Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Jangan Ungkapkan Perpisahan

Tepat jam 4.05 minit petang, semua berlaku begitu pantas. Perkenalan aku dan dia berlaku secara tidak sengaja, tidak dirancang. Aku pada mulanya malas dan tidak begitu menghiraukan akan kewujudan beliau aau lebih senang dipanggil I. Benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal. hati mesti terpaut.
Melihatnya dari luaran, sama sahaja seperti manusia lain. Lengkap dan cukup sempurna. Alhamdulillah. Tetapi bila mengenalinya dari dalam, membuatkan aku lebih mengenali siapa I sebenarnya. Ternyata sikapnya yang lucu dan selamba mampu membuatkan sesiapa sahaja terpaut. Malah, beliau seorang yang lebih besederhana dalam banyak perkara.
Penampilan tidak begitu menarik perhatian, sesuai dengan pegangan orang Timur. Hari demi hari aku luangkan untuk mengenali I dengan lebih mendalam. Sikapnya yang suka berterus-terang membuatkan aku senang dengan dirinya dan status kami.Tambahan pulan I seorang yang lucu. Seringkali membuat aku ketawa hingga mengeluarkan air mata..
Tapi, perkenalan kami selama 4 bulan memang indah. Itu memang aku akui. Terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersama. Hati ini melonjak girang bila I meminta sesuatu. Cara I meminta memang membuatkan aku bertambah sayang kepadanya.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja aku akan menatap wajahnya, melihat matanya yang bundar, alis matanya yang letik, dan raut wajah yang tidak pernah menunjukkan rasa jemu terhadap aku. I cukup sempurna di mata aku walaupun hakikatnya dia mempunyai kekurangan. Sikapnya, perwatakanya, dan segala-galanya tentang beliau seolah-olah 'membutakan' mata aku.
Seharian tidak melihat wajahnya, mendengar suaranya, seorlah-olah hari tersebut serba kekurangan. Dan aku rasa aku telah meluangkan saat-saat terkahir kami sabaik mungkin.
Dan I, ketahuilah, jauh di dalam lubuk hati ini, aku akan sentiasa menyayangi I. Dan aku berharap, I pun begitu juga. Aku tidak meminta apa-apa dari I, hanya secebis hatinya untuk aku bertakhta. Aku harap perkenalan ini tidak akan berakhir apabila aku meniggalkan Bumi Kenyalang ini. Dan percayalah, jika mempunyai kesempatan, pasti aku akan datang ke sini.
Semua berlaku terlalu laju. Aku seperti terpaku dan menurut sahaja perlakuan I. Aku teringat kata-kata salah seoarang dari kawan baik aku, jangan ungkapkan selamat tinggal dikala perpisahan, tetapi ungkapkan semoga bertemu lagi di masa hadapan. Kata-kata ini cukup memberi seribu pengertian.
Tanpa disedari, air mata mula mengalir di pipi aku tatkala menulis warkah ini. Dan aku biarkan ia terus mengalir selagi mampu kerana aku tahu, itu merupakan harga yang perlu aku bayar untuk memilikimu walaupun kesudahannya aku sendiri tidak pasti.
Sesungguhnya, cinta itu adalah hakikat, pelengkap nyawa dalam jasad,fitrah manusia sejagat.

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...


Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan...
Semoga mampu kulawan
Kesepianku...

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..

Comments (0)