Biasalah manusia ni kan pasti ada kekurangan. Hari ini aku nak tunjuk 3 benda yang jutawan microsoft still tak taw kenapa jadi macam ni.. Tapi mungkin ada yang tau, xpe, yg tak tahu kita akan jadi tahu.. dan yang tahu akan jadi lebih tahu.
Yang Pertama..korang masuk masuk microsoft word then…
kemudian taip:
=rand (200, 99)
kemudian tekan ENTER Yang kedua :
Kepada penguna windows
* buka notepad
* taip “Bear kau mmg gemok” (tanpa pembuka kata dan penutup kata)
* Save file dengan apa-apa saja nama dan di mana-mana.
* Tutup tetingkap notepad tersebut, kemudian buka kembali.
Lihat apa yang berlaku…
Yang Ketiga..
Kita kan kalau save file boleh letak nama ape-ape je kan..
Sejak akhir-akhir ini, ada pihak di Indonesia ghairah sangat mendakwa itu dan ini mereka yang punya. Kerana kesilapan yang tidak disengajakan tentang tarian Pendet (Is'Z pun tak tahu tarian apa nie), ada orang Indonesia yang sanggup nak sembelih orang Malaysia. Apa punya gila orang Indonesia macam nie.
Mereka mendakwa lagu Terang Bulan (lagu rasmi negeri Perak) diberikan kepada Malaysia yang tidak ada lagu kebangsaan selepas merdeka. Tapi mereka (orang gila Indonesia) tidak kat apula lagu asal adalah ciptaan penggubah dari Perancis kemudian menjadi lagu rasmi Negeri Perak. Pada waktu tiu juga, sudah lama ia dikenali dengan nama Terang Bulan, dan dinyanyikan di seluruh Nusantara. Bahkan lama sebelum republik Indonesia wujud.
Mereka tidak malu mengaku Terang Bulan adalah lagu ciptaan Indonesia. Yang mereka tahu adalah menunjukkan kerendahan Malaysia dari pelbagai sudut padahal Malaysia sudah jauh meninggalkan Indonesia dari pelbagai aspek.
Baru-baru ini mereka mendakwa batik adalah hak Indonesia. Yang jelas, Batik Malaysia dan batik Indonesia ada perbezaan. Oramg Malaysia tidak perlu mendakwa itu dan ini kerana mereka realistik bahawa kalau tidak ada kuasa ekonomi , ada batik, tarian Pendet, dan lagu Terang Bulan, rakyat menderita juga.
Orang Malaysia sudah terdidik supaya tidak patriotik melulu. Biarlah sikit-sikit orang di Indonesia buat demonstrasi dan mengangkat buluh runcing. Orang disini tahu itu adalah pekerjaan orang disana.
Ismael amat berbangga dengan sikap orang Malaysia. langsung tidak emosional dan tidak melayan kerenah sesetengah pihak yang mendakwa memberi lagu kebangsaan kepada Malaysia. Mereka tahu itu bukan lagu Indonesia.
Lagi satu, biarpun ada rakyat Malaysia yang hendak dipenggal di Indonesia, orang Malaysia tetap menonton drama-drama Indonesia. Kami tidak menganggap itu daripada musuh. Padahal, terdapat sebahagian besar drama-drama yang disiarkan bertaraf SAMPAH DALAM LONGKANG.
Ada rakyat Malaysia mengancam pendatang Indonesia yang masuk ke Malaysia (haram @ sah) kita dengar?
yang selalu kita dengar, golongan inilah yang selalu membuat masalah.
p/s: selamat hari jadi kat John Situ Sana Sini, Kak Liza, Azzam, Celestine dan Farhan Darin...
Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.
Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..
Ello.... Ha ha ha. BNM a.k.a Bank Negara Malaysia officially launched and delivered the new RM50 note to the public started yesterday. The main objectives are to prevent fake Rm50 note issues that always happened.
So, this the new note look a like
KOSMO said:
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mulai semalam mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan. BNM dalam kenyataannya semalam menjelaskan, ia akan menggantikan wang kertas RM50 sedia ada secara berperingkat-peringkat.
BNM setakat ini belum menetapkan tempoh wang kertas RM50 sedia ada dihentikan pengeluarannya, namun ia tetap sah diperlakukan bersama-sama dengan wang kertas baru ini.
Menurutnya, wang kertas baru RM50 itu sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 bersempena dengan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia.
Namun siri baru ini tidak lagi mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon
bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci
itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti
kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci
pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau
mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06#
dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system
dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon
bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.
P/S: sape yang pernah cube pasal kereta terkunci tu, komen sket ek, kalo jadi ye
Kelmarin i had my lunch with my friend at Kota Samarahan Bombay Masala. So, lepas makan, kita orang nk balik la. Then, we walk toward our car. ( not mine). And ternampak ada kertas mcm business card terselit at depan cermin di bawah wiper dan dekat tempat pembukak pintu. I take it. and kita org masuk ke dalam kereta.
My friend look at the card.. And tibe-tibe she laughing,.. What she laughing at?? Korang nak tahu ape yang die gelakkan?? Korang bace next perenggan:
"sekarang ada sebuah syarikat yang boleh tolong kamu selesaikan masalah. Kita boleh ikut kamu punya minat, menjadi terpenting syarikat pinjaman. kita akan guna tercepat, bagus cara dengan faedah yang rendah tolong kamu"
Huh... rosak2 bahasa.. main sedap mulut je doerang nie. Dah la bahasa tunggang langgang... Mane subjek, mane predikat, semua berterabur... TT pon bukan la terrer sangat.. tp x de la teruk tahap cipan TT punya BM..
Peraturan G: Ditujukan khas kepada mereka yang menggunakan internet untuk urusan peribadi ketika waktu bekerja. *********************************************************************************************** MEMO KEPADA SEMUA STAFF Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
a. PENGANGKUTAN. Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN. Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH: 1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil. 3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT: Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS: Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.
f. PEMBEDAHAN: Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka. Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan,kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain. Sekian, terima kasih.
Hurm.. Macam-macam ade... =)
Lawak di-sedoot dari SufianPc. Tq Sufian. Tq kepada MK sbb sudi comment pasal blog nie. =)
Berita terbaru untuk semua pengguna internet. Microsoft mengesahkan sedang menguji enjin pencarian internet (internet search engine) yang terbarunya, Kumo yang diharap dapat mengatasi pasaran yang kini dikuasai oleh Google manakala syarikat berkenaan jatuh ditempat ke-3 selepas Yahoo!.
Kumo.com, enjin pencarian internet yang masih diuji oleh pihak Microsoft secara tertutup dilaporkan menggunakan akses teknologi sematik yang berkemampuan memahami ayat yang mahu disampaikan serta hubungan antara perkataan.
Setakat ini, semua enjin pencarian internet termasuk yang digunakan Google hanya bergantung kepada sistem padanan perkataan yang dimasukan oleh pengguna pada ruangan carian sebelum dipadankan ke laman web dan data ditemui sedia ada dalam internet.
Sebelum ini, pe;bagai spekulasi timbul apabila ad aura-ura yang mengatakan Microsoft akan menggantikan Live Search dengan Kumo. Menurut Microsoft lagi, mereka masih belum memutuskan sama ada akan mengekalkan kod nama Kumo bagi menggantikan Live Search atau pun sebaliknya ketika penampilan sulung kepada pengguna.
Tahun lalau, akhbar melaporkan Microsoft menawarkan AS$47.5 bilion untuk membeli Yahoo! Sebagai usaha untuk menggabungkan sumber atas taliannya sebagai mewujudkan persaingan yang lebih baik terhadap Google yang ketika itu mempunyai 60% pada penguasaan pasaran pencarian atas talian di Amerika Syarikat.
Berdasarkan penilaian terkini firma yang menjejak industri berkenaan, nilai terkini saham Yahoo! Meliputi 21 peratus diikuti Microsoft sebanyak 8.5 peratus.
MAlam tadi aku x boleh tido... Jam dah pukul 3.30 pagi. Nak men game ngan housemate, asyik MISSMATCH jer ... hampeh tol la..
Tetibe aku tertengok hp nokia 3310 aku kt atas meja.. Mmg dah lama aku x hidupkan hp tu. Bukan ape, skrin dia rabun.. kejap ada, kejap x ada. Dari rulu mmg ada ura2 nak repair skrin hp tu.. tp semua makan duit beb...
X pe.. aku ters teringat kt hp 3310 yang lama. Aku pon bukan pandai sangat pasal nk repair hp nie. Srew driver untk bukak hp nie bukan mcm bese.. die spesel sket.. walaupun aku x ada screw driver mcm tu, aku pakai gunting... wa ka ka...
aku mulakan 'operation' hp lebih kurang jam 4.00 pagi. Pembedahan tu tamat pada kira2 jam 5 pagi. Sejam je. Tp mmg riso.. ye la.. komponen tu kan sesitif.. mane la tahu.. kot2 ada yang terusik ke, tergoyang ke dan bermacam-macam ter lagi... (Operation ni bertujuan untuk swap lcd yang rosak ngan lcd terpakai dari model hp yang sama)
(mende ni la yg aku swap tu)
Hasilnya, hp aku dah mcm baru ( walaupun semua barang lama) ha ha ha.. skrin dah ok.. dah terang.. wa ka ka. Walau pun ia sekadar hp 3310, tp aku beli hp tu dengan gaji pertama aku kerja. Dapat dalam Rm 200++ la x samapi 2 minggu kerja.. wah.. Mmg hebat.. aku pon terkejut dapat gaji mcm tu.. MAse tu nerd lagi sbb baru merasa pegang duit sendiri la katakan..
Ok la.. setakat itu dulu ek.. Aku nk sambung buat kerja..
NNt jumpa lagi ek.. Urm... Tolong klik iklan nuffnang kt atas ngan tepi kanan tu sekali ek.. MMg bagus la dapat kawan mcm korang..
Negara ke-2paling berdaya saing harga didunia dalam industri perjalanan dan pelancongan, daripada 124 buah negara yang dikaji.
Tempat ke-6 bagi iltizam kerajaan dalam penyertaan di pameran T&T di peringkat antarabangsa.
Negara ke-24 paling selamat untuk dikunjungi
Tempat ke-10 dari segi kualiti pendidikan (dari 100 buah negara)
Menduduki tangga ke-19 dalam Laporan Tahunan Persaingan dunia oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) berbanding tangga ke-23 pada tahun sebelumnya.
Itu baru fakta kejayaan Malaysia, Now, wee look for 5 Fakta Kehancuran Malaysia
1.12 jutapenagih berdaftar dan tidak berdaftar di negara ini.
8% daripada 4.6 juta perokok di negara ini adalah terdiri dari golongan remaja, manakala 14% remaja di dunia adalah perokok
Terdapat lebih 257 000 sijil kelahiran anak luar nikah didaftarkan tanpa nama bapa, sejak tahun 2000 hingga bulan Julai 2008
80 938 orang yang dijangkiti HIV sehingga penghujung 2007, sementara unutk tempoh enam bulan pertama tahun 2008, terdapat 1766 kesbaru, menjadikan bilangan mereka yang hidup dengan HIV dinegara ini melonjak kepada 82 704 orang.
588 kes bunuh bagi tahun 2007 manakala bagi tahun 2008 sehingga bulan Jun sahaja sudah mencecah 319 kes.
Sejauh mana pencapaian kita??? Sudah merdekakah kita??
The English suffixes -phobia, -phobic, -phobe (of Greek origin: φόβος/φοβία ) occur in technical usage in psychiatry to construct words that describe irrational, disabling fear as a mental disorder (e.g., agoraphobia), inchemistry to describe chemical aversions (e.g., hydrophobic), in biology to describe organisms that dislike certain conditions (e.g., acidophobia), andin medicine to describe hypersensitivity to a stimulus, usually sensory (e.g., photophobia).
In common usage they also form words that describe dislike or hatred of a particular thing or subject
Here, some of your Zoophobias ( a generic term for animal phobias)
Ailurophobia—fear/dislike of cats
Apiphobia, Melissophobia— fear/dislike of bees
Arachnophobia— fear/dislike of spiders
Chiroptophobia — fear/dislike of bats
Cynophobia — fear/dislike of dogs
Entomophobia — fear/dislike of insects
Equinophobia, Hippophobia — fear/dislike of horses