Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Sombong atau Maruah Diri???

1
Ok.. Lets make it simple.. Even aku tahu bila aku tulis, benda simple pun akan jadi panjang berjela-jela.

Ok, aku bukan nak mengungkit atau nak mempersoalkan apa yang telah aku buat untuk A, tapi aku A hargai sedikit pun jadila la apa yang aku dah lakukan untuk dia. Dan ceritanya bermula begini:
Petang tadi, sejurus selepas sambutan hari lahir leader aku, kitaorang masing-masing balik. Aku memang dh lama nk ajak A temankan aku pg Shah Alam. Sebab aku dah lama tak keluar berdua dengan A. Sebab apa aku ajak A? Baca RECAP


[RECAP]
Dulu aku dan A selalu keluar sama. A tak ada kereta, just motosikal kesayangannya sahaja. Dulu dia selalu naik kereta aku if kalau nak pergi mana-mana. Kereta aku, just Perodua Kancil je. Dulu A sanggup datang, dan parking motor kesayangan dia tu, dan naik Kancil aku. Walaupun kereta kecil je, tapi kereta tu sangat berjasa,. Dan dengan Kancil itu la, aku memenuhi permintaan A untuk membawa beliau ke kedai kereta dimana A mahu membeli kereta idamannya. Jenis apa, biar aku rahasiakan. 

Aku gagahkan diri, postponed segala urusan peribadi demi memenuhi permintaan A. Ya aku sanggup. Ok. Ok now let make it short. Borang, dokumen semua dh submit. Dan dalam perjalan balik, aku igt lagi, A bagi tahu, aku akan jadi orang pertama yang dia akan bawa naik kereta itu kalau pinjaman dia lulus, ye orang PERTAMA. 

Dipendekkan cerita lagi, loan tu dah lulus. OK.. aku just tunggu sahaja. Nak tengok sama ada apa yang A janji, dia akan buat. Hasilnya, TAK... memang tak terjadi pun mcm tu. Ok.. aku pujuk hati aku, terima sahaja kejadian tu. Dan aku tekad, aku memang tak akan drive kereta dia. Tidak akan sesekali.. Sebab apa? Sila baca sampai habis.

[SEKARANG]
Ok. Sekarang kita kembali ke alam nyata. So, lepas kejadian tu, A memang sudah berubah. Ye la, dulu tak ada kereta, sekarang dah ada kereta. Dari dulu sudi naik kereta Kancil aku, now tak hairan pun.

Ye, dan sekali lagi aku azam, ape-apa pun lepas nie, aku seboleh-boleh tak mahu naik kereta A. A dah dapat apa yang dia nak. Dan aku tak diperlukan lagi. OK.

Dan bila aku ajak A temankan aku pergi Shah Alam petang semalam, alasan yang dia bagi, tak dapat. Ada kerja sikit... Ok lah. Dan disebabkan A tak sudi temankan aku, aku tak jadi pergi Shah Alam.dan AKU SUDAH JAUH HATI.

Let say lepas ini, dia ajak aku naik kereta dia, dan aku menolak, INGAT, aku bukan SOMBONG, tapi aku ada MARUAH DIRI