Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

BELAJAR BERSABAR YE..

Kenapa SABAR menjadi tajuk entry ini? Sebab, perkara ini terjadi di hadapan mata IZ sendiri. Mula-mula, pening jugah nak pilih tajuk, sebab takut tak sesuai dengan cerita.
Alkisah bermula.
Tadi semasa IZ sedang bekerja, ada la satu family (Iz rasa 1 family) datang ke kedai makan tempat IZ kerja. IZ terus mencapai pen dan kertas, hendak mengabil pesanan makanan dan minuman. Dengan langkah bersemangat, terus pergi ke arah family berkenaan duduk.
Hidangan dipesan. IZ masih ingat lagi menu yang dipesan. Air  minuman IZ x ingat apa yang diminum oleh mereka.
  • 2 Nasi goreng Thai
  • 2 Nasi Goreng Kampung
  • 1 Mee Goreng.
Suasana di kedai pada masa ini amatlah sibuk. Maklumlah, student Uni dah kembali ke kampus. Jadi oder pon banyak yang masuk. Setiap menu yang dipesan mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Jadi tolong BERSABAR. 
Nak dijadikan cerita, setelah hampir setengah jam menunggu, menu itu telah siap. Sebelum itu, mee goreng yang dipesan telah pun dihanter terlebih dahulu. Dengan tidak semena-mena, Pakcik BERLEBAI (yang makan mee goreng tu) nak bayar. Die kata nk cancel oder. Masalahnya, makanan itu, sudah siap dimasak, dan separuh jalan untuk dihantar ke meja family tersebut. Tetapi Pakcik BERLEBAI itu, tetap mahu membatalkan pesanan berkenaan. Jadi, makanan berkenaan tidak dihantar.
Dan, paling IZ kesalkan, Pakcik tersebut BERLEBAI, BERJANGGUT, dan dh pergi HAJI aku rasa melihat dari perwatakan beliau. Makanan sudah dimasak, jadi FIKIRLAH, apa akan terjadi pada makanan tersebut jkalau tidak ada pelanggan hendak makan? 
Yang IZ kesalkan sangat, Pakcik itu BERLEBAI, agak BERUMUR, jadi, kena la BERSABAR. Belajar BERSABAR, atau dah umur macam tu tak tahu lagi apa erti SABAR? Kan sabar itu separuh dari IMAN Pakcik BERLEBAI oi.. Itu mesti tahu kan, Jadi IZ pun hilang sabar. Terus mengira berapa jumlah bayaran. Masa pulangkan baki, IZ langsung tak pandang muka Pakcik BERLEBAI tu. Sebab, MALU dengan PERANGAI dia. Sepatutnya, makin berusia, makim banyak ilmu, semakan tinggi tahab SABAR, tapi, semuanya HAPRAK, HANCUR. 
Lain padang, lain belalang,
lain kali, jangan datang,
kalau perangai macam g*****g
p/s: kawan IZ ada kate, yang bertudung, menutup aurat tu tak semestinya BAIK, dan yang tak pakai tudung tu tak semestinya JAHAT.

Comments (0)