Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Susahnya...

Hurm.... Sedar atau tidak, TT nampaknya sudah semakin kurang membaca. Memang semakin kurang. Berbeza semasa di tingkatan enam dahulu dimana pantang saja jumpa sesuatu yang bertulisan, mesti nak baca. Sekarang nie kan susah sangat nak semai balik semangat tu. Semangat membaca. 

Semenjak dua menjak nie, TT ada dengar lagu yang bertajuk "Membaca Gaya Wawasan" berkumandang di corong radio dan tv. Rasa macam nak memulakan kembali zaman membaca macam dulu-dulu. So, semalam, lepas interview (interview apa? kalo korang nak tahu, tunggu entry TT yang seterusnya), Aida (klik untuk view blog Aida) one my blogger friends ajak pergi ke Popular. 

Ape ke bende Popuar tu?? Bukan tempat nak cari glamor tau, tapi bookstore Popular yang terletak kat Tun Jugah @ TJ kt pasar. So, TT pun pergi la. Tengok punya tengok, belek punya belek, TT pun pergi la ke bahagian novel. TT ni bukan suka sangat baca novel nie (pernah jadi noveloholics dulu), so TT mintaklak info dari Jun. Sape Jun nie? Kawan TT juagk yang selalu mendakwa dirinya HOT KECHOUR (tak tahu ejaan yang betul) dan sering mendakwa dia mempunya kipas-susah-mati (die hard fans) seramai 2 orang. He he he.

So dia syorkan beberapa novel yang boleh dijadikan starting point untuk memupuk kembali semangat membaca. Jadi TT pun mengambil krputusan untuk membeli novel tersebut. 2 buah semuanya. Dan buku nie ada trilogi, so kena beli lagi sebuah untuk melengkapkan sirinya. Korang nak tahu tak novel ape yang TT beli?? Nie ha... tgk ek..
Nie buku no 1 dari 3
BAGAIKAN PUTERI (Update: dh habis bace)
Nie pulak siri 2 dari 3 (TT dah beli jgak semalam)
 
 CINTA SANG RATU (update: tgh bace)
dan ini yang ketiga (belum beli lagi)
HIJAB SANG PENCINTA
Buat pengetahuan korang, ketiga-tiga novel ini dkategorikan sebagai Epik Thriller dan ianya ditulis oleh novelis thriller yang tidak asing lagi iaitu Saudara Ramlee Awang Murshid.
So, TT akan luangkan masa yang lapang dengan membaca. So wish me luck ek untuk membaca kedua0dua novel ini. Nnt TT beli pulak buku lain.
So, jom membaca
~MEMBACA GAYA WAWASAN~

Comments (1)

Tuan boleh dapatkan buku Persembahan Hebat dengan PowerPoint secara terus daripada saya.

Saya akan tandatangan autograf.

E-mel saya (syahruln77)@gmail.com.