Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Zaman Kanak-Kanak

Wah... Enry kali ini iz nk ajak korang semua kembali ke zaman kanak-kanak. Ya, zaman kanak-kanak seharusnya seronok. Zaman kanak-kanak juga penuh dengan pertanyaan dan kemusykilan. Terdapat banyak perkara yang bermain di benak hati iz semasa kanak-kanak. 

Semua perlu kena tahu! Motto mase zaman bebudak. Bila wukud perasaan ingin tahu, ia akan mendorong kita supaya lebih meneroka alam ini.Perasaan KENAPA @ WHY sangat kuat semasa zaman kita kanak-kanak. Antara beberapa perkara yang iz tertanya-tanya adalah:

1. Radio
 "hanya di radio, ku rasa perhubungan kita"
Iz punya la ingin tahu, sampai satu tahap, Iz intai dala radio tu and assume ada orang kerdil dok menyanyi dalam radio tu... wahaha.. Tak tahu la kenapa boleh fikir sampai ke tahap tu.. Kadang-kadang sampai termimpi-mimpi dok tengok orang kerdil tu buat show kt dalam radio tu. Pelik tapi benar kan..

2. Gaban.
"wakasa wakasa pinamda"
Ha... lebih kurang mcm tu la bunyik lagu dia. GABAN. Mesti korang tengok kan citer nie. Bagi yang tak tahu ape cite nie, korang pandai-pandai la google sendiri. Katun nie memang femes penghujung tahun 80-an hingga awal 90-an. Ye, time tu iz kecik lagi. Gaban nie pulak bukan sorang.. Ada pulak naga robot yg menjadi haiwan kesayangan die. Nie ha rupenye.. Dah macam naga dalam dragon ball la pulekk

Ape yang membuatkan iz tertanya-tanya pasal siri jepon nie, adakah ia benar-benar wujud? Aku pernah termimpi (mimpi lagi) yang padang kt belakang rumah lama aku ada robot2 yang bagak-bagak turun dari langit. Ye.. turun dari langit. Deorang berkumpul la kt tengah-tengah padang tuh.. Sampai takot dibuatnye bile tangok robot tu dari dekat. Kan kite jadi kerdil.. huhuhu.

3. Kapal terbang & helikopter



"Kapal terbang, aku nk ikut,,, Helikopter, turun kt sini.. nk naik.."
Itulah ayat yang biasa terpacul dari mulut iz pada zaman kanak-kanak bila tengok je kapal terbang @ heli melintas di awan biru. Terjerit-jerit la panggil dengan harpan depa dapat mendengar... tapi hampa.. Mane la nak dengar.. Tapi itu semua menjadi kenyataan bila mana iz melanjutkan pelajaran ke menara gading ke salah sebuah universiti di kepulauan Bornoe. So merasa lah naik kapal terbang, Kalo bajet banyak, naik la MAS, kalo bajet ciput, naik la air asia kaler merah tu.. huhuhu...


Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sering menimbulkan tanda tanya kepada kita pada zaman kanak-kanak. Tapi semua itu telah berlalu. Mungkin ada yang telah dilupakan oleh Iz. Sebagai manusia biasa, ingatan kita terhad dan terbatas.

Iz rasa, cukuplah setakat ini sahaja coretan pada kali ini. Sape yang nk reapond, dipersilakan. Atau ada yang hendak berkongsi cerita zaman kanak-kanak mereka, amat dialu-alukan.



SalamRitmaAlam
~ismaelzaharee~




Comments (4)

haha aku time kecik2 dlu, tringin sgt nk jd cam son goku, paower rangers...ada power..haha

Adehhhh... dah lama aku tak gelak. Memang best laa karangan ko nih IsmaelZaharee!

Minggu ni aku penat sikit menguruskan kerja-kerja opis. Ko tengok jer laa... artikel yg aku tulis kat Symbianku pun dah kurang kelakar dan menyebabkan ramai yg marah sampai tahap sms aku siottt!

Tapi, lepas baca karangan ko nih... aku buleh gelak-gelak dan terhibur setelah selama 2 minggu aku dilanda penyakit 'bos-bos' (ko tau laa... kalau jadik bos nih.. bila progress tak meet expectation.. kenalah buat muka bos'.

Nice blog bro! keep it up! (and thanx for the Encik Simbi article!)

nice blog! hehe..
zaman kecik2 mmg best.. semua bende nk maen... kalo power rangers, otromen, gaban tu takyah kate r... tak penah tinggal. sailormoon pon! haha~~

dlm banyak2 aku cuma ingt gaban jer!fevret cita aku ms kecik2 dulu..lepas tgk cita nih kopem aku akn ikat kain pelikat ayah aku kt sluruh muka.konon2 gaban r padahal gampang..hahhaha.