Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Apa yang berlaku sepanjang 2010? Macam-macam ada

0
Selamat sejahtera..

Selang 40 minit (jangka masa dari entry ini ditulis), kita akan berganjak ke tahun 2011. Pejam-celik, pejam-celik, tahun 2010 telah pun ditinggalkan dan tak mungkin akan datang kembali. Selamat tinggal 2010.

Kalau NR, buat entry based on bulan, aku pun ada gak entry based on bulan. Bulan dia pakai ejaan, tapi bulan aku pakai nombor.. hahaha.. padahal same je kan...

2010 banyak meninggalkan kenangan, yang manis mahupun yang pahit... Kt sini, IZ akan senaraikan beberapa peristiwa yang berlaku. Tak ada priority case, just apa yang terlintas di fikiran sahaja

Peristiwa yang paling terkesan sekali adalah apabila IZ kehilangan seorang sahabat yagn IZ kenali sejak dari Tingkatan 1 lagi. Lepas habis form 3, dia membawa haluan (bertukar sekolah) Dalam tempoh 12 tahun kami menjadi sahabat, dia mmg agak nakal.. Tapi, ajal, maut, rezeki, jodoh, semua di tangan Allah. Mati itu pasti, hidup insyaAllah. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 26 Ogos 2010. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Tanggal 2 Ogos, aku mula bekerja.. Yes... setelah agak lama menganggur. Keje ape? Kt mane? shh... biar-biar dulu... hahaha... Dulu dok umah je, now dah ada ada keje (nie salah satu impian 2010). Dan pada tanggal ini jugaklah,aku bertemu dengan seseorang yang bernama A, yang telah berjaya mengetuk pintu hati aku.

Bulan 3, atau lebih tepat 18 Mac, umur aku bertambah lagi setahun. Hurm... sebenarnya umur aku... hahaha. Mak dh tanya, bila nk kawen, aku cakap paling lewat 30.. Tp mybe 28 kot. Hadoi... fening2...

Sebenarnya banyak lagi... tapi, badan nie x berapa sehat.. So entry nie sependek ini je la,.

Dan the first thing 2011 aku buat is, mengACTIVATEkan balik acc FB aku...

SalamRitmaAlam
~ismaelzaharee~

Aku tak tahu nak letak tajuk ape untuk entry nie

0
Hurm...

Sabtu, yang sudah terang-terang aku cuti. Cuti dari menghadap customer yang mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Sabtu jugak la aku kena pergi menjengah Kaunter JPN Putrajaya untuk menguruskan hal pertukaran IC lama kepada IC baharu. Dh la sampai agak lewat, kira-kira 1.20 minit petang. NAsib baik kaunter urusan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.. Jadi, sempat jugak la aku menyelesaikan urusan yang patut diselesaikan.

Keluar ronda-ronda memang best. Tambah best bila ada pulak peneman bicara sepanjang perjalanan. Aku seronok bila diajak berbicara tentang kehidupan, pekerjaan, dan apa sahaja... Kehidupan memang payah, menjerihkan. Seharian aku keluar dengan seseorang, biarlah aku membahasakan dirinya, X. X memang senang bila diajak berbual, selesa sekali. Bukan aku  nk memuji, tp itu realiti. 

Bila dapat berbual, biasala, mesti banyak benda untuk diperkatakan. Itu, ini, sipolan, sipolan. Taapi aku akui, bersembang berdua nie memang langusung tak sama jika berbsembang beramai-ramai. Mungkin bilangan orang yang terlibat sikit, so, x perlu dengar banyak cerita, then kita fokus pada seseorang je. Fokus pada seseorang sahaja. Two way commmunications katenya.

Dalam seronok berbual, aku ada bertanyakan soalan pada X, pasal ayahnya. Aku bgtau, dia beruntung bilamana masih mempunyai seorang ayah. Setidak-tidaknya, X masih dapat memanggil gelaran "AYAH". Aku bukan nk menyesali apatah lagi melawan takdir, cuma aku memang teringin nak memyebut perkataan "ABAH" sekali lagi. Abah pergi menyahut serual Illahi kira-kira 8 tahun yang lalu, semasa aku masih di tingkatan 5. Tapi aku percaya, semua itu ada hikmahnya. Mana mungkin aku dapat berdikari seperti ini sekarang.

Kepada X jugak la aku bercerita. Macam-macam cerita, suka, duka, gelak ketawa, semua ada. Aku tetap menjaga batas pergaulan dengan X. Hurm...  Dah la.. Tu je kot nk tulis hari nie.

salamritmaalam
~ismaelzaharee~


Salam Maal Hijrah, Selamat Tahun Baharu 1431H.

Aku x mo cite pasal tahun baharu. Sebab semua dh maklum. Aku nk cite kt sini pasal ape yang aku nk cite la.. Korang just bace je ok. Nak komen, sila baca hingga habes.

Minyak dah nak lagi 5 sen.. Aku guna Ron95 je.. Hahaha. Walaupon naik 5 sen, full tank aku dh naik ke 40 hengget dari 38 hengget.. hahaha .. nmpk sgt aku pakai kete kecik je kan...

Perasaan aku masih lagi macam dulu. Susah nk cakap ape2 sekarang.. Tapi kelamrin, time keje, aku HANGIN satu badan.. Ye.. HANGIN... Mana taknye... perangai mcm ape ke.. Macam la sebelom nie x pernah jumpa..

Tapi satu yang aku pasti... 
Aku Suka Dia

OK... Nasz, kalo x paham, buat2 paham yek.. kepala aku pon tgh pening time buat mende nieh... hak hak hak

SalamRitmaAlam
 
~ismaelzaharee~
p/s: maaf, entry ini tiada gambar

Aku memang tak pernah faham akan perasaan ini

3
Salam.

Tajuk yang agak panjang disitu. Kenapa tajuknya panjang? Sebab memang tajuknya panjang macam tuh. So, biarlah la dia panjang. Aku memang tak pernah faham akan perasaan ini. Perasaan yang bercampur baur. 


Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, then nak pulak bercinta.. Ini semua pasal perasaan. Satu rasa yang mampu mengubah segala-galanya di dalam dunia.

Berkawan atau bercinta dengan kawan sendiri... Bunyinya seakan ironi, tapi kepada yang menghadapinya, tahu bagaimana menanggung perasaan. Perasaan sayang sebagai kawan dan pada masa yang sama sayang sebagai seorang kekasih.. Mungkin terlalu awal untuk 'declare', tapi sekurang2nya perasaan ambil berat tu masih ada dalam hati.

Atau kita sedar yang kita memang langsung tiada peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa disamping si dia. Tapi asalkan dapat melihat raut wajahnya, itu sudah dikira mencukupi.

Tapi aku masih tak lagi faham kan perasaan ini.
Dan satu yang aku tahu dan pasti:
AKU memang sayang kamu sampai bila-bila. Mungkin kamu tidak sedar akan perkara itu. Mungkin untuk memiliki kamu adalah mustahil, tapi sekurang-kurangnya, izinkan lah aku menjadi temanmu di alam mimpi. Itu sudah cukup bagi aku.

Aku Sayang Kamu.
Dan aku sedar akan hakikat itu
Kerna aku tidak mungkin akan memiliki kamu.

SalamRitmaAlam
~ismaelzaharee~