Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Kau dan Aku...

0
Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
kau dan aku... memang rapat.. Bagai isi dengan kuku.. Kemana asyik berdua je....  Sampai ada mata yang memerhati. Yang tidak senang pun ada. Tapi, biarlah... Apa orang sekeliling hendak kata pasal kami berdua, biarkan... Mulut manusia nie, selagi tak tutup mata, selagi tu la nak berbunyi... Kadang-kadang tgh tidur pun boleh bercakap-cakap...

Tapi sejak kebelakangan ini, kami jarang berhubungan. Sms pun tidak, apatah lagi bertelefon. Iz tak tahu dimana salah dan silap. Nak kata kita orang gaduh, tak juga... Malah, sebelum Iz meninggalkan kampus, kami sempat lagi bertemu buat kali terakhir....
Iz langsung tidak mengetahui apa salah Iz, apa Iz dah buat kat Awak. Tapi perasaan Iz terhadap Awak tak pernah berubah walau sedikit.. 
Ketahuilah Awak, saya sentiasa menanti sebarang berita dari Awak..
~akan ke kedah 28.06.09~ 


Majlis perkahwinan

0
Alhamdulillah, walimatul urus kakak I.z selamat dijalankan pada 30 mei lepas. Semua berjalan di dalam keadaan yang baik, cuaca pun bagus. Kt sini, Iz upload beberapa keping gambar sepanjang majlis ini berlangsung.


masa majlis akad nikah


Kaler ungu adalah tema rumah pengantin lelaki. Kaler kuning, tema rumah Iz.. wahaha



Urm.... ada banyak lagi... tapi cukup la Iz uploadkan ...

k... selamat malam....

Nak makan.... Jom....

Kepastian yang Belum Pasti

1


Alhamdulillah. Tuah masih memberikan aku kesempatan untuk menghirup udara segar di bumi ini. Dan aku bersyukur atas semua anugerah yang telah dikurniakan. Sedar atau tidak, sudah hampir sebulan aku meninggalkan bumi kenyalang@Sarawak. Rindu memang rindu. Banyak sebab aku rindu pada Bumi Kenyalang.

Banyak benda sebenarnya yang membuatkan aku teringat pada bumi kenyalang. Udaranya, suasananya, masyarakatnya.... Pendek kata... cintaku tertinggal di Sarawak.

Benda yang membuatkan aku teringat kepada si dia.
1) Lagu Revolusi
2) Lagu Love Story
3) Kereta Kelisa.. (Q** ****)

Tapi yang paling membuatkan aku teringat pada bumi kenyalang, ialah Lagu Revolusi. Memang meninggalkan impak kt minda ini.

Sampai bila aku mampu bertahan aku sendiri pun tak tahu.... Kalo ikutkan hati, memang akan aku baut benda yang tak tercapai akalku... (mcm lagu elyana plak)...

saya memang rindukan awak

Mingu ke-3

0


Hurm, dah lama blog nie x diupdate. Senarai blog list pun dah x ada. Templates yang ditukar selalu sangat tak menjadi. Pening-pening.

Dalam 3 minggu nie, macam-macam perkara yang telah terjadi. Ada suka, duka, berita bagus, tak bagus... Tapi sebab tak ada mood nak  menulis, maka TT tunda entry berikutnya.

Memang ada bercadang nk tulis semua yang terbuku di hati. Tapi bila sesuatu hal yang melibatkan orang lain nie, memang susah. Takut-takut ada yang terasa la pulak. Nak pakai nama samaran takut TT sendiri yang terkeliru. Hurm... betul betul betul... =)

Tapi tak pe la. Nanti TT akan buat jugak entry tu. Walaupun agak pahit, tapi TT kena terima semuanya. Kena TERIMA KENYATAAN.