Twitter
http://feeds.feedburner.com/AkuPilihJalanItu

Sepi Sekeping Hati (Part 2)

Iz melangkah perlahan menuju ke kereta. Fikirannya masih lagi ligat mencari sesuatu kesimpulan yang boleh dibuat daripada perbualan dengan A, semalam. Punat kawalan jauh ditekan lalu Iz membuka pintu, seraya duduk dan lantas memasukkan kunci untuk menghidupkan enjin. Dibiarkannya seketika sementara menunggu enjin dipanaskan.

Perjalan ke tempat kerja tidak la sejauh mana. Cuma jika jalan sesak, makan masa hampir setengah jam saja. Kalau lalulintas lancar, lima belas minit sudah sampai ke pejabatnya.

Seperti sedia kala, kelibat A sudah pun kelihatan di pejabat. Iz dan A bekerja di pejabat yang sama. Iz tidak memperdulikan kehadiran A di suatu sudut. Sekar melihat ala kadar sahaja. Punat cpu ditekan, dibiarkan seketia sehingga semuanya berada di dalam mod sedia.

Iz hanya melihat sahaja perlakuan A semasa di pejabat. Sebenarnya, waktu bekerja, mereka berdua jarang sekali berbual. Bukan apa, tapi mungkin suasana di pejabat tidak sama seperti bkan waktu pejabat. Di pejabat, semua kena formal, maksudnya urusan kerja sahaja. 

Lunch nie kita makan sama boleh? terkejut Iz bila mendengar suara itu

Tengoklah dulu macam mana, nanti saya update balik dengan awak, balas Iz

Kesibukan melayan aduan pelanggan membuatkan Iz terlajak waktu makan tengah hari. A perasaan akan keadaan itu, berlalu dan hanya mampu melihat Iz melayan aduan pelanggannya.

Sebelum A turun, sempat lagi dia melimpas di hadapan Iz dan memberikan sekuntum senyuman kepada Iz. Tanpa mereka sedari, sepasang mata lain, sedang memerhati gelagat mereka..

..bersambung..

Comments (0)