Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Aku tak tahu nak letak tajuk ape untuk entry nie

Hurm...

Sabtu, yang sudah terang-terang aku cuti. Cuti dari menghadap customer yang mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Sabtu jugak la aku kena pergi menjengah Kaunter JPN Putrajaya untuk menguruskan hal pertukaran IC lama kepada IC baharu. Dh la sampai agak lewat, kira-kira 1.20 minit petang. NAsib baik kaunter urusan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.. Jadi, sempat jugak la aku menyelesaikan urusan yang patut diselesaikan.

Keluar ronda-ronda memang best. Tambah best bila ada pulak peneman bicara sepanjang perjalanan. Aku seronok bila diajak berbicara tentang kehidupan, pekerjaan, dan apa sahaja... Kehidupan memang payah, menjerihkan. Seharian aku keluar dengan seseorang, biarlah aku membahasakan dirinya, X. X memang senang bila diajak berbual, selesa sekali. Bukan aku  nk memuji, tp itu realiti. 

Bila dapat berbual, biasala, mesti banyak benda untuk diperkatakan. Itu, ini, sipolan, sipolan. Taapi aku akui, bersembang berdua nie memang langusung tak sama jika berbsembang beramai-ramai. Mungkin bilangan orang yang terlibat sikit, so, x perlu dengar banyak cerita, then kita fokus pada seseorang je. Fokus pada seseorang sahaja. Two way commmunications katenya.

Dalam seronok berbual, aku ada bertanyakan soalan pada X, pasal ayahnya. Aku bgtau, dia beruntung bilamana masih mempunyai seorang ayah. Setidak-tidaknya, X masih dapat memanggil gelaran "AYAH". Aku bukan nk menyesali apatah lagi melawan takdir, cuma aku memang teringin nak memyebut perkataan "ABAH" sekali lagi. Abah pergi menyahut serual Illahi kira-kira 8 tahun yang lalu, semasa aku masih di tingkatan 5. Tapi aku percaya, semua itu ada hikmahnya. Mana mungkin aku dapat berdikari seperti ini sekarang.

Kepada X jugak la aku bercerita. Macam-macam cerita, suka, duka, gelak ketawa, semua ada. Aku tetap menjaga batas pergaulan dengan X. Hurm...  Dah la.. Tu je kot nk tulis hari nie.

salamritmaalam
~ismaelzaharee~

Comments (0)