Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Kembali Menulis

Aku kembali menulis. Hurm... Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tak update blog. Bukan sebab aku malas (ada la sikit-sikit), tapi entah la... Mungkin belum sampai masa kot untuk blog ini di kemas kini. Argh... dah sekian lama tak menulis, terasa kekok pulak.. Hurm... Tak apa, aku cuba sehabis baik untuk mengarang.

Status terkini aku, masih bujang.. Hahaha.. Alhamdulillah aku dh bekerja.. dh dekat nak masuk 3 bulan. Baru je lagi.. Kerja kt syarikat mana? Kate Dato CT, biarlah rahsia.. hahaha. Tapi boleh la dan lepas la buat menampung kos kehidupan kt bandar nie... Semuanya duit ok.. Pening aku...

Bila dh mula menaip, mesti aku ada cerita nk share dgn korang. So, kite pakai sistem nombor yek.. Tapi nombor tak mewakili kepentingan sesuatu isu tersebut.

1. Nokia N8



N8 nie officially launched kt Malaysia baru-baru nie je. Aku teruja sangat pasal hp nie. Antara function yg mampu membuatka kita berfikir sama ada eperlu atau tidak untuk membelinya adalah kamera 12MP, USBtogo, dan paling penting, harganya yang sangat-sangat berpatutan. RM 1690 untuk N8 yang dikuasakan oleh Symbian^3. Ya, Symbian^3. Dan skrim AMOLED yang disediakan oleh Samsung. Kalo korang nk tahu info lebih lanjut pasal hp nie, korang boleh refer kt sini. Jangan risau, ianya didalam bahasa melayu ye..

2. Kerja




Alhamdulillah, aku sekarang dh ada kerja tetap.Baru je lagi dan gaji yang aku kira setimpal dengan kelayakan dan kerja aku. Kalo ikutkan nafsu, duit tu banyak mane pon memang x cukup . Kalo gunung yang tinggi tu pon boleh rata kena kikis, ni apakan pulak duit... Sebab duit orang sanggup membunuh!!!. Ok, off topic pasal duit tu. Keje kena betol-betol. Nk buat sara siri sendiri, mak, adik-adik aku. Ye, itu memang tanggungjawab aku. Tapi itu lah cabaran hidup yang aku harap akan mematangkan diri aku.

3. Kereta.


 
         (nie bukan kete aku doe )

Buat masa sekarang, belom lagi untuk memiliki sebuah kereta. Sebab, aku dh ada seekor Kancil yang banyak berjasa. Dan faktor yang paling kuat untuk aku tidak memiliki kereta baharu buat masa terdekat adalah, Kancil tu bulan 4 tahun depan, akan habis bayar. Alhamdulillah...Kancil itu telah banyak berjasa kepada aku dan keluarga... ( Inspira nie korang dh boleh book kt showroom proton, deposit rm1000 jek)

4. Al-fatihah
Kawan sekelas aku time skola dulu meninggal time bulan puase dulu. Dia meninggal sebab eksiden. Situasi dia mcm nie. Tayar kete tu pancit, then kete tu langgar dia. Koma dua hari.. 26 Ogos 2010, dia pergi menghadap Illahi buat selam-lamanya. Last time aku jumpa dia bulan April hari tu. Tambah sediah lagi, last week, Uni dia konvo, UPM. Parents dia yang datang amek degree scroll dia.

"Cite ni bagi aku sangat sedih.. Macam nie, arwah ada merancang aktiviti berbuka bersama kawan-kawan dia. dan majlis tu dijadualkan akan berlangsung pada hari khamis (26 ogos tu). Mmg hasrat dia nk kumpulkan kami beramai-ramai mase berbuka tuh. Dia eksiden pada hari Rabu (25 ogos).. So, dia meninggal pad hari Khamis tu (26 ogos).. Hasrat dia tercapai jgk sebab nk kumpulkan kawan-kawan dia berbuka bersama-sama. Memang aku berbuka bersama-sama kawan aku yang lain, tapi, tanpa arwah.. Korang cuba bayangkan keadaan tu.. Hiba sangat-sangat... Arwah yang beriya-iya merancang, tp dia dh tak ada time tu.. Kami semua berbuka kt hosptital Kuala Lumpur (HKL) je.. Setiap yang hidup, akan mati. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Innalillah "

Tu la serba sedikit apa yg berlaku sepanjang 2 bulan nie.. hurm.. Yang positif jadikan teladan, yang negatif, jadikan sempadan..


salam ritma alam
~ismael zaharee~

Comments (1)

entry ni aku bc 3kali..sbb apa asl aku tgk pic nokia n8 tuh ttbe aku jd lupa dh apa yg aku dh bc.hahaha..tp mcm buruk jer dsign dia..haha..jgn maree..

sedih doh citer arwah kawan ko..smoga rohnya dcucuri rahmat..al fatihah!