Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Kasma, Farhan dan Alex

3
Entry nie khas untuk korang bertiga
Foa, Good luck kt 

Kasma

Farhan

Alex 
and 

all Art Management Final Year Students.

GOOD LUCK ON YOUR VIVA

Selamat Ulang Tahun Sayang

2

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang slalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya ingin kan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
 
 **********************************************************************************

Aku mulakan entry hari ini dengan kek dan bait lagu Selamat Ulang Tahun.. Sayang.. Kenapa aku memilih untuk menggunakan item ini sebagai opening? Sebab hari nie hari jadi seseorang. Siapa seseorang itu? Biarlah menjadi rahsia aku. Dan kepada yang tahu, aku mmg sayang korang sangat2. 

Sepanjang 24 tahun aku hidup, ya 24 tahun.  Merupakan satu tempoh masa yang lama. Mmg lama. Aku masih ingat lagi akan zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan. Melangkah ke alam remaja, dan seterusnya dewasa merupakan sesuatu yang peling mencabar, penuh dengan dugaan. Malah kadang kala aku hampir tewas dengan dugaan yang Engkau berikan kepada aku. Sebagai hamba-Mu, aku redha dan tabah.

Jodoh, ajal, maut mmg Engkau yang menentukan. Tanggal 26 Jun 2002, insan yang paling aku sanjungi dan sayangi, abah telah kembali ke rahmatullah di kala usia aku baru mencecah 17 tahun. Sedih memang sedih. Kehilangan tempat bergantung hidup. Tapi melihatkan keadaam emak aku yang begitu tabah, aku nekad untuk memupuk semangat cekal dalam diri ini. Yang pergi, tetap pergi. Kehidupan mesti diteruskan.

Memasuki institut pengajian tinggi awam a.k.a universiti menambahkan lagi pengalaman hidup aku. ye la, First time berjauhan dengan family. Bukan calang-calang jauh, tp mmg jauh sekali. Perak vs Sarawak. Hurm.. Tp best jgk sbb dapat merasa naik belon (panggilan kapal terbang bg sarawakian). Pejam celik pejam celik, dah hampir 4 tahun aku berada di tanah yang pernah dijajah oleh dinasti Brooke. Dari zero to fluent speking local Sarawakian Dialek, hurm.... life's very interesting.

ok la. TT kena stop smpai sini je ek. Sekali lagi TT nak ucapkan selamat ulangtahun ke-24 kepada empuan punya diri dan blog nieh.

Selamat Hari Jadi Muhd Fadzil Noor Yahya.
Selamat Ulang Tahun Sayang.

Da da

Lawak Untuk Korang

0

Peraturan G:
Ditujukan khas kepada mereka yang menggunakan internet untuk urusan peribadi ketika waktu bekerja. *********************************************************************************************** MEMO KEPADA SEMUA STAFF Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan,kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. Sekian, terima kasih.

Hurm.. Macam-macam ade... =)


Lawak di-sedoot dari SufianPc. Tq Sufian.
Tq kepada MK sbb sudi comment pasal blog nie. =)

p/s: klik ads kt atas tu ek.. Jgn lupe.. tau..


Kumo.com

0

Berita terbaru untuk semua pengguna internet. Microsoft mengesahkan sedang menguji enjin pencarian internet (internet search engine) yang terbarunya, Kumo yang diharap dapat mengatasi pasaran yang kini dikuasai oleh Google manakala syarikat berkenaan jatuh ditempat ke-3 selepas Yahoo!.

Kumo.com, enjin pencarian internet yang masih diuji oleh pihak Microsoft secara tertutup dilaporkan menggunakan akses teknologi sematik yang berkemampuan memahami ayat yang mahu disampaikan serta hubungan antara perkataan.

Setakat ini, semua enjin pencarian internet termasuk yang digunakan Google hanya bergantung kepada sistem padanan perkataan yang dimasukan oleh pengguna pada ruangan carian sebelum dipadankan ke laman web dan data ditemui sedia ada dalam internet.

Sebelum ini, pe;bagai spekulasi timbul apabila ad aura-ura yang mengatakan Microsoft akan menggantikan Live Search dengan Kumo. Menurut Microsoft lagi, mereka masih belum memutuskan sama ada akan mengekalkan kod nama Kumo bagi menggantikan Live Search atau pun sebaliknya ketika penampilan sulung kepada pengguna.

Tahun lalau, akhbar melaporkan Microsoft menawarkan AS$47.5 bilion untuk membeli Yahoo! Sebagai usaha untuk menggabungkan sumber atas taliannya sebagai mewujudkan persaingan yang lebih baik terhadap Google yang ketika itu mempunyai 60% pada penguasaan pasaran pencarian atas talian di Amerika Syarikat.

Berdasarkan penilaian terkini firma yang menjejak industri berkenaan, nilai terkini saham Yahoo! Meliputi 21 peratus diikuti Microsoft sebanyak 8.5 peratus.


We wait and see whats happened next..

p/s: kindly click the ads above =)



Tips Penjagaan Brek Kereta

2



Hello.... U guys, Jumpa lagi dalam tips penjagaan brek kereta. Jika dulu, Dr. Kete share ngan korang tops jaga kereta, skarang nie, Dr. Kete nk share ngan korang some panduan about your car brake system
.


  • Sekiranya anda ingin mengubah suai sistem brek kereta, pastikan mendapat kebenaran bertulis dari JPJ ye. Ini kerana, menjadi kesalahan dan syarikat insurans yang melindungi anda sekiranya berlaku sabaarang kecelakaan. Ini desebabkan, sistem brek anda ditukar tanpa kebenaran.
  • Semasa memandu, elakkan meletak kaki pada pedal brek. Ini boleh menjimatkan penggunaan pelapik brek. Sama juga dengan pedal clutch.
  • Ketika menuruni bukit curam, jangan gunakan brek sebagai pemangkin untk memperlahankan kenderaan, sebaliknya, gunakan gear rendah (gear 1 @ 2) untuk mengawal kelajuan kenderaan anda.
  • Ketika menambah minyak brek (brake oil), pastikan spesifikasinya betul. Dot 3 kegunaan biasa untuk kereta yang mempunyai brek jenis cakera bagi hadapan dan drum bagi bahagian belakang. Dot 4 pula lebih menjurus kepada kenderaan yang sistem brek terdiri dari empat roda cakera  ( all disc break) dan kereta yang berkuasa tinggi.
  • last but not least, kepada pemilik kenderaan transmisi automatik, anda harus sedar, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus berbanding pelapik belakang, kebiasaannya dua kali ganda cepatnya.

So, kalau dapat, servis kenderaan anda secara berkala. Tetapi, jangan lupa untuk meminta mekanik agar memeriksa sistem brek kenderaan anda.

Pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah orang tersayang.

Pesanan penaja: sudi-sudikanlah untuk klik iklan kt ats @ tepi kanan tu ek.


Top 20 World Billionaires List

2



Hello... ha.. nie ada sedikit info berguna untk korang semua. Baca ek.



NEW YORK: Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia 2009yang dikeluarkan Majalah Forbes hari ini:


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion - besi - India)

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion - Aldi - Trader Joe's - Jerman)
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion - LVMH - Perancis.)

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion- Hong Kong.)

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, (AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20. David Koch (AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS) - AFP


Hurm... kaya memang kaya.. Tapi kan.. adakah kaya itu membuatkan hidup kita gembira, sempurna???


Pesanan penaja: korang jgn lupe klik iklan kt atas @ sebelah kanan tu ek

Pembedahan 3310

0


MAlam tadi aku x boleh tido... Jam dah pukul 3.30 pagi. Nak men game ngan housemate, asyik MISSMATCH jer ... hampeh tol la..





Tetibe aku tertengok hp nokia 3310 aku kt atas meja.. Mmg dah lama aku x hidupkan hp tu. Bukan ape, skrin dia rabun.. kejap ada, kejap x ada. Dari rulu mmg ada ura2 nak repair skrin hp tu.. tp semua makan duit beb...



X pe.. aku ters teringat kt hp 3310 yang lama. Aku pon bukan pandai sangat pasal nk repair hp nie. Srew driver untk bukak hp nie bukan mcm bese.. die spesel sket.. walaupun aku x ada screw driver mcm tu, aku pakai gunting... wa ka ka...



aku mulakan 'operation' hp lebih kurang jam 4.00 pagi. Pembedahan tu tamat pada kira2 jam 5 pagi. Sejam je. Tp mmg riso.. ye la.. komponen tu kan sesitif.. mane la tahu.. kot2 ada yang terusik ke, tergoyang ke dan bermacam-macam ter lagi...
(Operation ni bertujuan untuk swap lcd yang rosak ngan lcd terpakai dari model hp yang sama)





(mende ni la yg aku swap tu)

Hasilnya, hp aku dah mcm baru ( walaupun semua barang lama) ha ha ha.. skrin dah ok.. dah terang.. wa ka ka. Walau pun ia sekadar hp 3310, tp aku beli hp tu dengan gaji pertama aku kerja. Dapat dalam Rm 200++ la x samapi 2 minggu kerja.. wah.. Mmg hebat.. aku pon terkejut dapat gaji mcm tu.. MAse tu nerd lagi sbb baru merasa pegang duit sendiri la katakan..

Ok la.. setakat itu dulu ek.. Aku nk sambung buat kerja..

NNt jumpa lagi ek.. Urm... Tolong klik iklan nuffnang kt atas ngan tepi kanan tu sekali ek.. MMg bagus la dapat kawan mcm korang..

Da da

FACA Home Concert II 2009

0



A
lhamdulillah, TT terpilih untuk menjadi hos Home Concert II 2009 anjuran Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK). Konser tersebut akam menampilkan 13 buah persembahan yang diiringi oleh pemuzik dari kalangan pelajar jurusan Muzik sendiri.
Butiran konsert adalah seperti berikut:


Tempat : Panggung Eksperimental Kampus Barat
Masa : 8.00 malam

Tarikh : 6 Mac 2009

Kod pakaian : Kemas@Santai


Seluar Pendek (Bermuda), selipar tidak dibenarkan.


Masuk Adalah Percuma!!

Jom bersama memeriahkan acara tersebut..

5 Unbelievable Facts

3
5 fakta kejayaan Malaysia

  1. Negara ke-2 paling berdaya saing harga didunia dalam industri perjalanan dan pelancongan, daripada 124 buah negara yang dikaji.
  2. Tempat ke-6 bagi iltizam kerajaan dalam penyertaan di pameran T&T di peringkat antarabangsa.
  3. Negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi
  4. Tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan (dari 100 buah negara)
  5. Menduduki tangga ke-19 dalam Laporan Tahunan Persaingan dunia oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) berbanding tangga ke-23 pada tahun sebelumnya.


Itu baru fakta kejayaan Malaysia, Now, wee look for 5 Fakta Kehancuran Malaysia

  1. 1.12 juta penagih berdaftar dan tidak berdaftar di negara ini.
  2. 8% daripada 4.6 juta perokok di negara ini adalah terdiri dari golongan remaja, manakala 14% remaja di dunia adalah perokok
  3. Terdapat lebih 257 000 sijil kelahiran anak luar nikah didaftarkan tanpa nama bapa, sejak tahun 2000 hingga bulan Julai 2008
  4. 80 938 orang yang dijangkiti HIV sehingga penghujung 2007, sementara unutk tempoh enam bulan pertama tahun 2008, terdapat 1766 kesbaru, menjadikan bilangan mereka yang hidup dengan HIV dinegara ini melonjak kepada 82 704 orang.
  5. 588 kes bunuh bagi tahun 2007 manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes.

Sejauh mana pencapaian kita??? Sudah merdekakah kita??

Tepuk dada, tanya IMAN, bukan tanyan AIMAN..

=)