Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Susahnya... (Part 2)


Susahnye....

Kat dalam dunia nie, terdapat macam-macam orang. Ada yang baik, jahat, hensem, cantik, biasa je, dan ada jugak orang yang perasan deorang ni bagus, walhal hakikatnya tak la sebagus mana pun. Perasan je lebih. Kt sini, Isma nak kongsi satu kisah dengan korang. Bukan nk bukak aib sesiapa pun, tp mana yang baik, kita jadikan tauladan, dan yang buruk, jadikan sempadan.

Kawan Isma nie, kalau bersembang dengan dia, memang hebat. Tak nak kalah. Semua dia yang bagus. Dia yang hebat la. Pendek kata, semuanya dia. No satu. Juara carta. Sebab tu kalau Isma bersembang degan dia, Isma ikut je rentak. Kita lebih baik merendah diri dari tidak berpijak di bumi yang nyata kan. Tu lagi tak bagus.

Tp kadang-kadang bila Isma dah hilang sabar, sempat jugak la Isma bidas dia sikit. Sekadar nak bagi tahu, ada orang lain yang betul-betul bagus dari awak tu. Jangan terlalu perasan bagus ek. Ingat sket ye.



( off topic )Hurm.... kehidupan Isma sebagi seorang mahasiswa telah beralhir. Lepas nie x ada lagi assignment, mid term, quizzes, etc... bla bla bla. Just tunggu untuk majlis konvokesyen je. Bila dah nak habis nie kan, macam-macam perasaan datang menyelubungi. Ye la.. sedih tu memang sedih. sedar tak sedar dah hampir 4 tahun Isma berkelana di bumi orang. Berhijrah dari semenanjung ke Malaysia Timur atau lebih tepat Sarawak. Tak kenal maka tak cinta. Isma setuju sangat dengan pepatah tersebut. Semakin dekat tarikh flight nk balik semenanjung, makin sayu pulak rasa hati.

Menjadi sebahagian dari warga UNIMAS membuatkan Isma menjdai lebih berfikiran terbuka. Mengenali adat resan dan budaya membuat kan Isma berada seperti berada di tempat sendiri. Manakan tidak, Isma dapat menguasai dialek Melayu Sarwak dalam masa 2 tahun je. Betul kata cendiakiawan. Bahasa jiwa bangsa. Dengan bahasa, hati terpaut, jiwa terpesona. Sarawak terlalu unik dan dekat di hati Isma.

ok la.. setakat nie je coretan untuk hujung minggu nie, k

Da da

~IsmaelZaharee~

Comments (3)

isma lecturer di unimas ke?

InsyaAllah kot.. ha ha ha.. x la.. saya student dekat sini. Hurm... apa yang membuatkan anda merasakan saya adalah lecture di UNIMAS?

boleh saya tahu?

ingatkan isma tu perempuan tadi,gaya penulkisan pon macam aka2 degreee,hehe