulan jun. Masih dalam cuti semester. Hurm… aku rs mmg malas nk keje.. nk spend time kt rumah je..

Ari tu ada nun mut mut sms aku. Ajak g ipoh. Emn boling. Dia kata ramai yg join..so aku pun setuju la…. Aku pun pg. Kta org jumpa kt Jusco Bowl.. Aku ngan Amy pegi sekali. Aku amek dia kt ipoh..

Aku igt ramai la yg dtg. Rupe2 ada la orang. Aku, Amy, Nun, Janet.. tu je.. AS ngan Azimi x dpt dtg sebab ada aral melintang…. Ape lh wat.. Dah x ada rezeki deorang nk jmpa ngan ktorang..

Nie sket cite pasal kursus pengacaraan MAKUM kt UUM yg aku kena pergi on 19-22 Mei 2008. Well, aku dr Ipoh naik bas pukul 10 pagi. Beli la tiket bas KKKL. Igtkan naik bas KKKL. Tapi kena naik bas tambahan.. Hampeh tol la.. tapi x pe.. demi kurusu tu, aku harus pergi,,, chewahhh.. =)

Sampai la Shahab Perdana dalam pukul 2.30 ptg kot. Nek l bas mara liner ke changlun.. Depa da tunggu kt sana nk amek aku.. Partner aku, Dian bertolak dari Seremban.. Kita org x pergi sama2. almaklumla, kan da cuti sem. Lgpun, dian th LI skarang. Chayo dian.

Da sampai UUM, Aziman greet aku. Dia niey org kelantan. He he he.. Nice looking guys =). Mase chek in bilik siap kena amek gmbar lagi.. he he he almost famous la aku kt sana.

Pas pendaftran, aku chek in bilik. Ktk org diletakkan kt Kolej Tradewinds.. Aku stay sebilik ngan budak UMS, Mr Bomb.. larik…. St g mesi dia meletopppp… he he he.. He very nice.. baik.. well, x ada communication problem between us..

First nite, biasala,, ice breaking.. padahal, more to sesi berkenal-kenalan.. kira berfoya2 la tu.Time tu au, jumpa jumie, raja, amin, ramai lagi la… Urusetia pun best2. Nang sporting, lucu, and most important sekepala.. x de la kekwat. Dian smpai UUM lewat.. around 8.++ pm. X pe. Sampai2 terus makan, erus join ice breaking. Abis ice breaking baru pg register kolej.

Sepanjang 2 hari kursus, mmg bnyk kawan aku dapat.. Ni ha,, mamat UMk (universiti Malaysia Kelantan) si alif, time FesTARI MAkum dia ada, time masum kt UM pun dia ada, kt UUM nie pun ada gak muke dia. Ho ho ho…

Kepada semua peserta kursus, aku mmg seronok dapat jmpa ngan korang semua. Happy to make new friend.. Ni ada satu cite. Nama budak tomei ni Zaim. Budak UDM. Firs time kta org jmpa, terus mesra.. mcm da lama kenal pulak… dia tu lagi muda dari aku around 19 y.o umur dia… mmg muda… kta org very close kt sana… banyak la peristiwa lucu yang berlaku semasa kursus tu.. mmg best… x rugi and berbaloi kt org pergi sana …

Ni some of picture yg sempat aku upload untuk tatapan uols.. he he he ok la.. ni ada bnyk keje yang aku kena buat…
Jmpa lagi ek.. dada
Kepada zaim, qeqe, mirul, aidil, jumie, amin, member-member group 3, adha, husni KC, azam, liyana, miela, aziman, wali, fahmie, suhaili, dian, bomb, es, is, bell, semua2 la, mg seronok jumpa korang semua… aku harap nnt dapat jumpa korang lagi.. Mmg best..

See you soon
~MFNY~