Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Inilah Realiti Kehidupan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Sudah hampir sebulan Iz tidak mencoretkan sebarang nukilan di blog ini. Bukan kerana sibuk, tetapi Iz rasa kekuatan dan semangat untuk meneruskan blog ini semakin luntur, pudar, dan mungkin hilang pada masa akan datang.
Sepanjang sebulan yang lepas, terlalu banyak perkara yang Iz saksikan, alami, dan tidak kurang juga yang IZ tumpang simpati. Bermula dari kecelakaan yang menimpa salah seorang teman seperkuliahan Iz sehingga meragut nyawanya kepada kelahiran seorang lagi penyambung salasilah keluarga Yahya.
~Satu~
Majlis dan Pesta Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang ke-13 (2009) 
Telah berlangsung pada 15 & 16 Ogos yang lalu. Penat lelah selama 4 tahun belajar dan merantau ke tempat orang telah mengajar Iz serba serbi apakah itu yang dikatakan KEHIDUPAN. Iz rasa sungguh bertuah kerana keluarga Iz datang ke Sarawak dalam jumlah yang besar. (maaf sebab tidak dapat memberikan layanan yang terbaik) Kata orang tua-tua, besar periuk, besarlah keraknya. Wang ringgit langsung tidak menjadi penghalang kepada semua. Iz ucapkan berbanya terima kasih dan Iz SAYANG korang semua. Saat itu akan Iz kenang sehingga Iz menutup mata buat selama-lamanya.
Ramai teman seperjuangan Iz telah muatnaik gambar kenangan semasa konvokesyen mereka ke laman-laman sosial seperti Facebook, Friendster, Myspace dan pelbagai lagi. Entah mengapa, Iz tidak mempunyai keinginan untuk berbuat sedemikian. Bahkan, ada rakan seperjuangan Iz turut bertanyakan soalan yang sama. Bagi Iz, biarlah Iz seorang sahaja yang mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Kepada teman-teman seperjuangan sekalian, Iz ucapakan selamat berjaya di dalam menempuh kehidupan yang bakal mendatang. Ingatlah walau dimana kalian berada, kita tetap berpijak di bumi yang sama, menghirup udara yang sama, dan memandang bulan yang sama. Jasa kalian akan Iz sematkan di dalam kotak fikiran ini.
Sebak seketika apabila mendengar lagu UNIMAS Gemilang dan Hari Bertuah.
~Dua~
Majlis Reunion Ben10 di Port Dickson
Majlis ini tlah berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Seramai 10 orang (sebab itu nama Ben10 tu dipinjam) termasuk Iz telah berkampung di P.D semala 2 hari 1 malam. Terima kasih kepada organizer, Dato PTD kita. Gambar aktiviti dah ada yang dimuat naik di Facebook.
Untuk trip berikutnya, ke Jakarta. Tiket sudah dibeli, jadi menunggu akan tiba detik dan ketika itu sahaja.
Sambut merdeka dalam kereta api sahaja kerana dalam perjalanan pulang ke Ipoh


~Tiga~
New Born Baby
Semalam Iz menjadi pakcik@uncle sekali lagi. Tahniah kepada abang dan kakak Iz di atas kelahiran permata sulung mereka. Nama belum diberi lagi. Tapi yang pasti, yang lahir semalam adalah Hero. Bertambah lagi lah penderitaan Uncle mereka ini... wahaha. Yang sudah ada pun cukup membuatkan Iz pusing kepala.. Anyway, uncle sayang korang semua. (Sarah, Cik Putih, Daniel, Danish, Uwais, Uzair, Mahsuri, ney baby boy yang tak ada nama lagi)
~Empat~
Ketibaan Bulan Ramadhan (Ahlan Wasahlan Marhaban ya Ramadhan)

Ramadhan tahun ini Iz sambut secara sederhana. Kerana Iz bekerja secara part-time di salah sebuah kedai makan di medan selera. Kedai memang dibukan khas unutk pelanggan menikmati juadah berbuka pasa. Jadi kadang kala, hingga lewat malam Iz berjaga semata-mata kerana KERJA. Iz berdoa, Ramadhan kali ini tidak akan menjadi Ramadhan yang terkahir buat Iz, amin.
Tapi Iz tidak pernah menyesal. Bukan apa, semua ini mampu mengajar Iz tentang erti hidup. Betapa susahnya kehidupan. Susah payah, penat lelah dalam mencari rezeki.
Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti
Kehidupan perlu diteruskan, walau apa pun dugaan yang mendatang.
Jam dah pukul 0442am. Iz berhenti di sini sahaja. Sekejap lagi nak sahur.
Iz doakan yang terbaik untuk kalian semua.
Salam Ramadhan 1430 Hijrah





Comments (0)