Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu
Showing posts with label Tanpa.... Show all posts
Showing posts with label Tanpa.... Show all posts

Aku memang tak pernah faham akan perasaan ini

3
Salam.

Tajuk yang agak panjang disitu. Kenapa tajuknya panjang? Sebab memang tajuknya panjang macam tuh. So, biarlah la dia panjang. Aku memang tak pernah faham akan perasaan ini. Perasaan yang bercampur baur. 


Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, then nak pulak bercinta.. Ini semua pasal perasaan. Satu rasa yang mampu mengubah segala-galanya di dalam dunia.

Berkawan atau bercinta dengan kawan sendiri... Bunyinya seakan ironi, tapi kepada yang menghadapinya, tahu bagaimana menanggung perasaan. Perasaan sayang sebagai kawan dan pada masa yang sama sayang sebagai seorang kekasih.. Mungkin terlalu awal untuk 'declare', tapi sekurang2nya perasaan ambil berat tu masih ada dalam hati.

Atau kita sedar yang kita memang langsung tiada peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa disamping si dia. Tapi asalkan dapat melihat raut wajahnya, itu sudah dikira mencukupi.

Tapi aku masih tak lagi faham kan perasaan ini.
Dan satu yang aku tahu dan pasti:
AKU memang sayang kamu sampai bila-bila. Mungkin kamu tidak sedar akan perkara itu. Mungkin untuk memiliki kamu adalah mustahil, tapi sekurang-kurangnya, izinkan lah aku menjadi temanmu di alam mimpi. Itu sudah cukup bagi aku.

Aku Sayang Kamu.
Dan aku sedar akan hakikat itu
Kerna aku tidak mungkin akan memiliki kamu.

SalamRitmaAlam
~ismaelzaharee~

Kembali Menulis

1
Aku kembali menulis. Hurm... Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tak update blog. Bukan sebab aku malas (ada la sikit-sikit), tapi entah la... Mungkin belum sampai masa kot untuk blog ini di kemas kini. Argh... dah sekian lama tak menulis, terasa kekok pulak.. Hurm... Tak apa, aku cuba sehabis baik untuk mengarang.

Status terkini aku, masih bujang.. Hahaha.. Alhamdulillah aku dh bekerja.. dh dekat nak masuk 3 bulan. Baru je lagi.. Kerja kt syarikat mana? Kate Dato CT, biarlah rahsia.. hahaha. Tapi boleh la dan lepas la buat menampung kos kehidupan kt bandar nie... Semuanya duit ok.. Pening aku...

Bila dh mula menaip, mesti aku ada cerita nk share dgn korang. So, kite pakai sistem nombor yek.. Tapi nombor tak mewakili kepentingan sesuatu isu tersebut.

1. Nokia N8



N8 nie officially launched kt Malaysia baru-baru nie je. Aku teruja sangat pasal hp nie. Antara function yg mampu membuatka kita berfikir sama ada eperlu atau tidak untuk membelinya adalah kamera 12MP, USBtogo, dan paling penting, harganya yang sangat-sangat berpatutan. RM 1690 untuk N8 yang dikuasakan oleh Symbian^3. Ya, Symbian^3. Dan skrim AMOLED yang disediakan oleh Samsung. Kalo korang nk tahu info lebih lanjut pasal hp nie, korang boleh refer kt sini. Jangan risau, ianya didalam bahasa melayu ye..

2. Kerja




Alhamdulillah, aku sekarang dh ada kerja tetap.Baru je lagi dan gaji yang aku kira setimpal dengan kelayakan dan kerja aku. Kalo ikutkan nafsu, duit tu banyak mane pon memang x cukup . Kalo gunung yang tinggi tu pon boleh rata kena kikis, ni apakan pulak duit... Sebab duit orang sanggup membunuh!!!. Ok, off topic pasal duit tu. Keje kena betol-betol. Nk buat sara siri sendiri, mak, adik-adik aku. Ye, itu memang tanggungjawab aku. Tapi itu lah cabaran hidup yang aku harap akan mematangkan diri aku.

3. Kereta.


 
         (nie bukan kete aku doe )

Buat masa sekarang, belom lagi untuk memiliki sebuah kereta. Sebab, aku dh ada seekor Kancil yang banyak berjasa. Dan faktor yang paling kuat untuk aku tidak memiliki kereta baharu buat masa terdekat adalah, Kancil tu bulan 4 tahun depan, akan habis bayar. Alhamdulillah...Kancil itu telah banyak berjasa kepada aku dan keluarga... ( Inspira nie korang dh boleh book kt showroom proton, deposit rm1000 jek)

4. Al-fatihah
Kawan sekelas aku time skola dulu meninggal time bulan puase dulu. Dia meninggal sebab eksiden. Situasi dia mcm nie. Tayar kete tu pancit, then kete tu langgar dia. Koma dua hari.. 26 Ogos 2010, dia pergi menghadap Illahi buat selam-lamanya. Last time aku jumpa dia bulan April hari tu. Tambah sediah lagi, last week, Uni dia konvo, UPM. Parents dia yang datang amek degree scroll dia.

"Cite ni bagi aku sangat sedih.. Macam nie, arwah ada merancang aktiviti berbuka bersama kawan-kawan dia. dan majlis tu dijadualkan akan berlangsung pada hari khamis (26 ogos tu). Mmg hasrat dia nk kumpulkan kami beramai-ramai mase berbuka tuh. Dia eksiden pada hari Rabu (25 ogos).. So, dia meninggal pad hari Khamis tu (26 ogos).. Hasrat dia tercapai jgk sebab nk kumpulkan kawan-kawan dia berbuka bersama-sama. Memang aku berbuka bersama-sama kawan aku yang lain, tapi, tanpa arwah.. Korang cuba bayangkan keadaan tu.. Hiba sangat-sangat... Arwah yang beriya-iya merancang, tp dia dh tak ada time tu.. Kami semua berbuka kt hosptital Kuala Lumpur (HKL) je.. Setiap yang hidup, akan mati. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Innalillah "

Tu la serba sedikit apa yg berlaku sepanjang 2 bulan nie.. hurm.. Yang positif jadikan teladan, yang negatif, jadikan sempadan..


salam ritma alam
~ismael zaharee~

Aku Perlu Membuat Keputusan

0
Ewah.... tajuk mcm gempak je kan, bukan ada ape2 pun.. cuma aku ni masih belum membuat keputusan. Keputusan bile nak balik ke kampung halaman. Yes... Perak Land of Grace. 
Final exam habis 27 April 2009. Tapi tiket masih belum beli lagi.Kalo beli lambat, takut x ada plak seat nnt. Hurm,, Tapi yang manjadi masalahnya sekarang, aku x sampai hati nak balik kg sebelum 'dia'balk kampung. Siapakah 'dia' itu?? Biarlah menjadi rahsia aku. 
Aku mengaku aku mmg sayang 'dia'. Bukan kekasih, bukan kawan.. tapi lebih dari tu. "dia' begitu istimewa. Gelak tawa, gelagatnya sering mencuit hati aku... Tak sah kalo dalam sehari aku tidak melihat kelatah lucunya..
Hurm... tgk la macm mane nnt. Mlm nie nk tepom mak. tny pendapat die mcm mane. Kita dgr pendangan orang lama2 ek..

ok la sampai sini je.. Len kali jumpa lagi..

Pembedahan 3310

0


MAlam tadi aku x boleh tido... Jam dah pukul 3.30 pagi. Nak men game ngan housemate, asyik MISSMATCH jer ... hampeh tol la..





Tetibe aku tertengok hp nokia 3310 aku kt atas meja.. Mmg dah lama aku x hidupkan hp tu. Bukan ape, skrin dia rabun.. kejap ada, kejap x ada. Dari rulu mmg ada ura2 nak repair skrin hp tu.. tp semua makan duit beb...



X pe.. aku ters teringat kt hp 3310 yang lama. Aku pon bukan pandai sangat pasal nk repair hp nie. Srew driver untk bukak hp nie bukan mcm bese.. die spesel sket.. walaupun aku x ada screw driver mcm tu, aku pakai gunting... wa ka ka...



aku mulakan 'operation' hp lebih kurang jam 4.00 pagi. Pembedahan tu tamat pada kira2 jam 5 pagi. Sejam je. Tp mmg riso.. ye la.. komponen tu kan sesitif.. mane la tahu.. kot2 ada yang terusik ke, tergoyang ke dan bermacam-macam ter lagi...
(Operation ni bertujuan untuk swap lcd yang rosak ngan lcd terpakai dari model hp yang sama)





(mende ni la yg aku swap tu)

Hasilnya, hp aku dah mcm baru ( walaupun semua barang lama) ha ha ha.. skrin dah ok.. dah terang.. wa ka ka. Walau pun ia sekadar hp 3310, tp aku beli hp tu dengan gaji pertama aku kerja. Dapat dalam Rm 200++ la x samapi 2 minggu kerja.. wah.. Mmg hebat.. aku pon terkejut dapat gaji mcm tu.. MAse tu nerd lagi sbb baru merasa pegang duit sendiri la katakan..

Ok la.. setakat itu dulu ek.. Aku nk sambung buat kerja..

NNt jumpa lagi ek.. Urm... Tolong klik iklan nuffnang kt atas ngan tepi kanan tu sekali ek.. MMg bagus la dapat kawan mcm korang..

Da da

Belasungkawa

0





Tiada apa yang mampu Ismael coretkan.


Belasungkawa

Pemergian Seorang yang Bergelar SAHABAT

2
"Teet.. Teet"

Telefon bimbit Ismael memberi isyarat ada pesanan ringkas masuk. Lalu aku buka dan membacanya..

"Assalamualaikum.. Aku nk bgtahu kt korang bahawa sahabat kita, Muhammad telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat komplikasi jantung. harap dapat sedekahkan al-Fatihah."

Ya Allah, adakah ini benar?. Jantung aku bagai diragut. Baru beberapa hari lepas kami ada berbual mengenai masa depan. Dan dalam perbualan itu, Muhammad sempat bertanya kepada Ismael beberapa pertanyaan yang agak luar biasa.

"Kalau ada apa-apa terjadi pada saya macam mana? Misalnya saya tak datang sini balik. Saya balik terus" ujar Muhammad

Ish.... jangan la macam tu.. Ape la awak nie.. Saya doakan semua yang terbaik. Awak jangan risau. insyaAllah tak ada apa-apa yang akan berlaku" balas aku.

Perbualan kami terhenti setakat itu. Lalu menjamah makan malam yang sedia terhidang.

Itulah makan malam terakhir antara aku dan Muhammad. Aku memang tidak menyangka pertanyaan Muhammad ada maknanya. Rupa-rupanya, dia tahu dia akan pergi meningglkan aku untuk selama-lamanya.

Aku tahu dan sedar ajal, maut, rezeki, semua di tangan tuhan. Mati itu pasti. Tidak akan lewat atau cepat walau sedetik pun. Cuma, aku terkilan kerana tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana aku masih berada di universiti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perkenalan kami terjadi kira-kira 4 tahun yang lalu. Tinggal di kawasan perumahan yang sama menambahkan keakraban kami sebagai kawan. Aku tidak pernah menyesali perkenalan kami, bahkan seronok. Manakan tidak, hampir setiap masa, kami lunagkan bersama. Makan, shopping, malahan menonton wayang pun pasti berdua. Aku tidak peduli pamdangan masyarakat terhadap keakraban kami.

Telinga ini sudah lali dengan ejekan orang sekitar. Kami tahu apa yang kami buat, malahan keluarga aku dan Muhammad juga saling mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami lebih dari seorang kawan seperti abang dan adik. Tambahan pula, aku tidak mempunyai abang dan Muhammad lebih tua dari aku.

Sepanjang persahabatan ini terjalin, terlalu banyak peristiwa yang kami kongsi bersama. Saaat suka duka, susah senang, dan banyak lagi. Aku tahu Muhammad terlalu mengambil berat mengenai diri ini.

Aku rasa cukuplah setakat ini bingkisan dari aku. Terlalu pahit untuk diluahkan. Dan aku berharap roh arwah tenang di sana. Aku tidak mampu lagi membendung air mata ini dari jatuh mengalir. Aku relakan pemergianmu.


Nukilan
IsmaelZaharee


Tip Penjagaan Kereta

2



Kepada sesiapa yang ada kereta, ini ada sedikit info pasal tips penjagaan kereta.

  • Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
  • Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan sebarang bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian itu.
  • Setiap minggu, luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan seperti sistem brek dengan menguji pelapik brek supaya ia tidak haus.
  • Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek, dan pencuci cermin.
  • Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak makan usia.
  • Setiap bulan, periksa tekanan udara pada tayar anda termasuk tayar simpanan (tyre spare). Ini bagi memastikan pemanduan lebih stabil.

Sepi Sekeping Hati

0
Melihat persekitaran sekeliling, mambuat aku terpikir.. Aduh... betapa menmcabarnya dunia ini.. Kehidupan yang serba pantas, cuaca yang semakin tidak menentu.. ye... ini memang aku akui...semenjak dua nie, cuaca mmg x tidak menetu.. ku sangka panas sampai ke petang, rupnya hujan di tengah hari. Mungkin ini bala yang diturunkan oleh Allah kepada umatNya.. Tapi aku percaya semua itu ada hikmahnya.

Terlalu pantas masa berlalu. Sedar x sedar, dah masuk bulan Februari. Tempoh pengajian masih berbaki 2 bulan lebih. Urmm... 2 bulan lebih tu, bukan lama... pejam celik pejam celik... dah samapi bulan 5... banyak lagi benda yang belum aku selesaikan.

Banyak benda yang terjadi sepanjang dua minggu kebelakangan nie. MMg dasyat bile mak member aku yang sorang tu tahu identiti seksualiti anak dia yang sebenarnya... Dia sekadar hendak menjadi diri dia sendiri. Tapi.... Hidup ini x semudah yang dirancang. Tak apa... Aku harap parents dia akan paham dan mengerti.. Thats life..

Alam pekerjaan bakal menjengah (tibe).. bersediakah aku??? korang semua yang bakal grad tahun nie... dalam dunia yang serba mencabar, pergolakan, keadaan ekonomi yang malap, hurrmm.... aku harap ada sinar yang bakal menanti di hujung kegelapan lorong ..

Rasa sepi??? Memang.. perasaan yang kerap bertandang ke dalam lubuk hati nie.. Sepi tanpa seorang teman di sisi. Sepi tanpa ada seseorang untk menceriakan kita, sepi..
Aku terpikir adakah aku bersedia untuk mengharungi hari-hari yang bakal mendatang.. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus aku tempuhi..

Salahkah aku bila mana aku cuba untuk menjadi diri aku sendiri??? Apa salah aku??? Makhluk yang bernama manusia ini begitu sinis dalam melihat siapa aku yang sebenarnya. Aku x mintak sanjungan, pujian yang tinggi melangit, tapi cukup sekadar persaan yang tahu menghargai diri aku. Aku tahu diri ini tak sempurna.. Aku punya harga diri dan perasaan. Perasaan yang sukar untk dimengerti. Tapi, hidup berkelana di tempat orang nie.. x sama denagn tempat sendiri. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Mungkin apa yang harus aku buat, pedulikan ape orang hendak kata... Aku cuba untuk menjadi diri aku yang sebenar.. Aku tahu, orang seperti aku nie. tak semua orang boleh terima... tak semua orang suka... Aku teringat satu baris dialog drama yang aku tengok.. lebih kurang mcm nie la bunyinya.. " kite tahu awak... orang macam kita nie, ke langit tidak, ke bumi pun tidak".. aku harap sape yang bace nie paham dengan apa yang aku maksudkan..

Ok la... cukup aku rasa aku luahkan apa yang terbuku di hati nie...

Ingat pesanan nie... kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari.. JAdi sentiasa bersedia untk menghadapinya. Kehidupan bukan mudah

Tanpa....

0
Currently Listening Tanpa by 6th Sense

Resah yang ku gubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati

Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tak temu
Aku tak mengerti

Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menuggu mati