Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu
Showing posts with label Relaxx.. =). Show all posts
Showing posts with label Relaxx.. =). Show all posts

Selamat Ulang Tahun Sayang

2

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang slalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya ingin kan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
 
 **********************************************************************************

Aku mulakan entry hari ini dengan kek dan bait lagu Selamat Ulang Tahun.. Sayang.. Kenapa aku memilih untuk menggunakan item ini sebagai opening? Sebab hari nie hari jadi seseorang. Siapa seseorang itu? Biarlah menjadi rahsia aku. Dan kepada yang tahu, aku mmg sayang korang sangat2. 

Sepanjang 24 tahun aku hidup, ya 24 tahun.  Merupakan satu tempoh masa yang lama. Mmg lama. Aku masih ingat lagi akan zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan. Melangkah ke alam remaja, dan seterusnya dewasa merupakan sesuatu yang peling mencabar, penuh dengan dugaan. Malah kadang kala aku hampir tewas dengan dugaan yang Engkau berikan kepada aku. Sebagai hamba-Mu, aku redha dan tabah.

Jodoh, ajal, maut mmg Engkau yang menentukan. Tanggal 26 Jun 2002, insan yang paling aku sanjungi dan sayangi, abah telah kembali ke rahmatullah di kala usia aku baru mencecah 17 tahun. Sedih memang sedih. Kehilangan tempat bergantung hidup. Tapi melihatkan keadaam emak aku yang begitu tabah, aku nekad untuk memupuk semangat cekal dalam diri ini. Yang pergi, tetap pergi. Kehidupan mesti diteruskan.

Memasuki institut pengajian tinggi awam a.k.a universiti menambahkan lagi pengalaman hidup aku. ye la, First time berjauhan dengan family. Bukan calang-calang jauh, tp mmg jauh sekali. Perak vs Sarawak. Hurm.. Tp best jgk sbb dapat merasa naik belon (panggilan kapal terbang bg sarawakian). Pejam celik pejam celik, dah hampir 4 tahun aku berada di tanah yang pernah dijajah oleh dinasti Brooke. Dari zero to fluent speking local Sarawakian Dialek, hurm.... life's very interesting.

ok la. TT kena stop smpai sini je ek. Sekali lagi TT nak ucapkan selamat ulangtahun ke-24 kepada empuan punya diri dan blog nieh.

Selamat Hari Jadi Muhd Fadzil Noor Yahya.
Selamat Ulang Tahun Sayang.

Da da

Segi Tiga Bermuda (Bermuda Triangle)

2



JURUTERBANG sebuah pesawat kecil yang dalam perjalanan dari Florida ke Kepulauan Bahamas baru saja melaporkan ke Pusat Kawalan Trafik Udara bahawa pesawatnya akan mendaki ke paras 10,000 kaki. Pagi itu cuaca sangat baik, dan lautan yang terbentang luas kelihatan tenang. Si juruterbang dapat melihat kapal-kapal, kecil dan besar, di bawah sana. Melihatkan suasana yang cukup baik, dia begitu yakin dapat melakukan penerbangan dengan lancar, dan membawa penumpang yang bakal diambilnya di Bahamas kelak untuk kembali ke Florida
Tiba-tiba dia terganggu, atau begitulah keadaan yang dianggap oleh pegawai trafik udara yang mengawasi penerbangan pesawat kecil itu. Suara si juruterbang seolah-olah dalam kebingungan. Butiran percakapannya agak sukar difahami, tetapi dapat juga pegawai itu menangkap beberapa perkara seperti tidak pasti arah penerbangan kabus datang entah dari mana dan kawalan pesawat kucar-kacir. Selang beberapa ketika, suara juruterbang itu terus sunyi dalam talian. Tompokan pada skrin kawalan trafik yang menandakan kedudukan pesawat kecil itu tiba-tiba hilang.

Laporan mengenai kehilangan sebuah kapal terbang dan juruterbang, dengan kemungkinan berlakunya kemalangan kapal terbang terhempas, telah difailkan, dan operasi mencari telah dilancarkan. Pencarian telah melibatkan satu kawasan yang luas, tetapi tiada sebarang kesan kapal terbang kecil dan juruterbangnya, jika dia terselamat dari kejadian terhempas. Kapal-kapal yang lalu di situ telah dihubungi, begitu juga banyak pesawat lain yang turut terbang hampir dengan kawasan itu pada pagi tersebut, tetapi tiada sesiapa pun yang perasan akan kapal terbang kecil itu atau apa-apa perkara ganjil.Ini adalah situasi yang seringkali digambarkan mengenai kes-kes kehilangan di satu kawasan laut khusus di Lautan Atlantik, berdekatan rantau Karibean, yang pada hari ini dikenali sebagai Segitiga Bermuda.

Dalam rekod, berpuluh-puluh kapal terbang dan kapal laut telah hilang tanpa dapat dikesan lagi dalam kawasan ini. Apakah sebenarnya yang telah terjadi kepada kapal-kapal terbang dan kapal-kapal laut itu, serta mereka yang berada di dalamnya? Ini adalah soalan yang masih belum terjawab sepenuhnya

Apakah itu Segitiga Bermuda, dan di manakah lokasinya? Segitiga Bermuda bukanlah satu segitiga fizikal, sebaliknya cuma satu penyempadanan yang membataskan kawasan di mana sering berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut secara bermisteri. Segitiga ini disempadani tiga garis lurus yang menghubungkan Pulau Bermuda ke Miami di Florida, Amerika Syarikat, ke Puerto Rico, kemudian kembali ke Bermuda, seperti dalam peta di sebelah
Di dalam kawasan berbentuk segitiga inilah berlakunya kehilangan kapal terbang dan kapal laut tanpa sebarang sebab yang munasabah, dan tanpa dapat dikesan lagi selepas itu, biarpun bangkai pesawat atau kapal, mahupun mayat mereka yang berada di dalamnya - jika hendak dikatakan bahawa pesawat dan kapal itu telah menghadapi kemalangan.

Sebenarnya jumlah bencana pesawat udara dan kapal laut di dalam lingkungan segitiga ini mungkin tidak jauh berbeza dengan kawasan lain di seluruh dunia, tetapi apa yang ganjil adalah bagaimana kes-kes di Segitiga Bermuda berlaku dengan sebegitu bermisteri. Kehilangan sepenuhnya bagi majoriti kes, seolah-olah pesawat udara dan kapal laut itu telah dibawa keluar dari dunia ini bersama-sama anak kapal sekaligus.

Antara kes yang sering disebut berkaitan misteri Segitiga Bermuda adalah kehilangan skuadron pesawat pengebom Amerika Syarikat, dipanggil Flight 19 pada tahun 1945. Skuadron itu telah melakukan penerbangan di kawasan Segitiga Bermuda. Seluruh skuadron tersebut telah lenyap dari imbasan radar, tanpa melaporkan sebarang perkara ganjil kecuali masalah menentukan hala penerbangan, yang mungkin menandakan kerosakan kompas. Sebuah pesawat yang dikerahkan untuk mencari skuadron itu turut hilang, tetapi ia kemudiannya telah ditemui terhempas di laut.Sebuah kapal pengangkut arang batu sepanjang 522 kaki, USS Cyclops, lesap bersama 309 anak kapal pada tahun 1952. Sebuah kapal lain, Sylvia L. Ossa, sepanjang 590 kaki hilang berdekatan Bermuda pada tahun 1976, bersama 37 orang anak kapal.

Berbagai teori telah diutarakan banyak pihak mengenai punca kes-kes kehilangan misteri ini. Ada yang mengatakan kawasan Segitiga Bermuda itu adalah lingkungan kuasa sihir, dan pusat kegiatan syaitan. Sememangnya tidak jauh dari Segitiga Bermuda, iaitu di pulau Haiti, amalan voodoo yang melibatkan ilmu sihir dan pemahaman berkaitan kuasa baik dan kuasa jahat adalah sangat kuat (perhatikan The Tome edisi 5, berkenaan zombie yang ada kaitan dengan amalan voodoo). Ada juga yang mengaitkan Segitiga Bermuda dengan misteri Atlantis, kota purba yang tenggelam ke dasar laut (lihat The Tome edisi 7). Akan tetapi teori-teori sebegini lebih bersifat spekulatif, dan tidak memiliki dasar saintifik atau logik yang kukuh
Sebaliknya kita akan sentuh di sini berkenaan teori yang lebih saintifik. Banyak laporan menyatakan bahawa kehilangan sering didahului masalah kompas yang gagal menunjukkan arah dengan tepat. Ini mungkin memberi petunjuk kepada kita bahawa terdapat medan magnet, atau medan elektromagnet, yang luar biasa di lingkungan segitiga tersebut. Planet bumi memiliki medan magnet yang mengalir dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, dan medan ini seragam di seluruh planet. Kompas yang berfungsi dengan baik akan mengikut arah aliran ini, jarumnya beralih supaya selari dengan arah aliran, justeru setiap hujungnya menghala ke setiap kutub
Tetapi terdapat situasi tertentu di mana fungsi kompas akan terganggu. Jika terdapat sumber medan magnet yang berasingan, ia akan memaksa kompas patuh kepada aliran medan baru itu. Jika anda meletakkan satu magnet berdekatan sebuah kompas, anda akan perhatikan bahawa jarum kompas akan tertarik kepada magnet itu, dan mengabaikan tarikan medan magnet bumi.

Apakah yang menyebabkan jarum kompas dalam pesawat dan kapal yang hilang itu berputar-putar tanpa dapat memberi penunjuk arah yang tetap? Mungkin terdapat medan elektromagnet yang berubah-ubah dalam kawasan Segitiga Bermuda. Maka apakah pula yang menyebabkan medan tersebut berada di dalam segitiga itu
Medan elektromagnetik boleh mempengaruhi banyak perkara, antaranya keadaan sesuatu bahan. Eksperimen ke atas model skala Piramid Agung di Giza, Mesir (lihat The Tome edisi 1) menunjukkan bahawa suatu medan elektromagnet yang luar biasa terkandung di dalam piramid dan tertumpu pada satu kedudukan tertentu. Sesetengah pihak mengatakan medan elektromagnet inilah yang memelihara mumia sebegitu baik selama ribuan tahun, dan mencetuskan pengalaman aneh di kalangan orang yang masuk ke dalam piramid. Terdapat juga kajian yang menunjukkan medan elektromagnet boleh membuatkan sesetengah objek terawang-awang di udara dan berubah sifat.

Medan elektromagnet turut memberi kesan terhadap saraf dan persepsi deria manusia. Kajian ada menunjukkan bahawa kita boleh menjadi gelisah dan tidak tenang jika didedahkan kepada medan elektromagnet yang kuat, dan kita sedia maklum apa yang boleh berlaku jika kita berasa gelisah dan kacau-bilau semasa melakukan sesuatu yang memerlukan tumpuan. Jika medan ini wujud di Segitiga Bermuda pada magnitud yang luar biasa, ada kemungkinan mereka yang lalu di dalam kawasan tersebut akan nampak atau dengar sesuatu yang aneh, biarpun ia sebenarnya tidak wujud di situ. Ini seterusnya akan mengugat orientasi, dan dengan mudah pengendalian pesawat atau kapal akan terjejas.

Perubahan cuaca secara mendadak, dari segi angin, arus laut, tekanan udara dan sebagainya juga boleh menjadi sebab berlakunya sesuatu yang buruk ke atas kapal terbang dan kapal laut. Dalam rekod, terdapat beberapa kejadian yang serius dalam cuaca yang boleh dikatakan baik menimpa beberapa penerbangan komersial, seperti pada 28 Ogos 1991 dan 17 Januari 1996, kedua-duanya melibatkan pesawat Airbus yang digunakan American Airlines. Dalam kedua-dua kejadian, ramai penumpang tercedera akibat pesawat yang ditimpa gelombang udara (air turbulence), kemudian menjunam apabila memasuki poket udara.

Poket udara adalah kawasan di mana udaranya bergerak ke bawah atau bertekanan rendah, mengakibatkan kapal terbang yang melaluinya menjunam ke bawah secara tiba-tiba. Juruterbang yang terlatih akan dapat mengawal pesawat dengan baik dalam situasi sebegini, tetapi para penumpang selalunya akan menghadapi keadaan tidak selesa, terkejut atau tercedera akibat lambungan kuat
Namun ia masih tidak cukup untuk menjelaskan kenapa sebegitu pesawat, kapal dan mereka yang mengendalikannya lenyap secara mendadak tanpa dapat dikesan lagi, tanpa dapat dipastikan sama ada berlakunya kemalangan seperti terhempas atau tenggelam. Tetapi, ya, ia adalah lautan yang luas lagi dalam, dan amat sukar untuk mencari suatu objek yang secara relatifnya sangat kecil di situ. Sebenarnya terdapat juga beberapa kes di mana kapal yang hilang telah ditemui semula, tetapi tanpa anak kapal.

Teori lain pula menyebut tentang vorteks atau gangguan dalam lipatan daya graviti, masa dan dimensi - teori yang lebih rumit dan kedengaran sangat luar biasa, biarpun vorteks sebenarnya wujud, yakni di angkasa lepas. Lubang hitam, atau black hole adalah suatu vorteks, di mana daya gravitinya cukup kuat hinggakan cahaya pun tidak dapat lepas daripada tarikannya. Apa jua yang disedut lubang hitam akan musnah dan lenyap. Jika wujud sebuah vorteks seumpama lubang hitam di Segitiga Bermuda, apa jua yang mendekatinya akan disedut dan akhirnya hilang begitu saja. Tetapi sebuah lubang hitam mahupun sebarang fenomena seumpanya tidak pernah dikesan di mana-mana sekalipun di planet Bumi kita ini, dan ia kedengaran agak mustahil untuk berlaku di sini.

Pada masa yang sama, penyiasatan telah mendapati betapa keterangan yang pada mulanya kedengaran penuh dengan kejadian aneh telah berubah-ubah, lalu akhirnya didapati bahawa kemalangan berlaku atas sebab biasa semata-mata. Mungkinkah beberapa kes yang sebelumnya dilaporkan penuh dengan misteri hanyalah akibat ditokok-tambah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam kes Flight 19 yang disampaikan di atas, pada mulanya timbul cerita bahawa juruterbang dalam skuadron itu melaporkan melihat sesuatu yang aneh, tetapi ini kemudiannya disangkal oleh laporan rasmi. Berkemungkinan besar kompas pesawat-pesawat itu telah gagal berfungsi (atas sebab apa?), dan tanpa dapat menentukan hala tuju yang tepat, kesemua pesawat itu mungkin telah kehabisan bahan api dan jatuh menjunam ke dalam laut.

Faktor manusia jika tidak boleh ditolak sepenuhnya. Pada hari ini, di lautan seluruh dunia, kegiatan pengganas dan lanun masih menjadi risiko besar, khususnya di perairan berdekatan rantau Karibean dan Amerika Latin, di mana banyak kumpulan penjenayah, antaranya penyeludup dan pengedar dadah, masih bergiat. Tidak mustahil kapal-kapal yang hilang di dalam Segitiga Bermuda sebenarnya telah diserang lanun atau penjahat, kapalnya ditinggalkan atau dibawa lari bersama untuk digunakan dalam kegiatan haram mereka.

Pada hari ini, kita mendapati bahawa banyak penerbangan dan pelayaran dilakukan merentasi kawasan segitiga ini setiap hari. Para juruterbang, syarikat penerbangan, pelayar dan syarikat perkapalan nampaknya tidak begitu endahkan Segitiga Bermuda

Desktop Picture

0
Sesiape yang bermiant untuk menukar gambar desktop masing-masing, sini TT ada sket la. Korang download. File dalam format .Zip. PAstu unzipkan.

Nie contoh dia. Tengok je dulu.



Nak download?? Tunggu ek. Nanti TT akan update entry nie. Siap dengan link sekali Klik Sini.. .

Selamat Mencuba.

P/S: kalau ada wallpaper yang cun tahap gaban, InsyaAllah TT akan uploadkan untuk kongsi dengan korang semua.

Internet Explorer 8

0



Well, sekarang Microsoft dh mula sedar akan kekurangan web browser deorang.. Dulu IE 7, sekarang dah ada IE8,. So harap-harap korang dah cube.

Btw, sy dah cube IE8, dan setakat ini, hasilnya adalah MEMUASKAN.. Loading Tak lambat mcm IE yang lama..

Ok.. So korang leh search, donload pastu try la gune.. So nnt leh share sebarang komen ek...

Sedoot IE8  nie ek kalo korang berminat.

Klik sini


Mice in my Room Argh...... =)

0




New mice in my Room???? Arghhhhhh...

It cost almost 30 bugs to "catch" it

Useful.. =)

p/s: Good luck to Shaiful for his mid term exam tmrw mornig. Chaiyok.. Ganmbatte

Yang Positive dr yang Negative

0
1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.


4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

AND FINALL Y …….. for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

Hari Minggu yang indah

0
Hari nie hari sabtu.. Alhamdulillah, cuaca baik.. Ye al.. dah brape hari asyik hujan je... Hurmm.. Aktiviti hari minggu...

1) Download lagu best2.. Timeless, single ledies by beyonce, dll..
2) Membasuh a.k.a mendobi... rutin setiap hujung minggu..
3) Jalan-jalan

Tapi kan... hujung minggu nie mesti boring... Hurm... ye la.. kolej sunyi je... local student mesti balik hometown.. Rumah dekat la katakan,, Kite nie...

Ooo... one of my friend dh move to K.L.. He's work there.. Baru jak.. He he he... tahniah bro... Best apa mun dah dapat keja.. Keja la elok-.elok, bait-bait.

PAgi tadi awal-awal pagi ramai penghuni kolej trurn.. Nk pg maen ek???? Aku pn x tahu.. Tp ada gak muke2 familiar yang aku tgk join.. X pe la.. nnt aku tny deorang.. Perut lapar nie.. Belum lunch lagi. Nak makan ape ek tgh hari nie???? urm....

Selamat Hari Raya Qurban =)

0
Di sini TT ingin mengucapkan Selamat HAri Raya Qurban @ Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat.

Qurban tenaga itu sedekah,
Qurban masa itu fisabilillah,
Qurban harta itu berzakat,
Qurban nyawa itu jihad.

Eidul Adha.

P/s: Tt akan update pasal trip ke pantai timur x lama lagi. Stay tuned.. =)

Last but Not Least

0
This is the last post b4 i shut down this laptop and disconnect the broadband.
Want to packing the monitor, speaker, modem, etc.

So, see ya in my later post.

~sAYONARA~

p/s : My trip from K.L to Perak to Kedah to Kelantan & Terengganu. (Drive)
attend my friend wedding reception.

Selamat Pengantin Baru
Zaida & Suami

Packing Time =)

41
Just finish eating my lemon chicken rice bought from warong 2000 with azroul.. Huh... Tiring day... Going out with Nich make mehappy. This list show the items that we bought:
1) Terubok Masin ( salted fist )<--- me
2) Kuih cincin ( local sarawak food ) <---- me
3) Tebaloi ( also local sarawak food ) <--- me
4) dried shrimp ( udang kering, bubuk, salai udang)<--- me & nich
5) Padini White tee ( with baby blue illustrations ) <--- Both..

For the Padini, we choose exactly same design but with different size... Ha ha ha.. Sehati sejiwa but we're not a couple.. Just best friends..

The Spring Padini Concept Store is having a promotion rite now.. Less from 10 % untill 70%... Wow,,, so, hurry... get yours.. While surveying the concept store, i met Duay, my friend. Ha ha ha.. long time not seen since before Hari Raya Eid.. He's the lucy person i think.. Before this, he work with KKJ ( kumpulan kesenian Jabatan) as a dancer.. And then get offer from Al-Rajhi Bank.. he work there about 1-2 month i think..

Suddenly i heard he quite his bank carrier and work at Padini.. Huh... I think as a cashier because i seen he at the cashier counter.. Asking the others workers, she said Duay's post as an executive... What executive i didn't remember..

Want to start packing my stuff.. I will going back home tomorrow. My flight schedule were..
Venue : Kuching International Airport (Update: WBGG not WMKK)
Time : 1105 am
Flight : MH 2507 ( Malaysia Airlines )

p/s : Happy holiday !! See you =)

sad to leave azrul alone because he didn't going back home. Stay ac the collage this whole semester break... sigh

~FeelThePAin~