Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Word to PDF

2
Some info 
Kepada seseiapa yang nk create PDF format. Korang just type dalam word, lepas tu save kan ke PDF. Tapi korang kena install dulu file extention nie. Kalo nak, korang leh sedut extention file tu dari sini.
atau pergi terus ke downloads.

Susahnya...

1
Hurm.... Sedar atau tidak, TT nampaknya sudah semakin kurang membaca. Memang semakin kurang. Berbeza semasa di tingkatan enam dahulu dimana pantang saja jumpa sesuatu yang bertulisan, mesti nak baca. Sekarang nie kan susah sangat nak semai balik semangat tu. Semangat membaca. 

Semenjak dua menjak nie, TT ada dengar lagu yang bertajuk "Membaca Gaya Wawasan" berkumandang di corong radio dan tv. Rasa macam nak memulakan kembali zaman membaca macam dulu-dulu. So, semalam, lepas interview (interview apa? kalo korang nak tahu, tunggu entry TT yang seterusnya), Aida (klik untuk view blog Aida) one my blogger friends ajak pergi ke Popular. 

Ape ke bende Popuar tu?? Bukan tempat nak cari glamor tau, tapi bookstore Popular yang terletak kat Tun Jugah @ TJ kt pasar. So, TT pun pergi la. Tengok punya tengok, belek punya belek, TT pun pergi la ke bahagian novel. TT ni bukan suka sangat baca novel nie (pernah jadi noveloholics dulu), so TT mintaklak info dari Jun. Sape Jun nie? Kawan TT juagk yang selalu mendakwa dirinya HOT KECHOUR (tak tahu ejaan yang betul) dan sering mendakwa dia mempunya kipas-susah-mati (die hard fans) seramai 2 orang. He he he.

So dia syorkan beberapa novel yang boleh dijadikan starting point untuk memupuk kembali semangat membaca. Jadi TT pun mengambil krputusan untuk membeli novel tersebut. 2 buah semuanya. Dan buku nie ada trilogi, so kena beli lagi sebuah untuk melengkapkan sirinya. Korang nak tahu tak novel ape yang TT beli?? Nie ha... tgk ek..
Nie buku no 1 dari 3
BAGAIKAN PUTERI (Update: dh habis bace)
Nie pulak siri 2 dari 3 (TT dah beli jgak semalam)
 
 CINTA SANG RATU (update: tgh bace)
dan ini yang ketiga (belum beli lagi)
HIJAB SANG PENCINTA
Buat pengetahuan korang, ketiga-tiga novel ini dkategorikan sebagai Epik Thriller dan ianya ditulis oleh novelis thriller yang tidak asing lagi iaitu Saudara Ramlee Awang Murshid.
So, TT akan luangkan masa yang lapang dengan membaca. So wish me luck ek untuk membaca kedua0dua novel ini. Nnt TT beli pulak buku lain.
So, jom membaca
~MEMBACA GAYA WAWASAN~

Kejutan Besar

0
Assalamualaikum wbt.

Aku sedar, semua yang aku tempuhi bakal berakhir tak lama lagi. Semua kenangan hampir empat tahun, akan tertutup kemas dalam masa kurang tiga minggu. Empat tahun bukan lama, sekejap sangat... Terlalu banyak perkara yang berlaku.. Dari yang paling kecil, sehingg paling besar. Semua itu mengajar Aku erti hidup. Menjadi dewasa dan matang. Aku akan kumpulkan setiap kenangan, memori, serta kepayahan sepanjang 4 tahun bergelar ......

ENTRY NIE BELUM SIAP LAGI. YANG KAT ATAS TU BARU INTRO JE. NNT DAH SIAP, AKU AKAN PUBLISH. TUNGGU YE.

Free Image Hosting

Selamat Berjuang Sayang

2
Hari ini, masuk lah sudah ke minggu peperiksaan hujung semester bagi kebanyakan IPTA kt Malaysia. Aku kat sini mengambil kesempatan mengucapkan:

Selamat Berjaya, Selamat Berjuang, Semoga mendapat keputusan yang cemerlang

Siapakah sayang itu? Mesti anda semua tertanya-tanya kan.. Sayang... Sesiapa sahaja yang aku sayang..
Nak tulis ke?? Aku rasa tak perlu lah. Sbb biarlah aku sahaja yang tahu.



Good Luck Sayang =)


Free Image Hosting

Suka Hati je ek..

0
Kelmarin i had my lunch with my friend at Kota Samarahan Bombay Masala. So, lepas makan,  kita orang nk balik la. Then, we walk toward our car. ( not mine). And ternampak ada kertas mcm business card terselit at depan cermin di bawah wiper dan dekat tempat pembukak pintu. I take it. and kita org masuk ke dalam kereta. 

My friend look at the card.. And tibe-tibe she laughing,.. What she laughing at?? Korang nak tahu ape yang die gelakkan?? Korang bace next perenggan:

"sekarang ada sebuah syarikat yang boleh tolong kamu selesaikan masalah. Kita boleh ikut kamu punya minat, menjadi terpenting syarikat pinjaman. kita akan guna tercepat, bagus cara dengan faedah yang rendah tolong kamu"
Huh... rosak2 bahasa.. main sedap mulut je doerang nie. Dah la bahasa tunggang langgang... Mane subjek, mane predikat, semua berterabur... TT pon bukan la terrer sangat.. tp x de la teruk tahap cipan TT punya BM.. 


Free Image Hosting

Boleh Tolong Saya Tak?

0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. hurm... kali nie TT nk cerita sket. Ptg tadi TT chat la ngan kawan lama TT. Nama dia Sharizal Hashim Shahrizal Hashim. Kita org dah kenal hampir 4 tahun. Dia belajar di UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka). Dan TT pulak kt Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS.

Chatting punya chatting petang tadi, die sempat titipkan single pertama dia yang bertajuk Hanya Satu. TT terus download, dan terus dengar.. Boleh tahan. Not bad. Tapi banyak lagi yang perlu si Rizal nie improve.

So, tujuan entry nie ditulis adalah....
  • Nk suruh korang sedoot lagu Hanya Satu nie dari galeri Sedoot Menyedoot blog nie. K. 
  • Ha, lagi satu, kat situ ada lirik dia. Lepas korang sedoot, kena la dengar la pulak. 
  • Pastu, jangan lupe untuk berikan bintang kepada Rizal nie (TT buat pool kat footer blog nie). 
  • Rate his song. Jujur ek. So, sape nk tinggalkan komen, boleh jugak. Korang tinggalkan komen kat sini ek.

Nk sedoot Hanya Satu? Klik mana-mana pperkataan Hanya Satu yang wujud dalam entry nie.

Jangan Tegur (Update)

2
Korang tentu tahu kan sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth... Ala.. syarikat bawah David Teo tu.. Ha.. kalo dulu dia buat Jangan Pandang Belakang (JPB), sekarang dia terbitkan pulak Jangan Tegur.Filem terbaru daripada syarikat itu bakal ditayangkan di 64 skrin, termasuk tiga salinan di Brunei Darussalam, bermula 9 April.

Salinan sebanyak itu pernah dicatat dua lagi filem seram terbitan ini, Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Dua filem berkenaan berjaya memungut lebih RM10 juta apabila masing-masing ditayangkan pada 2007 dan 2008.
Di Malaysia dan Brunei, filem arahan Pierre Andre itu sudah mula ditayangkan pada 9 April, manakala peminat di Singapura pula dapat menontonnya mulai 23 April. Sebanyak 11 salinan diputarkan di republik terbabit.
 
Sinopsis Jangan Tegur

JANGAN TEGUR mengisahkan Natasya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu dalam koma, Natasya bermimpi mengenai seorang gadis bernama Baizura yang disyaki hilang dua tahun sebelum itu, secara misteri. Natasya sering diganggu mimpi aneh yang menceritakan kesengsaraan Baizura yang dibomoh dan sering didatangi makhluk halus.

Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang dialami Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk halus itu. Keadaan itu menambahkan kerunsingan suaminya, Kamal. Kamal seorang yang tidak mempercayai benda karut ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang berlaku kepada Baizura. Siasatan itu menyebabkan dia sering diganggu makhluk yang mengganggu Baizura seperti dalam mimpinya.
Korang dh pergi tengok ke?? Sape dah pegi tengok, tolong komen sket ek pasal cite tu. Bape bintang korang kasi kt Jangan Tegur nie. Aku nk tengok, tapi minggu depan kot. 

K. Da Da

(Update)
TT dah tgk JT nie 2 kali. Kali pertama, im very impressed. Good CGI, better than JPB. Banyak jgk aksi yang membuatkan TT melompat dari kusyen sebab terkejut. He he he.. So dari TT, JT deserve to get 4.5 from 5 stars.


Congrats Peirre Andre =)

Kabinet Baru Malaysia 2009

2
PUTRAJAYA: Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini:

PERDANA MENTERI:
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)


Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T.Murugiah


MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Razak


MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin


MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi


MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew


MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:  Datuk Hamzah Zainudin


MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat


MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie


MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan: Noriah Kasnon


MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun


MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah


MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan: Fadillah Yusof


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup


MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Ng Yen Yen

Timbalan: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim


MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


MENTERI KERJA RAYA
:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng


MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan: Datuk Rosnah Rashid Shirlin


MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng


MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan:Datuk Maznah Mazlan


MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan: Datuk Lajim Ukin


MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Senator Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan: Datin Paduka Chew Mei Fun


MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong


MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:Datuk M.Saravanan
~Bernama~
 
Inilah barisan kepemimpinan kerajaan Malaysia yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada jam 3.30 ptg, 9 April 2009

Pening...

0
Dah dekat seminggu aku asyik menukar templates blog nie... Lepas tukar, tukar lagi... macam ada yang x kena je.. Nak buat sendiri x reti... Last2 pilih yang nie.. So sory ek kalo korang pening2 tgk blog nie.. Aku suka tukar-tukar.. Mane templates yang berkenan di hati, kite try je kan... he he he

Ha.. kt sini aku nk share ngan korang semua perisian nie. Untk eject usb. Mmg senang. Korang tak perlu lagi nak susah-susah ingat yang mana satu drive korang. Sebab Disk Eject nie akan tunjukkan mane satu korang punye disk. Ok.. Ia tidak memerlukan proses instal. Copy, paste dan boleh terus digunakan. Nie contoh mcm mane korang boleh kenal mane satu korang punye usb drive.

 
Nak sedoot software nie??
Klik Sini

Aku Perlu Membuat Keputusan

0
Ewah.... tajuk mcm gempak je kan, bukan ada ape2 pun.. cuma aku ni masih belum membuat keputusan. Keputusan bile nak balik ke kampung halaman. Yes... Perak Land of Grace. 
Final exam habis 27 April 2009. Tapi tiket masih belum beli lagi.Kalo beli lambat, takut x ada plak seat nnt. Hurm,, Tapi yang manjadi masalahnya sekarang, aku x sampai hati nak balik kg sebelum 'dia'balk kampung. Siapakah 'dia' itu?? Biarlah menjadi rahsia aku. 
Aku mengaku aku mmg sayang 'dia'. Bukan kekasih, bukan kawan.. tapi lebih dari tu. "dia' begitu istimewa. Gelak tawa, gelagatnya sering mencuit hati aku... Tak sah kalo dalam sehari aku tidak melihat kelatah lucunya..
Hurm... tgk la macm mane nnt. Mlm nie nk tepom mak. tny pendapat die mcm mane. Kita dgr pendangan orang lama2 ek..

ok la sampai sini je.. Len kali jumpa lagi..

Totem Tantra

0
Helo semua..Dah lama TT tak menulis... Sooo sorry sebab semanjak daua menjak nie agak sibuk untuk menguruskan banyak hal. Pasal borang tamat bergraduat la.. etc... Ari tu ada sorang kawan TT antar kt TT mende nie.. Mcm menarik je,,. Jom TT share ngan korang. Tapi, bile dah dibace, maybe ada kebaikannya,,
So korang pikarlah sendiri ek...


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!! 

  • PERTAMA. 
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

  •   KEDUA. 
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. 

  •   KETIGA. 
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

  •   KEEMPAT .
Apabila kamu berkata, ' Aku Cinta Padamu', maka tunaikanlah.   

  •   KELIMA. 
Pabila mengatakan, 'Maaf', tenunglah matanya.   

  •   KEENAM. 

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

  •   KETUJUH.. 
Percayailah cinta pandang pertama. 

  •   KELAPAN.. 
Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

  •   KESEMBILAN. 
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini. 

  •   KESEPULUH. 
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

  •   KESEBELAS. 
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka. 

  •   KEDUABELAS. 
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas. 

  •   KETIGABELAS. 
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,'Kenapa anda ingin tahu?'

  •   KEEMPATBELAS. 
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

  •   KELIMABELAS. 
Ucaplah 'Semoga anda diberkati' apabila mendengar seseorang bersin.

  •   KEENAMBELAS. 
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.. 

  • KETUJUHBELAS. 
  Berpeganglah kepada tiga R: 
1.           Rasa hormat pada diri sendiri;
2.           Rasa hormat kepada orang lain;
3.           Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda 

  •   KELAPANBELAS. 
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

  •   KESEMBILANBELAS. 
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

  •   KEDUAPULUH. 
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


  •   KEDUAPULUH SATU 
Ada ketikanya anda perlu bersendirian. 

  Kini tibalah bahagian yang MENYERONOKKAN! 

Totem tantra ini telah dihantar kepada anda untuk kebaikan. Totem ini telah diedarkan ke seluruh dunia setakat ini sebanyak sepuluh kali.. Kepercayaan orang China, dalam tempoh empat hari dari tarikh totem ini anda edarkan anda akan beroleh keuntungan.

Sila hantarkan salinan kepada mereka yang pada pendapat anda memerlukan kebaikan. Janganlah hantarkan wang kerana nilai takdir tidak boleh dijual beli..



Dilarang menyimpan pesanan ini.. 

Totem tantra ini hendaklah berada di tangan anda dalam tempoh 96 jam dari masa anda menerimanya.

Anda akan menerima suatu kejutan yang amat menyeronokkan.

Kebenarannya akan terserlah, walaupun anda tidak mempercayai perkara yang karut-marut. Edarkan maklumat ini sekurang-kurangnya kepada 5 orang dan anda akan merasai perubahan positif yang berlaku dalam hidup anda.

0-4 orang: Anda kan mengalami perubahan kehidupan yang kecil.

5-9 orang: Peningkatan perubahan kehidupan anda berada di tahap yang anda benar-benar ingini.

9-14 orang: Anda akan menerima sekurang-kurangnya 5 kejutan dalam setiap 3 minggu.

15 dan lebih orang: Taraf kehidupan anda akan meningkat dengan pantas!!
Sejauh mana kebenarannya,,, tiada siapa yang tahu,,,
Selamat membaca.. =)

Pemberitahuan

2
Dengan ini, TT ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang terjadi kepada anda ketika melayari blog  ini (http://akudanseseorang.via.my).  Ini kerana telah berlaku sedikit masalah teknikal yang memaksa TT mengubah beberpa tetapan. Kepada sesiapa yang ingin meletakkan url di blog TT, anda bolehlah menyumbang url di bahagian comment entri ini. (Keutamaan diberikan kepada blogger yang mempunyai link dengan TT)

Proses kemaskini akan berjalan dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali.

~Terima Kasih~

Venue Sedot Menyedot =)

0
Desktop Background
Klik Sini

Usb Ejector
Klik Sini

Hanya Satu ( Lirik Disertakan)
Klik Sini

Convert Word ke PDF
Extention File
Klik sini

Tune Up Utilities 2009
Klik sini