Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Resam Majlis Kerajaan Kah?

Kali ini, IZ nk tulis pasal majlis kerajaan. Majlis ini berlangsung baru-baru ini di sekitar kawasan IZ. Alkisah, sebelum majlis tersebut berlangsung, IZ ada mendapat yanggilan dari Y****** P****. Dipendekkan cerita, pemanggil berkenaan memberitahu, satu majlis penyerahan dermasiswa akan berlangsung pada sekian-sekian haribulan, pada sekian-sekian jam, dan aka berlangsung di sekian-sekian tempat. Iz pun mengambil sedikit catatan, bukan apa, takut terlupa.
Alkisah, pada hari kejadian, Iz dan family tiba awal dimana acara akan berlangsung. Semasa perbualan telefon tempoh hari, IZ diberitahu, majlis akan dimulakan pada jam 2.30 petang. IZ sampai 1.45 petang. Tempat tersebut lengang, tidak kelihatan satu susuk tubuh manusia pun. Tapi, bila kereta IZ melalui jalan tepi dewan berkenaan, terdapat satu kain rentang @ Banner. Yang menariknya, di banner tersebut, tercetak (bukan tertulis) majlis tersebut bermula pada jam 3.00 petang. W**.  Jadi IZ membuat keputusan untuk melapik perut yang kosong ini terlebih dahulu.
Jam 2.20 minit petang, IZ menuju ke dewan berkenaan selepas mengisi perut. Orang ramai mula kelihatan, Selepas memakir kereta, IZ terus menuju ke meja pendaftaran dan membuat pengesahan kehadiran. No giliran Iz adalah 1**... Melangkah masuk kedalam dewan, membuatkan Iz terperanjat beruk sekali lagi. Banner di atas pentas tercetak majlis bermula pada jam 4.00 petang.... Ape semua nie??? 2.30pm kepada 3.00 pm dan sudahnya 4.00 pm... Ingat main-main ke? Dah la ambil masa kami orang, lepas tu boleh maen tukar-tukar masa... SUKAHATI MAK BAPAK KORANG JE.
Tu cerita banner. Ni cerita petugas dia pulak. Setiap penerima cek dermasiswa, akan mendapat sepasang angka giliran (mksdnya 2 keping angak giliran yang sama). Jam 3.40 petang, baru la beberpa orang petugas sibuk-sibuk kehulu kehilir memberi nombor yang lagi satu (satu lagi dh ditampal di belakang kerusi). Panggil sana, sini, ye la, majlis kan dah nak mula pukul 4. Tu yang tergopoh gapah tu. Bikin malu sahaja.
P/s: Laen kali bersedia lebih awal. Masa itu penting ok.  

Comments (0)