Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

sekadar renungan

Anda belum matang sekiranya:

1. Menghabiskan nilai kad telefon pra bayar anda untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya kiriman daripada ibu bapa anda.

2. Rela menunggu berjam-jam dalam hujan pula untuk melihat gadis yang anda cintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspress ( kurang 2 minit untuk empat rakaat) atau tidak solat langsung.

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun oleh wanita yang anda minati.

4. Sanggup membaca novel cinta yang tebalnya beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-Quran walaupun satu muka surat setahun!

5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru seminit berpisah dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima surat, e-mail atau sms daripada orang yang anda cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelafon atau mengirim sms kepada ibu bapa anda di kampong

7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak memakai baju langsung ketika solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah I LOVE YOU berbanding kalimah zikir.




Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

Renung-renungkan dan selamat beramal =)


See you soon
~MFNY~

Comments (0)