Berita terbaru untuk semua pengguna internet. Microsoft mengesahkan sedang menguji enjin pencarian internet (internet search engine) yang terbarunya, Kumo yang diharap dapat mengatasi pasaran yang kini dikuasai oleh Google manakala syarikat berkenaan jatuh ditempat ke-3 selepas Yahoo!.
Kumo.com, enjin pencarian internet yang masih diuji oleh pihak Microsoft secara tertutup dilaporkan menggunakan akses teknologi sematik yang berkemampuan memahami ayat yang mahu disampaikan serta hubungan antara perkataan.
Setakat ini, semua enjin pencarian internet termasuk yang digunakan Google hanya bergantung kepada sistem padanan perkataan yang dimasukan oleh pengguna pada ruangan carian sebelum dipadankan ke laman web dan data ditemui sedia ada dalam internet.
Sebelum ini, pe;bagai spekulasi timbul apabila ad aura-ura yang mengatakan Microsoft akan menggantikan Live Search dengan Kumo. Menurut Microsoft lagi, mereka masih belum memutuskan sama ada akan mengekalkan kod nama Kumo bagi menggantikan Live Search atau pun sebaliknya ketika penampilan sulung kepada pengguna.
Tahun lalau, akhbar melaporkan Microsoft menawarkan AS$47.5 bilion untuk membeli Yahoo! Sebagai usaha untuk menggabungkan sumber atas taliannya sebagai mewujudkan persaingan yang lebih baik terhadap Google yang ketika itu mempunyai 60% pada penguasaan pasaran pencarian atas talian di Amerika Syarikat.
Berdasarkan penilaian terkini firma yang menjejak industri berkenaan, nilai terkini saham Yahoo! Meliputi 21 peratus diikuti Microsoft sebanyak 8.5 peratus.
We wait and see whats happened next..
p/s: kindly click the ads above =)
Comments (0)
Post a Comment