Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Biarkan Si Luncai Terjun dengan labu-labunya..

0
Sejak akhir-akhir ini, ada pihak di Indonesia ghairah sangat mendakwa itu dan ini mereka yang punya. Kerana kesilapan yang tidak disengajakan tentang tarian Pendet (Is'Z pun tak tahu tarian apa nie), ada orang Indonesia yang sanggup nak sembelih orang Malaysia. Apa punya gila orang Indonesia macam nie.

Mereka mendakwa lagu Terang Bulan (lagu rasmi negeri Perak) diberikan kepada Malaysia yang tidak ada lagu kebangsaan selepas merdeka. Tapi mereka (orang gila Indonesia) tidak kat apula lagu asal adalah ciptaan penggubah dari Perancis kemudian menjadi lagu rasmi Negeri Perak. Pada waktu tiu juga, sudah lama ia dikenali dengan nama Terang Bulan, dan dinyanyikan di seluruh Nusantara. Bahkan lama sebelum republik Indonesia wujud.

Mereka tidak malu mengaku Terang Bulan adalah lagu ciptaan Indonesia. Yang mereka tahu adalah menunjukkan kerendahan Malaysia dari pelbagai sudut padahal Malaysia sudah jauh meninggalkan Indonesia dari pelbagai aspek.

Baru-baru ini mereka mendakwa batik adalah hak Indonesia. Yang jelas, Batik Malaysia dan batik Indonesia ada perbezaan. Oramg Malaysia tidak perlu mendakwa itu dan ini kerana mereka realistik bahawa kalau tidak ada kuasa ekonomi , ada batik, tarian Pendet, dan lagu Terang Bulan, rakyat menderita juga.

Orang Malaysia sudah terdidik supaya tidak patriotik melulu. Biarlah sikit-sikit orang di Indonesia buat demonstrasi dan mengangkat buluh runcing. Orang disini tahu itu adalah pekerjaan orang disana.

Ismael amat berbangga dengan sikap orang Malaysia. langsung tidak emosional dan tidak melayan kerenah sesetengah pihak yang mendakwa memberi lagu kebangsaan kepada Malaysia. Mereka tahu itu bukan lagu Indonesia.

Lagi satu, biarpun ada rakyat Malaysia yang hendak dipenggal di Indonesia, orang Malaysia tetap menonton drama-drama Indonesia. Kami tidak menganggap itu daripada musuh. Padahal, terdapat sebahagian besar drama-drama yang disiarkan bertaraf SAMPAH DALAM LONGKANG.


Ada rakyat Malaysia mengancam pendatang Indonesia yang masuk ke Malaysia (haram @ sah) kita dengar?
yang selalu kita dengar, golongan inilah yang selalu membuat masalah.


p/s: selamat hari jadi kat John Situ Sana Sini, Kak Liza, Azzam, Celestine dan Farhan Darin...



Don't Judge The Book By It's Cover

0
TT duduk kt kerusi di luar sebuah kedai gunting rambut minggu lepas. Sambil menunggu giliran, TT menbaca beberapa naskah majalah yang ada kat atas meja. Salah satu dari artikel yang TT baca, menarik perhatian TT. Kat sini, TT taipkan kembali petikan tersebut.


"Orang melayu memang memandang tinggi kepada individu yang pandai mengaji, pandai azan, pandai berbahasa arab, dan sentiasa kesurau dan berkopiah. biarpun tidak ada nas dalam Al-Quran atau Al-Hadis yang mewajibkan lelaki Islam memakai baju melayu, kain pelikat, dan berkopiah. Pakaian seperti ini seolah-olah sudah diiktiraf oleh masyarakat melayu sebagai pakaian yang melambangkan Islam. Islam yang difahami oleh rakyat Malaysia hanya dari segi kebolehan mengalunkan ayat-ayat suci (tidak mengapa kalau tidak memahami maksudnya), bedoa panjang berjela dalam bahasa Arab dan berbaju melayu atau berjubah beserban. Di Malaysia, mempunyai ke tiga-tiga ciri ini cukup untuk melayakkan seseorang itu digelar alim atau kuat agama.

Contohnya, sekiranya dua orang pendakwah masuk ke sebuah kampung. Seorang berjubah beserban dan pandai berbahasa Arab, manakala seseorang lagi berkemeja berseluar dan tidak pandai berbahasa Arab, siapakah yang akan dianggap mempunyai ilmu agama lebih tinggi oleh penduduk kampung berkenaan? Mentaliti ini sudah lama wujud dalam masyarakat Islam di Malaysia." (Dipetik dari majalah Millenia Muslim)


Sejauh mana kebenaran akan pendapat ini... anda sahaja yang dapat menentukannya.

p/s: simpati dengan mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. Persoalan yang timbul, patutkah kita kasihani mereka setelah apa yang telah mereka lakukan kepada kita dan Negara Kita?? 
Fikir-fikirkan..