Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Sepi Sekeping Hati (Part 2)

0
Iz melangkah perlahan menuju ke kereta. Fikirannya masih lagi ligat mencari sesuatu kesimpulan yang boleh dibuat daripada perbualan dengan A, semalam. Punat kawalan jauh ditekan lalu Iz membuka pintu, seraya duduk dan lantas memasukkan kunci untuk menghidupkan enjin. Dibiarkannya seketika sementara menunggu enjin dipanaskan.

Perjalan ke tempat kerja tidak la sejauh mana. Cuma jika jalan sesak, makan masa hampir setengah jam saja. Kalau lalulintas lancar, lima belas minit sudah sampai ke pejabatnya.

Seperti sedia kala, kelibat A sudah pun kelihatan di pejabat. Iz dan A bekerja di pejabat yang sama. Iz tidak memperdulikan kehadiran A di suatu sudut. Sekar melihat ala kadar sahaja. Punat cpu ditekan, dibiarkan seketia sehingga semuanya berada di dalam mod sedia.

Iz hanya melihat sahaja perlakuan A semasa di pejabat. Sebenarnya, waktu bekerja, mereka berdua jarang sekali berbual. Bukan apa, tapi mungkin suasana di pejabat tidak sama seperti bkan waktu pejabat. Di pejabat, semua kena formal, maksudnya urusan kerja sahaja. 

Lunch nie kita makan sama boleh? terkejut Iz bila mendengar suara itu

Tengoklah dulu macam mana, nanti saya update balik dengan awak, balas Iz

Kesibukan melayan aduan pelanggan membuatkan Iz terlajak waktu makan tengah hari. A perasaan akan keadaan itu, berlalu dan hanya mampu melihat Iz melayan aduan pelanggannya.

Sebelum A turun, sempat lagi dia melimpas di hadapan Iz dan memberikan sekuntum senyuman kepada Iz. Tanpa mereka sedari, sepasang mata lain, sedang memerhati gelagat mereka..

..bersambung..

Sepi Sekeping Hati

1


Letih... 
Hanya perkataan itu sahaja yang mampu dituturkan oleh Iz. Letih dari semua segi, fizikal, mental dan segala-galanya. Bukan Iz tidak cuba untuk menafikan, tapi dia tidak mempunyai kekuatan untuk membuat keputusan. Keputusan yang boleh mengubah tanggapan dan tafsiran manusia di sekelilingnya.

Iz juga berbelah bahagi dengan perasaanya sekarang. Adakah dengan berterus terang mampu mengurangkan tekanan yang dihadapinya atau diamkan sahaja.. Malam tadi nyaris-nyaris semuanya terbongkar. Berdua di dalam kereta tambahan pula cuaca di luar hujan hampir-hampir membuatkan Iz kalah kepada perasaan. Nasib baik masih boleh berfikir dengan waras. Kalau ikutkan hati, mahunya Iz ceritakan segala-galanya apa yang di tanggung oleh Iz kepada insan yang berjaya mencuri perhatiannya, A.

*****

Perkenalan Iz dan A tidaklah selama mana. Baru berusia 6 bulan. Pada mulanya, A hanya kelihatan biasa sahaja di mata Iz. Sama seperti insan-insan lain yang bergelar sahabat. Iz seorang yang suka memulakan sesuatu perhubungan, termasuklah dengan A. Mungkin Iz jenis ringan  mulut. 

A mempunyai perwatakan yang amat disenangi oleh Iz. Tapi kadang-kadang A mampu membuat Iz hilang sabar. Tapi Iz diamkan sahaja. Bila dah suka, semuanya baik. Tapi hubungan Iz dan A bermula sebagai seorang sahabat. Bukan terus menjadi kekasih. Kata orang, seseorang itu akan menunjukkan kelakuan sebenar dia di hadapan kawan sendiri.  Memang A menjadi dirinya yang sebenar dan Iz tidak menyangkal. Dan A seorang yang gemar berterus terang dalam apa perkara sekali pun.

*****
Hujan di luar semakin lebat. Sepanjang perjalanan pulang dari pusat membeli belah tadi, Iz dan A tidak berbual banyak. Sepi di dalam kereta yang dipandu oleh Iz. Sekali sekala  Iz bertanyakan pendapat, barulah A bersuara. Mungkin tidak mempunya ide untuk berborak. Iz beranikan diri untuk bertanya kepada sesuatu kepada A.

Macam mana A boleh jadi seorang yang berterus terang?, tanya Iz

Senang je, A akan tanya terus kalau nak tahu pasal sesuatu perkara, balas A

Iz hanya memerhatikan deretan kereta yang bergerak perlahan di atas jala raya. Padaha pada masa yang sama, kepalanya ligat memikirkan soalan yang seterusnya. Dek kerana jalan yang sesak teruk, A mengarahkan Iz menukar lorong dan memilih jalan lain untuk pulang. Iz hanya menurut.

Setibanya di tempat parkir, A berkemas bersiap. Menyimpan jaket kesayangannya di dalam beg dan disusuli dengan telefom bimbit dan wallet. A datang menaiki motorsikal. Sementara berkemas, A sempat jugak bertanya itu dan ini kepada Iz.

Boleh tahu, siapa orang yang Iz minat tu?, soal A

Pada masa itu, hanya tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana gelora hati Iz.Dan tanpa disedari, air matanya menitis. Lalu dengan pantas, Iz menyeka.  A yang dari tadi memerhati, hanya mampu mendiamkan diri. Hujan di luar kereta masih lebat.

Iz tak mampu menjawab soalan tersebut. Hanya air matanya sahaja yang mengalir. 

Iz tak mahu bila A tahu nanti, Iz akan kehilangan A, Iz tak sanggup, ujar Iz sambil memerhati ke luar tingkap kereta.

A masih lagi terdiam..

~bersambung~

______________________________________________________________________________
Semua watak, jalan cerita dan latar adalah rekaan semata-mata.
Tiada kena mengena dengan sesiapa sekalipun mahupun masih hidup atau tidak.

~salamritmaalam~
ismaelzaharee

Mengenalimu adalah satu anugerah

0


Perkenalan aku dan dia bukan sesuatu yang dijangka. berjumpa dalam keaddan yang masing-masing baru mengenali dunia pekerjaan. 

Aku sedar semua ini tak akan kekal, tetapi sekurang-kurangnya aku akan cuba yang terbaik.

Walau apa pun yang telah, sedang, atau bakal terjadi, aku tetap akan mengenangmu sebagai seorang insan yang pernah mencuit hati dan perasaan insan bernama Ismael Zaharee

Aku Sayang Kamu