TT duduk kt kerusi di luar sebuah kedai gunting rambut minggu lepas. Sambil menunggu giliran, TT menbaca beberapa naskah majalah yang ada kat atas meja. Salah satu dari artikel yang TT baca, menarik perhatian TT. Kat sini, TT taipkan kembali petikan tersebut.
"Orang melayu memang memandang tinggi kepada individu yang pandai mengaji, pandai azan, pandai berbahasa arab, dan sentiasa kesurau dan berkopiah. biarpun tidak ada nas dalam Al-Quran atau Al-Hadis yang mewajibkan lelaki Islam memakai baju melayu, kain pelikat, dan berkopiah. Pakaian seperti ini seolah-olah sudah diiktiraf oleh masyarakat melayu sebagai pakaian yang melambangkan Islam. Islam yang difahami oleh rakyat Malaysia hanya dari segi kebolehan mengalunkan ayat-ayat suci (tidak mengapa kalau tidak memahami maksudnya), bedoa panjang berjela dalam bahasa Arab dan berbaju melayu atau berjubah beserban. Di Malaysia, mempunyai ke tiga-tiga ciri ini cukup untuk melayakkan seseorang itu digelar alim atau kuat agama.
Contohnya, sekiranya dua orang pendakwah masuk ke sebuah kampung. Seorang berjubah beserban dan pandai berbahasa Arab, manakala seseorang lagi berkemeja berseluar dan tidak pandai berbahasa Arab, siapakah yang akan dianggap mempunyai ilmu agama lebih tinggi oleh penduduk kampung berkenaan? Mentaliti ini sudah lama wujud dalam masyarakat Islam di Malaysia." (Dipetik dari majalah Millenia Muslim)
Sejauh mana kebenaran akan pendapat ini... anda sahaja yang dapat menentukannya.
p/s: simpati dengan mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Persoalan yang timbul, patutkah kita kasihani mereka setelah apa yang telah mereka lakukan kepada kita dan Negara Kita??
Fikir-fikirkan..

Comments (0)
Post a Comment