Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Pemergian Seorang yang Bergelar SAHABAT

"Teet.. Teet"

Telefon bimbit Ismael memberi isyarat ada pesanan ringkas masuk. Lalu aku buka dan membacanya..

"Assalamualaikum.. Aku nk bgtahu kt korang bahawa sahabat kita, Muhammad telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat komplikasi jantung. harap dapat sedekahkan al-Fatihah."

Ya Allah, adakah ini benar?. Jantung aku bagai diragut. Baru beberapa hari lepas kami ada berbual mengenai masa depan. Dan dalam perbualan itu, Muhammad sempat bertanya kepada Ismael beberapa pertanyaan yang agak luar biasa.

"Kalau ada apa-apa terjadi pada saya macam mana? Misalnya saya tak datang sini balik. Saya balik terus" ujar Muhammad

Ish.... jangan la macam tu.. Ape la awak nie.. Saya doakan semua yang terbaik. Awak jangan risau. insyaAllah tak ada apa-apa yang akan berlaku" balas aku.

Perbualan kami terhenti setakat itu. Lalu menjamah makan malam yang sedia terhidang.

Itulah makan malam terakhir antara aku dan Muhammad. Aku memang tidak menyangka pertanyaan Muhammad ada maknanya. Rupa-rupanya, dia tahu dia akan pergi meningglkan aku untuk selama-lamanya.

Aku tahu dan sedar ajal, maut, rezeki, semua di tangan tuhan. Mati itu pasti. Tidak akan lewat atau cepat walau sedetik pun. Cuma, aku terkilan kerana tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana aku masih berada di universiti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perkenalan kami terjadi kira-kira 4 tahun yang lalu. Tinggal di kawasan perumahan yang sama menambahkan keakraban kami sebagai kawan. Aku tidak pernah menyesali perkenalan kami, bahkan seronok. Manakan tidak, hampir setiap masa, kami lunagkan bersama. Makan, shopping, malahan menonton wayang pun pasti berdua. Aku tidak peduli pamdangan masyarakat terhadap keakraban kami.

Telinga ini sudah lali dengan ejekan orang sekitar. Kami tahu apa yang kami buat, malahan keluarga aku dan Muhammad juga saling mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami lebih dari seorang kawan seperti abang dan adik. Tambahan pula, aku tidak mempunyai abang dan Muhammad lebih tua dari aku.

Sepanjang persahabatan ini terjalin, terlalu banyak peristiwa yang kami kongsi bersama. Saaat suka duka, susah senang, dan banyak lagi. Aku tahu Muhammad terlalu mengambil berat mengenai diri ini.

Aku rasa cukuplah setakat ini bingkisan dari aku. Terlalu pahit untuk diluahkan. Dan aku berharap roh arwah tenang di sana. Aku tidak mampu lagi membendung air mata ini dari jatuh mengalir. Aku relakan pemergianmu.


Nukilan
IsmaelZaharee

Comments (2)

serius ke nih?
mm,tabahkan lah hati anda

sabar k dill..xtau ku nak mdh pa..ku tang terkejut juak tok ngn cita tok..mcm bulak jak..xsngka mcm kat tv juak..pa2 pun tabahkan jak ati ko ya..:)